
Isi Kandungan
ToggleSenang je rupanya nak buat kuih tradisi Cakar Ayam ni, hanya perlukan tiga bahan iaitu keledek, gula dan minyak untuk menggoreng. Cakar Ayam ni sangat rangup dan manis rasanya, biasanya dijadikan kudapan snek untuk minum petang.Jika selalu mak-mak beli, apa kata kali ini cuba buat sendiri.Malah boleh juga dijadikan pendapatan sampingan. Sebab ramai juga yang memilih kuih ini untuk dijadikan oleh-oleh istimewa ketika kenduri kahwin mahupun majlis-majlis tertentu.
Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Are Peace sebagai rujukan.
Bahan-Bahan:
2 Cawan Ubi Keledek Putih (parut/sagat kasar)
4 Sudu Besar Gula Pasir
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
2.Masukan gula pasir ke dalam minyak panas tersebut dan kacau sehingga gula cair dan menjadi keperangan.
3.Masukan ubi keledek yang telah di parut tadi, goreng sampai keperangan (kacau jangan berhenti ye masa ni).
4.Angkat dan tos kan mnyak.Masa panas-panas tu terus bentukkan supaya menjadi bulat.Masuk dalam acuan dan tekan dengan sudu,(saya guna botol yang di potong menjadi bentuk gelang, boleh rujuk gambar).
Info Ekstra!
Masukkan Gula Pasir, BUKAN air gula kedalam minyak panas.
Jangan tunggu sampai keledek tu keras ye.. sebab dia memang tak akan keras masa goreng tu.Bila dah sejuk nanti dia akan jadi rangup sendiri.
Selamat Mencuba.
Sumber: Are Peace
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Remy Ishak Akhirnya Selamat Bernikah Dengan Ezza “Mohon Mendoakan Kebaikan, Kesejahteraan Kami”

Isi Kandungan
ToggleTahniah Remy Ishak akhirnya selamat bernikah dengan Ezza. Pelakon kacak yang berusia 39 tahun itu telah selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Roszaliza Yusof atau Ezza, 38, di Masjid Negara Kuala Lumpur.
Sebelum ini difahamkan majlis pernikahan yang dirancang pasangan ini telah beberapa kali tertunda sejak Mei lalu disebabkan negara masih dalam fasa pemulihan pandemik Covid-19. Pasangan ini juga pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun hubungan itu terlerai dua tahun kemudian.
Remy Ishak Akhirnya Selamat Bernikah Dengan Ezza
Selepas cinta pasangan ini kembali bertaut, Remy akhirnya nekad untuk memperisterikan Ezza. Wanita ini cukup setia di sisinya melalui saat susah dan senang.
Pasangan ini telah mengenakan busana pengantin hasil rekaan Mirul Jonit, selain turut ditatarias oleh jurumekap Chomel dan Adik Wan serta penata gaya oleh Tym Fatimah,
Pasangan ini juga telah dinikahkan sendiri oleh abang pengantin perempuan, Rozman Yusof dan berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).
Pada majlis yang hanya dihadiri oleh pasangan pengantin dan dan wali kepada pengantin perempuan itu menyaksikan menyerahkan sebentuk cincin kepada Ezza sebagai mas kahwin.
SEBELUM Kahwin Boleh LAYAN Bersungguh, Lepas NIKAH Apa Salahnya Ambil Hati BAHAGIAKAN Isteri
8 tahun Jadi Artis Sendu, Hati Tak Tenang & Jiwa Kosong, Hidayah Allah Sangat Mahal
UMUR Bukan Penghalang, PENDAKWAH Indonesia Ustaz Abdul Somad BERNIKAH Dengan Gadis 19 Tahun
Remy Bersyukur Majlis Dirancang Berjalan Lancar
Seperti mana yang dipetik menerusi SinarPlus, Remy menerangkan dia rasa sangat bersyukur majlis yang dirancang berjalan dengan lancar.
“Maka bermulalah perjalanan baharu bagi kami sebagai pasangan suami dan isteri. Mohon mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat kami berdua,” ungkap Remy sebaik sah bergelar suami.
Sumber Foto : Instagram Remy Ishak & Instagram Ezza Yusof
Mingguan Wanita : Tahniah Remy dan Ezza. Semoga pasangan ini berbahagia hingga ke jannah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Tahun Lelaki Ini Kumpul Koleksi Milo, Takkan Jual Walau Pernah Ditawar Puluhan Ribu Ringgit

Isi Kandungan
ToggleMinat Mohd Yusof Ali, 39 tahun ini lain dari orang lain. Sejak tahun 2008, dia sudah mengumpul koleksi barangan Milo. Dari suka-suka, sampai akhirnya jadi sentimental value yang susah nak dilepaskan.
Anak kelahiran Klang ini bermula dengan mengumpul cawan dan mug, bertambah sampai ke tin, barangan percuma, stiker pelekat sampailah replika motor menghiasai kediamannya.
“Bukan sekali, dua, pernah juga seorang kenalan ingin membuka sebuah kopitiam, dia tawarkan puluhan ribu untuk membeli kesemua barangan yang saya ada untuk dipamerkan di restorannya.
“Memang terus-terang saya tolak. Biar tawaran berganda namun ianya tidak mampu membeli kepayahan dan kesabaran yang saya lalui selama 10 tahun untuk menyimpan koleksi sebanyak ini.
“Bukan mudah untuk saya lepaskan barangan ini kepada orang lain begitu sahaja kerana ada sesetengah barangan memang sukar untuk ditemui.
“Lebih-lebih lagi barangan milo yang dikeluarkan sekitar tahun 1960-an. Kalau saya jual pada orang, mungkin saya tidak akan dapat balik barang tersebut.
“Beza jika saya memiliki sesuatu koleksi lebih daripada satu, saya akan menjual jika harga yang ditawarkan berpatutan.
“Kadang-kadang saya juga banyak berkongsi pengalaman dan pendapat dengan pengumpul Milo yang lain,” ungkapnya satu-persatu.
Sehingga hari ini, hampir 1000 jenis koleksi yang telah terkumpul. Dirinya juga sanggup menjelajah ke Johor dan Ipoh untuk mencari barang idaman yang masih belum berada dalam koleksinya.
Keunikan hobinya itu, setiap produk yang dikeluarkan berbeza ikut tahun dan negara sejak tahun 1930-an lagi.
Tak Mudah Nak Jumpa Yang Rare
Hobinya itu juga antara alasan untuknya mengenang kembali nostalgia dengan almarhum bapanya, Ali Kader sejak dirinya masih bersekolah.
Sebenarnya bapanya merupakan pemilik restoran, jadi saban bulan stok Milo akan dihantar ke kedai. Dari situ, Mohd Yusof akan menerima hadiah percuma atas pembeliannya.
Banyak barangan percuma yang dia perolehi termasuklah kotak pensel dan bekas minuman.
Sejak itu dirinya terbiasa dengan barangan ini. Sememangnya ia bukan sekadar barangan lama sebaliknya menyimpan kenangan manis zaman kanak-kanaknya.
“Saya memilih barangan Milo juga kerana jenama ini begitu dikenali tidak kiralah di kalangan kanak-kanak atau golongan dewasa.
“Jenama itu sendiri cukup evergreen dan kekal sepanjang zaman. Malah Milo juga menjadi produk minuman coklat dalam negara ini sejak dahulu lagi.
“Koleksi yang paling lama saya kumpul adalah set cawan dan tin Milo yang dikeluarkan sekitar tahun 1960-an. Saya memang teruja setiap kali dapat memilikinya. Bukan mudah nak dapat.
“Sesetengah barangan contohnya set cawan dan piring saya perlu masa bertahun untuk kumpul. Kadang-kadang perlu membeli cawan pada orang lain dan piringnya pula pada orang lain.
“Saya juga tak berkira jika mahukan sesuatu dan telah lama mencari barangan tersebut. Kerana minat yang mendalam saya sanggup keluarkan sedikit bajet,” ceritanya panjang lebar.
Dari Tahun 2016 Orang Dah Mula Datang Ke Galeri Di Rumah
Saat anda melangkah kaki ke kediamannya, sudah pasti anda akan teruja melihat susunan tin, cawan, mug dan barangan percuma Milo yang lainya tersusan kemas dan rapi di atas rak. Barangan Milo menjadi latar dekorasi kediamannya.
Tidak dinafikan saudara-mara dan rakan-rakan yang datang ke terataknya begitu teruja melihat koleksinya yang separuhnya tidak pernah mereka temui selama ini.
Mohd Yusof beruntung isterinya, Zaiton Sulaiman, 36 tahun juga turut menyokong minatnya dan sama sekali tidak menyekat kemahuan Mohd Yusof yang tegar mengumpul barangan Milo.
Malahan kadang-kadang dia turut sama turun padang membant suaminya mendapatkan barangan Milo.
Dalam masa yang sama, bagi mengekalkan kondisi barangan Milo agar terjaga, pemuda ini turut menghabiskan masa senggannya dengan mengelap dan mengemas setiap koleksinya agar tidak kotor dan berhabuk.
Sejak dibuka kepada orang ramai pada 2016 yang lalu, Mohd Yusof tidak lokek berkongsi keterujaannya dengan orang yang datang berkunjung.
Di samping itu, dirinya turut memasang impian untuk membuka sebuah galeri yang lebih besar dan selesa agar lebih ramai dpat berkunjung dalam satu-satu masa. Maklumlah sekarang galeri Milonya berpusat sementara di rumah, jadi waktu melawat adalah terhad, lagi pula dirinya bekerja.
Kelab Peminat Pun Ada
Tambahnya, semua koleksinya adalah hasil pengumpulannya sendiri dan sesetengahnya pula dibeli dari komuniti barangan Milo. Bagi memudahkan pengumpul barangan Milo berkongsi pengalaman, Mohd Yusuf turut menubuhkan Kelab Peminat Barangan Milo Malaysia dan aktif di laman sosial, Facebook.
Kelab ini dapat dijadikan platform bagi ahli-ahli yang telah mencecah 3000 orang untuk bertukar pandangan, berkongsi maklumat dan apa sahaja berita berkaitan barangan Milo.
Selain mendapatkan barangan yang dikehendaki menerusi kelab ini, malahan Mohd Yusof merasakan ianya menjadi medan untuk mendapatkan kawan baru yang memiliki minat yang sama.
Bagi mengeratkan hubungan silaturahim, selaku Presiden kelab ini turut mengadakan perjumpaan semula saban tahun buat 200 ahli yang aktif dari seluruh negara.
Foto : Mohd Izari Rosli
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siapa Tun Tengku Maimun? Wanita Hebat Hakimi Kes Bossku

Isi Kandungan
ToggleBuat pertama kali dalam sejarah, jawatan tertinggi badan kehakiman negara ini disandang oleh seorang wanita. Perlantikan Ketua Hakim Negara wanita pertama, Tun Tengku Maimun Tuan Mat ini dilihat sebagai satu rekod yang cukup istimewa yang mengangkat martabat wanita di mata ramai pihak.
Inilah hebatnya Tun Tengku Maimun yang menerima perlantikan itu berkuat kuasa 2 Mei 2019 selaras dengan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini berusia 60 tahun pada Julai 2019. Sekali gus menjadikannya Ketua Hakim Negara termuda dalam sejarah lantikan.
Ini Hebatnya Tun Tengku Maimun
Ujarnya kepada pemberita, “Ini bukan suatu jawatan dipohon, tetapi rezeki Allah dan saya percaya walaupun saya junior, senior yang saya ‘langkau’ tidak mempunyai perasaan kurang senang terutama sebagai Muslim, kita percaya sesuatu itu ketentuan Allah.”
Beliau berkelulusan dari Universiti Malaya. Karier Tengku Maimun bermula :
1982 – sebagai pegawai undang-undang di Lembaga Pembangunan Kelantan Selatan (Kesedar).
1984 – menjadi pegawai undang-undang di Majlis Perbandaran Seremban selama 2 tahun. Kemudian sertai Jabatan Peguam Negara di Bahagian Gubalan.
2005 – dilantik sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
2006 – menjadi pesuruhjaya kehakiman.
2007 – menjadi Hakim Mahkamah Tinggi.
2013 – dinaikkan pangkat menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.
November 2018 – dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan.
Jawatan Ketua Hakim Negara Bukan Satu Tekanan
Hebatnya wanita ini, tak menganggap jawatan yang disandang ini sebagai satu tekanan sebaliknya tanggungjawab yang akan digalas dan dilaksanakan dengan sebaiknya.
Baginya tiada isu jantina. Sama ada lelaki atau wanita, tanggungjawab sama harus dilaksanakan sebaik mungkin..
“Semuanya berbalik kepada rezeki dan saya bersyukur. Dilantik sebagai Ketua Hakim Negara wanita pertama bukan satu isu. Tapi saya menganggap ia sebagai rezeki.”
Suami Dan Anak Jadi Pembakar Semangat
Bagaimana kerjaya dan keluarga boleh dibahagikan dengan seimbang. Beliau yang berkahwin dengan peguam, Datuk Zamani Ibrahim dikurniakan 4 orang cahayamata.
“Saya bersyukur kerana beliau (suami) dan anak menjadi pembakar semangat. Terutama suami yang sering mengingatkan untuk menjadi seorang hakim, legasinya adalah penghakiman yang dibuat.”
Bantuan seorang sepupu yang tinggal bersamanya selama 30 tahun, memudahkan urusannya membahagi waktu antara kerja dan kerja rumah. Itu antara penyumbang untuknya fokus pada kerjaya.
Tidak Ada Masa Tonton TV
Masa beliau banyak difokuskan untuk bekerja. Tidak punya masa untuk menonton. “Kita sebagai hakim tidak punya masa untuk menonton televisyen. Tidak banyak masa untuk buat apa pun. Kita bekerja hingga lewat malam, awal pagi dan seterusnya.”
7 Mei 2019, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Ketua Hakim Negara, Datuk Tengku Maimun.
Pelantikan beliau menggantikan bekas ketuanya, Tan Sri Richard Malanjum.
Sumber/Foto : Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI