Rupanya sebelum masak siput sedut, kena gaulkan dulu dengan hampas kelapa dan biarkan semalaman.Barulah siput tersebut muntahkan segala kekotoran dalam badannya dan lebih sedap bila dimasak.
Bukan apa, bila cuci tak bersih siput ni akan mengeluarkan kotoran, lendir dan lumpur. Ia akan mempengaruhi rasa kuah yang akan dimasak nanti.
Nak tahu lebih lanjut tip masak siput sedut, baca tip yang dikongsikan oleh Puan Intan Suraya Haron ini sebagai rujukan;
Tadi nampak ada yang bertanya pasal siput sedut, kebetulan masak siput arini, boleh la share tips. Saya pun jarang masak, sebab tak brapa rajin, kerjanya agak remeh tapi sedap bila dah masak dan anak-anak semua suka makan, maka terpaksa la rajinkan diri.
1. Beli petang semalam, bawa balik masukkan dalam periuk yang agak-agak muat.
2.Gaulkan dengan hampas kelapa, biar semalaman. Supaya siput tu muntahkan segala kekotoran dalam badan dia. (Santannya simpan untuk masak gulai arini.)
3.Jangan lupa tutup dengan penapis rapat-rapat. Saya tindihkan dengan lesung batu.
5. Cuci bersih dan boleh la terus dimasak. Kalau ada daun pucuk ubi, semasa cuci siput tu boleh gonyoh-gonyohkan supaya kekotoran dibadannya senang tanggal. Kalau takde pun takpe, saya sental je dengan span cuci pinggan.
5. Masak lemak cili api, saya guna resepi biasa je. Tumbuk cili api, kunyit hidup, serai, daun kunyit. Kalau ada keladi lagi la sodap. Renehkan sekejap, terus masukkan siput kacau jangan bagi pecah minyak. Agak-agak dah menggelegak 2-3 minit boleh dah tutup api. Siap untuk dihidang. Saya lawankan dengan kerisi goreng, sambal tempoyak & ulam-ulam. Memang kelautan dalam la diet hari ni.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian tip ini bermanfaat. Jadi jika nak masak siput sedut, gaulkan dengan hampas kelapa semalaman barulah ia muntahkan segala kekotoran.
Daun kesum memang selalu digunakan sebagai penambah aroma dan rasa pada masakan. Seperti Laksa, Asam Pedas, Kengsom dan sebagainya. Jika ada tanam di rumah memang untung, jimat belanja dapur dan segar terus petik dari pokok.
Namun, bukan mudah sebenarnya nak tanam pokok kesum. Walaupun orang kata cucuk, siram ikut aturan dan tinggal. Tetap juga kering layu dan mudah mati sebelum naik pucuk mudanya.Cuma tip asas, daun kesum ni perlukan kawasan yang lembap dan berair serta redup.
Ada macam-macam cara nak tanam pokok kesum. Perkongsian tip tanam pokok kesum daripada Puan Rosnah Ramli ini antara yang paling mudah. Daunnya jadi segar dan subur tak perlu risau, pokoknya mati kering.
Berikut perkongsian tersebut;
“Saya nak share petua tanam kesum jadi segar”
Bahan Diperlukan:
Bekas Bertutup
Air Secukupnya
Baja AB
Batang Kesum
Pisau
Caranya:
1. Tebuk penutup bekas sebesar batang kesum.
2. Cucuk-cucuk jer batang kayu kesum tu kat penutup tu.
3. Air dicampur sedikit dengan Baja AB.
4. Tutup bekas, letakkan kat tempat redup. Tak yah tengok-tengok. Nak guna baru gi tengok.
Untuk permulaan tanam: Petik daun-daun kesum tinggalkan batang je. dan daun-daun kecil pi bawa ke dapur masak Asam pedas.
Untuk tebuk lubang: Tip tebuk lubang bakar hujung pisau tajam dekat api dapur dan cucuk kat penutup bekas…siap! Tebuk lubang agak-agak boleh masuk batang kesum je.
MW: Mak-mak yang selalu tak berjaya tanam daun kesum tu, cuba tanam kesum cara begini, ia lebih mudah. Tak gunakan tanah pun, dan tak perlu risau jika tak sempat nak siram pokoknya. Yang penting kena selalu pastikan bekas berisi air. Selamat Mencuba!
Nelayan Kongsi Cara Pilih IKAN GELAMA Buat Lauk Isi Manis Sedap, Tak Tawar! Rupanya Ikan gelama ada pelbagai jenis dan mengikut kesesuaian untuk dibuat lauk mahupun dijadikan ikan masin. Jika tersilap pilih di pasar, itu yang membuatkan isinya kurang sedap dan tawar.
Untuk faham lebih lanjut mengenai jenis-jenis ikan gelama ni, fahamkan perkongsian daripada Kisah Nelayan Beserahsebagai panduan;
Hari ni tak masak tapi nak kongsi ilmu pasal pemilihan ikan gelama , supaya bila buat lauk isi dia sedap tidak tawar.
Keluarga ikan gelama sangat besar, wujud di seluruh dunia.Di negara kita ada belasan spesis yang selalu di tangkap setiap tahun. Secara khususnya di negara kita ikan gelama di tangkap untuk dua tujuan iaitu di jual basah di pasar dan untuk tujuan di jadikan ikan masin atau ikan kering.
Apa spesis gelama yang selalu di jual di pasar dan sedap di buat lauk dan apa jenis gelama yang terus di hantar ke tempat pembuatan ikan masin?
Kenapa dua kategori ini wujud?
Ini kerana ada spesis gelama yang jika di jadikan lauk isinya tidak sedap iaitu tawar atau orang kampung kata lecah isinya.Ikan kategori ini akan di jadikan ikan masin dan tidak ada pasaran jika di jual di pasar basah.
Kategori kedua adalah gelama yang isinya manis dan sedap, gelama ini memang sesuai untuk di jadikan lauk dan laris di jual di pasar.Ikan gelama kategori ini harganya lebih mahal.Kelebihannya bukan sahaja untuk di jadikan lauk malah di jadikan ikan masin lagi bertambah sedap.
Mari kita mengenali spesis kategori pertama dan kedua melalui gambar gambar yang di sertakan.
Ini akan mejawab persoalan jika ada antara kita yang baru baru belajar nak makan ikan gelama, nanti kalau dah masak sedap sedap tapi isi ikan nya tawar je tak manis mungkin anda tersilap ikan gelama, mungkin ikan gelama yang anda makan itu spesis untuk di buat ikan masin.
Jenis-Jenis Ikan Gelama yang sedap di buat lauk.
Gelama Kuning Dada
Gelama Jarang Gigi
Gelama Sungai
Gelama Bongkok
Gelama Cerua
Ibu Gelama
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak pilih ikan gelama yang betul untuk dibuat lauk atau dijadikan ikan kering. Jadi sebelum beli di pasar, pilih dahulu betul-betul, jangan tersilap pilih.
Semenjak tempoh PKP ini dilanjutkan, anak-anak mula belajar di rumah dan ada yang kena buat kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu-cikgu, agar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Namun yang menjadi sedikit kesukaran buat mak ayah apabila, perlu mencetak kerja-kerja sekolah tersebut yang kebanyakkannya dihantar menerusi aplikasi whatsaps ataupun telegram. Kerja-kerja sekolah tersebut memang boleh disalin, namun agak banyak dan lebih menjimatkan masa, jika terus di ‘print’ .
Bagi menyelesaikan masalah ini, ada mak ayah yang sanggup beli laptop mahupun beli printer mahal yang jenis wifi boleh disambungkan terus handphone untuk mencetak kerja-kerja sekolah anak.
Menerusi perkongsian Fizie JoeKer, ada cara yang menjimatkan untuk mencetak kerja sekolah anak tak perlu guna laptop mahupun beli printer mahal
“Hari ni abang nak share satu ilmu macam mana nak print-out daripada hp direct ke printer, tak payah pakai laptop & tak payah beli printer wireless/wifi yang mahal-mahal tu.”
“Abang faham musim PKP ni ramai parent yang pening kepala sebab nak print-out kerja sekolah anak-anak yang cikgu bagi by whatsapp group.Ada yang sampai nak beli laptop & printer wifi yang mahal tu. Jangan…jangan bazirkan duit tu.. ada solution nya.”
Ok mula-mula kena ada 3 benda alah ni.
✅ Printer (tak kisah jenama apa,yang murah punya pun boleh)
✅ Cable OTG (Boleh beli kat Eco/Ninso/DIY)
✅ Apps PrinterShare Mobile Print (Kena download kat hp sendiri, cari kat dalam playstore)
Ok bila dah ready semua tu sambungkan cable USB printer ke cable OTG, lepas tu cucuk ke hp korang, ikut arahan PrinterShare tu untuk setting. Siaapppp!!!
Senang je kan.Tak payah bazir duit nak beli printer yang mahal-mahal tu.. Ok kalau rasa ilmu ni bermanfaat boleh share..Tak payah mintak izin.. dipersilakan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak ayah yang sedang cari penyelesaian macam mana nak print kerja sekolah anak. Jimat banyak tak perlu nak beli laptop mahupun printer yang mahal-mahal. Bajet tu bolehlah digunakan untuk keperluan lain.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...