Lazimnya pada bulan puasa mak-mak paling sibuk, mana tidaknya perlu menyediakan menu sahur dan juadah berbuka puasa.
Bersahur amat penting untuk membantu menambah tenaga ketika seharian berpuasa.
Bagi anak-anak yang sedang bertatih untuk berpuasa pula, mak-mak sudah pasti mahu memberikan menu yang enak namun mudah dihidangkan.
Biasanya mak-mak kerap pening kepala bila fikirkan nak memasak hidangan yang cepat namun sedap. Bagi memudahkan kerja, ketika masak untuk bersahur, mak-mak boleh gunakan pelbagai Perencah Nasi Goreng Seri-Aji®.
Dengan gunakan Perencah Seri-Aji®, apa sahaja masakan semuanya menjadi. Malah campuran lengkap daripada pelbagai bahan dan perasa bermutu tinggi, memberikan rasa lazat dan lengkap kepada masakan. Hidangan yang mudah dimasak tentunya perlukan bahan masakan yang hebat.
Anak-anak selalu nak hidangan yang ringkas semasa sahur, jadi mak-mak tak perlu susah hati sebab Perencah Seri-Aji® mampu menjadi pelengkap rasa. Hidangan seringkas nasi goreng pun boleh buat anak-anak berselera bersahur.
Apatah lagi bila mak-mak, menggunakan resipi Perencah Nasi Goreng Kampung yang dilengkapi dengan ikan bilis, cili padi dan belacan menjadikan masakan mak- mak sedap KAW! Memang boleh habis sepinggan nasi!
Bukan itu saja, Perencah Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Ayam dan Nasi Goreng Ikan Bilis juga melazatkan dan boleh buat anak-anak berebut di meja makan.
Bagi mak-mak yang nak suruh anak memasak nasi goreng untuk bersahur, jangan bimbang kerana Perencah Seri-Aji® ada untuk menambah keenakan rasa. Cubalah resipi Nasi Goreng Kampung KAW! Anak anda juga boleh jadi chef cilik. Selamat mencuba!
Nasi Goreng Kampung KAW!
Bahan-bahan
4 sudu besar minyak masak
30 gram ikan bilis
200 gram isi ayam, dipotong kecil
100 gram sayur kangkung, dipotong 3cm
2 biji Telur
Ads
4 cawan Nasi putih
1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung KAW 26g
Cara Menyediakan
Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing kemudian ketepikan.
Dengan menggunakan minyak yang sama, gorengkan ayam, sayur kangkung dan telur.
3.Masukkkan nasi dan taburkan 1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung KAW, kacau sehingga sekata.
4.Taburkan ikan bilis, kacau seketika.
Sedia untuk dihidangkan.
Nasi Goreng Kampung
Resipi dari perencah Nasi Goreng Kampung Seri-Aji® ini memang cukup mengiurkan. Tambahan ikan bilis, cili padi dan belacan menjadikan masakan anda sedap KAW! Bahagianya dapat nikmati bersama keluarga tersayang.
Nasi Goreng Cina
Bagi yang ada anak kecil dan baru bertatih hendak berpuasa, Nasi Goreng Cina Seri-Aji® resipi istimewa ala restoran Cina Muslim ditambah dengan aroma bawang goreng pasti membuatkan selera terbuka. Dihidangkan bersama perencah Nasi Goreng Cina Seri-Aji® anak-anak kecil akan menyukainya. Pasti anak-anak berebut di meja makan.
Ads
Nasi Goreng Ayam
Nasi goreng ayam semestinya menjadi kesukaan ramai. Dengan perencah Nasi Goreng Ayam Seri-Aji® , menu yang punya ramuan lengkap dengan rasa seimbang dan unik ini pasti menambahkan lagi selera seluruh ahli keluarga.
Nasi Goreng Ikan Bilis
Bagi mereka yang suka masakan pedas, perencahNasi Goreng Ikan Bilis Seri-Aji® ini memberi rasa yang cukup menyengat. Ditambah dengan sedikit kepedasan cili padi pastinya membuka selera ketika bersahur.
Jom Belajar Masak Menu Ringkas Nasi Goreng Kampung, pasti akan menambat selera anda!
Seri-Aji® Nasi Goreng Kampung (3 Cara)
Ads
Mudah rupanya nak masak Nasi Goreng Cina Ala Restoran Cina Muslim. Anak-anak mesti makan sampai licin pinggan.
Seri-Aji® Nasi Goreng Cina (3 Cara)
Bersama Seri-Aji mak-mak bukan saja boleh hidangkan menu hidangan yang enak buat anak-anak malah boleh juga menyertai peraduan.
Buat mak-mak jangan lupa ya untuk sertai Peraduan Bersahur Bersama Seri-Aji® Beli & Menang dan menangi pelbagai hadiah yang bernilai sehingga RM20,000.
Tempoh Peraduan: 8 Mac 2021 – 16 Mei 2021
Beli mana-mana Perencah Seri-Aji® berjumlah RM5 ke atas dalam 1 resit (termasuk 2 paket Seri-Aji® perencah Nasi Goreng)
Ambil gambar bungkusan Perencah Seri-Aji® berserta resit asal sebagai bukti pembelian dalam sekeping gambar. Pastikan gambar resit memaparkan nama produk, jumlah pembelian, tarikh pembelian dan nama outlet dengan jelas.
Hantarkan penyertaan melalui salah satu cara berikut;
Jangan pernah rasa tak selamat, bila ada hobi ’kerap tukar warna rambut’. Ada wanita yang berasa susah hati bila kerap kali warnakan rambutnya. Bimbang rambut rosak.
Boleh saja, penuhi hobi tukar warna rambut ikut warna idaman asalkan tahu cara macamana nak kekalkan rambut sihat, cantik lagi beralun.
Sebelum itu, kenalah tahu punca kerosakan rambut ketika mewarnakan rambut. Dalam sesetengah produk pewarna rambut terdapatnya kandungan bahan kimia iaitu ammonia.
Ammonia inilah yang menyebabkan rambut malah kulit kepala rosak. Sebelum jadi lebih melarat, hadamkan dulu macam mana nak pastikan rambut sihat, walaupun warnakan rambut berkali-kali.
Pertama : Baca Betul-betul Kandungan Pewarna Rambut Sebelum Beli
Jadi, semasa memilih produk pewarna rambut di pasaran, carilah kandungannya yang berasaskan bahan alami malah bebas bahan kimia ammonia.
Tiga bahan alami ini; Minyak Zaitun, Minyak Badam dan Minyak Avokado, wajib ada dalam produk pewarna rambut. Lagipun, setiap satu mempunyai kelebihan masing-masing.
Minyak Zaitun
Minyak zaitun ini pun antara pemakanan sunnah. Kelebihan minyak zaitun adalah dapat menjadikan akar rambut lebih kuat, sihat dan hidari masalah kebotakan.
Minyak Badam
Minyak badam atau Almond ini mengandungi vitamin E yang dapat meningkatkan kesihatan kulit kepala dan rambut. Bagus untuk elak rambut bercabang. Lagi-lagi, anda yang ada masalah rambut kering setelah diwarnakan.
Minyak Avokado
Bagus untuk menghilangkan kelemumur dan mencegah keguguran. Ia juga melindungi rambut daripada rosak akibat terdedah sinaran matahari yang terlalu lama. Malah, bertindak sebagai pelembap yang sangat baik.
Kedua : Pelihara Kelembapan Rambut Selepas Diwarnakan
Setelah memilih produk pewarna rambut yang sihat dan selamat. Pastikan anda memakai syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda. Penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut dan kulit kepala, membantu rambut kekal sihat.
Jangan lupa pakai perapi rambut selepas bersyampu. Dan gunalah masker rambut sebaiknya sekali seminggu. Tujuannya untuk mengekalkan kelembapan rambut tidak terjejas.
Ketiga : Kurangkan Hair Styling Ya!
Maksudnya di sini, selepas mewarnakan rambut, janganlah terlalu kerap lakukan styling rambut misalnya rebonding ataupun curling. Haba panas dari alat styling ini akan menyebabkan rambut berwarna mudah kering dan rosak.
Produk Pewarna Rambut Halal Alami Ini Selamat, Walau Berkali Warnakan Rambut
Lagipun, di pasaran sekarang ada produk pewarna rambut halal alami yang sesuai untuk anda buat sendiri mewarna rambut di rumah.
Pewarna Garnier Color Naturals yang berstatus halal (sila rujuk pada pek untuk logo halal) adalah solusi untuk anda yang gemar mewarnakan rambut berkali-kali.
Ia solusi untuk menjadikan rambut lebih berkilau.
Pewarna rambut Garnier Color Naturals didatangkan dengan 2 produk pilihan iaitu pek kit dan sachet. Pek kit diperkaya dengan 3 minyak semulajadi iaitu minyak zaitun, badam dan avokado. Setiapnya berfungsi menjaga ketahanan warna dan rambut terawat selamat 8 minggu.
Formulasinya tanpa ammonia malah telus air, membuatkan rambut 5 kali lebih berkilau dari biasa.
Manakala pek sachet, diperkaya dengan minyak badam dan Serum Extra Shine yang membuatkan rambut 5 kali lebih berkilau dari biasa, telus air malah tanpa ammonia.
Anda yang gemar mewarna rambut, ada 6 pilihan warna untuk anda. Antaranya, Hitam Alami, Coklat Gelap, Merah Burgundy, Coklat, Coklat Caramel dan Merah Berry.
Pembungkusan yang lebih moden dan premium ini cuma menawarkan harga berbaloi-baloi untuk pembelian. Pek sachet hanyalah RM8.40, manakala pek kita berharga RM19.90.
Belian boleh dibuat di farmasi, pasaraya, pasaraya besar dan belian online di :
Bulan Ramadan merupakan antara bulan yang sibuk, namun sering dinantikan-nantikan bagi wanita yang berkeluarga. Biarpun sibuk dengan pelbagai komitmen kerja di pejabat mahupun menguruskan rumah tangga, namun peluang memasak di bulan Ramadan sering diutamakan.
Bukan apa, waktu inilah mak-mak akan bertungkus lumus berusaha menyediakan hidangan istimewa buat anak-anak, suami dan keluarga tersayang. Bermula dari menyiapkan hidangan waktu sahur, menyediakan sajian istimewa untuk berbuka puasa sehinggalah menu ringkas untuk moreh. Di samping turut membuat pelbagai jenis biskut, kek dan kuih muih sendiri untuk persiapan raya nanti.
Kebiasaannya pada bulan Ramadan inilah mak-mak akan lebih ‘bersemangat’ dan kreatif untuk mencuba pelbagai resipi-resepi baru mahupun memasak resipi tradisi keluarga bagi memenuhi citarasa anak-anak dan suami di bulan yang mulia.
Biarpun seharian puasa, apabila melihat keluarga gembira dan berselera menikmati hidangan yang disediakan, letih memasak pun tidak terasa malah berasa puas dan tersenyum gembira.
Oleh yang demikian, dalam menyediakan hidangan terbaik buat anak-anak dan suami, bahan-bahan yang digunakan haruslah yang berkualiti, mudah digunakan dan sesuai dengan pelbagai kegunaan. Baik untuk memasak, membakar kek, pastri, biskut, membuat kuih muih dan sebagainya. Marjerin ADELA pilihan terbaik buat seisi rumah.
Terbaru, FGV Holdings Bhd (FGV) telah melancarkan Marjerin ADELA di pasaran dengan formulasi dan pembungkusan yang di perbaharui. Marjerin ADELA kini diformulasi dari minyak kelapa sawit yang berkualiti tinggi dan ditambah dengan kebaikan Minyak Bunga Matahari.
Minyak Bunga Matahari diketahui tinggi dengan vitamin E yang boleh membantu meningkatkan kesihatan kulit, dapat menurunkan kolesterol dan risiko serangan penyakit jantung. [1]
Dengan pembungkusan baru yang lebih menarik, Marjerin ADELA didatangkan dengan empat saiz berbeza iaitu 240 gram, 480 gram, 1 kilogram dan 2.5 kilogram yang pastinya mengikut kesesuaian keperluan setiap pengguna.
Antara kelebihan lain Marjerin ADELA, ia diperkaya dengan 9 vitamin, mengandungi Omega 3,6 dan 9 serta tanpa kolesterol.
Bukan itu sahaja, bau dan rasa Marjerin ADELA yang “buttery” dan lazat ini menjadikannya pilihan ideal untuk digunakan ketika memasak, sewaktu membakar kek, pastri dan biskut. Teksturnya yang halus dan lembut membuatkan sapuan pada roti cukup sempurna dan enak dinikmati begitu sahaja.Malah Marjerin ADELA ini cukup mudah digunakan kerana tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.
Memang banyak kelebihan Marjerin ADELA dengan formulasi terbaru keluaran FGV Holdings Bhd (FGV) ini. Jangan lupa dapatkan di pasaran.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...