Bercucuk tanam dan berkebun ni kena ada ilmu, penting tahu teknik dan cara yang betul barulah tanaman itu menjadi.Mungkin ramai yang tak tahu, rupanya pokok limau kasturi dan apa juga jenis pokok limau boleh disemai menggunakan teknik keratan batang, selain biji benih dan anak pokok.
Bukan apa, Buah Limau Kasturi ni memang selalu digunakan di dapur. Baik nak cuci ikan, masukkan dalam masakan, dibuat air dan macam-macam lagi. Biasanya mak-mak nak guna pun sikit je, jadinya eloklah ditanam dan petik sendiri dekat pokok, elak membazir. Malah lebih jimat dan bebas racun serangga.
Boleh cuba belajar teknik semai keratan batang pokok limau kasturi ini seperti yang dikongsikan oleh Tuan Pyan Sempoy ini;
“Hangpa tau dak selain guna biji benih dan tut, kita boleh juga semai pokok limau kasturi guna keratan. Mesti ramai yang tak tau kan? Daripada buang macam tu ja dahan-dahan pokok yang dipangkas, baik hangpa ‘cucuk’ kat tanah..nanti boleh dapat anak pokok limau yang baru.”
Pokok Induk yang sihat dan tengah rancak berbuah.Induk la sangat tanam dalam pasu ja pon..baru 3 bulan lebih dok dalam pasu ni..sebelum tu dok kat polibag 16×16 ja.
Cara saya semai keratan batang Limau Kasturi :
1. Pilih ranting yang sihat, berdaun cantik, dah pernah atau sedang berbuah, tidak terlalu lembut/muda dan tidak terlalu tua.
2. Potong dan buang pucuk/daun/duri dan sisakan 2-3 daun sahaja. Potong separuh daun-daun tu.
Ads
3. Cucuk ke media yang lembap..saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam..padatkan media di sekeliling keratan tak nak bagi bergoyang..boleh guna penggalak akar jika ada..lagi cepat dia berakar nanti.
4. Sungkup menggunakan cawan plastik atau apa-apa. Saya guna cup atas bawah letak kat tempat teduh sampai keluar tunas baru dan akar. Siram sikit-sikit jika media nampak dah kering..kena buka sungkup pastu tutup balik.Tujuannya untuk mengurangkan pengewapan tak nak bagi keratan cepat kering lalu mati.
Ads
5. Boleh pindah ke bekas lebih besar jika anak pokok dah stabil boleh guna teknik ni untuk jenis-jenis limau yang lain..selain tu semua jenis pokok jambu air pon boleh guna teknik ni juga.
Taraaaaaaaaaa !!
Ni dia anak pokok yang berumur 3 bulan lebih hasil semai keratan. Nampak dak ada 2 daun yang dipotong separuh masa semai? masih wujud & sihat daun-daun tu.
Ads
Lepas ni nak potong pucuk bagi dia bercabang banyak..ajaq dari kecik baru la nanti pokok jadi rendang macam mak dia bila dah besaq.
Info Ekstra!
Kalau ada hormon penggalak akar boleh guna, lagi cepat dia berakar, kalau takde boleh juga guna bawang merah, tak nak guna apa-apa pon boleh.
Semua jenis pokok limau boleh guna teknik ni tapi ada yang senang ada yang susah. Yang senang termasuk limau kasturi, limau nipis dan lemon.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jadi buat mak-mak yang suka bercucuk tanam dan nak berjimat, boleh tanam sendiri pokok limau di rumah cuba teknik semai keratan batang yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba, semoga berjaya!
Mempunyai kabinet dapur yang cantik dan kemas di rumah bagaikan satu impian bagi mak-mak. Tapi jika menempah kabinet dapur ni boleh tahan juga harganya memcecah 5 angka. Sebenarnya, kalau encik suami rajin menukang ada sedikit kemahiran, pandai mengukur serta ada masa dan keberanian, boleh buat kabinet dapur sendiri di rumah. Yang pastinya lebih berganda jimat kosnya berbanding beli atau pun tempah. Siapa sangka dengan anggaran kos hanya RM2,000 boleh dapat kabinet dapur yang cantik dan kemas ini.
Perkongsian daripada Encik Azman Man, yang membuat sendiri kabinet dapurnya boleh dijadikan panduan.
“DIY Kabinet dapur sendiri.Masa nak buat 50/50 yakin dengan tak yakin jadi. Isteri nak kabinet design macam dia tengok dekat swiss masa bercuti. Semua laci kat dalam nampak simple. So tanya kedai harga memang agak tinggi sehingga 5 angka. Beranikan diri buat sendiri. Pergi Ikea tengok sample kabinet dan tiru sikit-sikit.”
“Alhamdulilah siap walaupun hampir sebulan nak siapkan. Buat sorang-sorang. Kos beli barang kasar dalam RM1600 + barang-barang kecik-kecik saya agak dalam 2k siap semua. Siap kabinet bawah, kabinet atas dan kabinet peti ais.”
Panduan Asas;
* Saya guna base plywood 18mm, 2 keping RM180
* Laci, kabinet atas dan kabinet peti ais saya guna chipboard ( Harga RM95/pcs + siap potong RM25) guna 5pcs chipboard saiz 6×8 kaki). Ukur saiz yang kita nak & kilang potong, balik skrew je.
* Table top beli kat hardware 12×2 kaki (RM280)
* Semua pintu kabinet saya guna Arcylic 1mm. RM 60/pcs ( Guna 6 pcs / 4×6 kaki )
* Sticker white glitter untuk pintu juga RM200 (10 meter) Boleh beli di Shopee.
Itu je kos yang besar yang lain-lain harga murah-murah je (saya tak kira berapa).
Ada lebih chipbord sikit saya buat table bar untuk duduk berdua.
Kalau ada kamahiran sikit, pandai ukur saiz yang tepat, ada masa dan keberanian, Insya Allah boleh buat.Harga dapat jimat banyak kalau boleh buat sendiri.
Untuk lekatkan kabinet pada dinding saya guna L angle. Beli kat MR. DIY yang ada 4 lubang setiap side. Kalau tuan nampak tu saya gantung belah dalam. Satu saya letak dekat bawah untuk dijadikan tapak dan satu lagi ikat dekat atas kabinet tu.
Saya guna undermount drawer slide, beli dekat shopee.
MW: Sebenarnya memang lebih banyak jimat bila buat kabinet dapur sendiri. Kalau rancang nak buat kabinet dan encik suami rajin bertukang, boleh ikut panduan yang dikongsikan ini.
Kebanyakan daripada kita yang ambil cuti dah nak masuk kerja semula & anak-anak pun dah nak mula sekolah. Baju-baju pula banyak yang nak kena basuh & gosok, kalau sikit-sikit tak pe, ni berpasang-pasang yang nak kena gosok..memang boleh stress mak-mak dibuatnya. Ada cara mudah dan pantas yang dikongsikan oleh Puan Afnee Baker, bagi mempercepatkan proses menggosok yang renyah ni iaitu dengan menggunakan Aluminium Foil.
Dengan cara ini mak-mak akan dapat menggosok kedua-dua bahagian secara serentak! Tak perlu nak diterbalikkan lagi. Boleh siap dalam masa yang pantas. Tak perlu ‘upgrade’ seterika mahal dan hanya menggunakan bahan yang murah!Apa yang pasti ia jimat masa, mudah, murah dan sangat berkesan!
Jom ikut langkah dibawah ini.
Bahan Bahan:
Aluminium Foil
Kain / Sarung seterika
Stapler / Double sided tape
* Saiznya bergantung pada papan seterika (ironing board) masing-masing.
Cara-Caranya:
1. Tetapkan Saiz Aluminium Foil
Ambil ukuran papan seterika dan saizkannya mengikut aluminium foil yang perlu digunakan. Kebetulan, aluminium foil yang digunakan ini memang dah memang cukup saiznya. Jadi, senanglah!
2. Balutkan Dengan Aluminium Foil
Bila dah sama saiz, balutkan aluminium foil dan tampalkan dengan ‘double sided tape’. Guna aluminium foil bahagian yang berkilat di atasnya ya. Kalau nak guna cara lain pun boleh, asalkan ianya melekat dengan kukuh.
3. Sarungkan Dengan kain
Lepas dibalut dengan Aluminium Foil, balutkan pula dengan sehelai kain lain. Kalau nak mudah, gunalah sarung seterika yang dah sedia ada. Kalau tak ada, carilah apa-apa kain untuk membalutnya. Piihan terbaik adalah kain cotton atau kain batik pun boleh. Kemudian, stapler saja hujungnya untuk memperkemaskannya. Senang cerita!
Itu saja langkahnya.
Siap!
Oleh kerana aluminium foil sangat berkesan menyerap haba, maka apabila gosok baju bahagian depan, bahagian belakang pun akan ‘tergosok’ sekali tanpa sengaja. Macam dalam gambar di bawah ini.
Perasan tak akhir-akhir ini, di News Feed facebook anda susah nak nampak perkongsian kawan, individu atau page yang anda follow SEE FIRST sebelum ini. Samalah juga dengan artikel-artikel dari page Mingguan Wanita yang dah lama tak lalu lalang di newsfeed anda tu.
Setting Facebook yang baru ini perkenalkan tiga button baru untuk pengguna, iaitu HOME, FAVOURITES, RECENT.
Yang mana, anda boleh pilih mahu baca content di News Feed ikut apa yang anda mahu, sama ada perkongsian dari home, favourites, atau recent.
Pada fitur FAVOURITES ini lah anda boleh tetapkan status Friends atau Page yang masuk ke dalam newsfeed. Jika selama ini, anda agak kehairanan kenapa tidak dapat baca feed dari page Mingguan Wanita. Beginilah cara untuk anda membaca perkongsian artikel-artikel terkini dari Mingguan Wanita dengan hanya menekan butang Favourites.
Cara Setting Button FAVOURITES Page Mingguan Wanita
Buka Facebook personal anda. Scroll ke atas, anda akan nampak button Home, Favourites, Recent pada bahagian atas. (Rujuk gambar).
Tekan Favourites, akan keluar paparan seperti pada gambar. Tekan button ‘manage favourites’.
Nanti keluar macam ini (rujuk gambar). Ini senarai ‘Friends’ dan ‘Pages’ yang pernah anda set ’See First’ sebelum ini. Facebook senaraikan secara automatik mengikut ranking tertinggi di News Feed anda.
Scroll ke bawah sehingga jumpa senarai ‘Friends’ dan ‘Pages’.
Klik pada ‘Pages’ Dan pilih ‘MINGGUAN WANITA’ Klik ‘Add’ button. Bagaimana pun anda cuma diberi 30 pilihan untuk menetapkan senarai ‘Friends’ dan ‘Pages’.
Ini Fitur Yang Ada Dalam Favourites
News Feed Preferences
Memberi anda pilihan untuk menetapkan senarai; Favourites friends dan pages, Unfollow (anda takkan nampak posting individu yang anda unfollow), Reconnect (tiba-tiba tukar fikiran nak tengok balik status individu yang pernah anda unfollow)
Menu berbuka sederhana namun penuh nikmat. Mak-mak untuk Ramadan hari kesembilan jom masakNasi Lemak Terangkat Ayam Goreng Melakat.Sedapnya kalau dapat makan Nasi Lemak dengan...