Gambar sekadar hiasan / Kredit foto : eBay

Punyalah berharga pinggan mangkuk isi lauk yang kadang tak disangka ada dalam rak hiasan mak-mak. Untuk jenis mangkuk antik berjenama Corningware Vintage ini, harganya di dalam portal jualan atas talian boleh mencecah USD6,000 bersamaan RM24,000.

Kata Hazwani Mohd Noor, 32 dia sendiri tak sangka harga jualan semula dan harga semasa set pinggan mangkuk tahun 1990-an ini begitu bernilai tinggi.

Bila mana, dirujuk di laman eBay dan Lazada, Hazwani menemukan harga jualannya antara RM5,000 ke RM24,000. Malah, MW pun membuat survey yang sama. Sememangnya, set pinggan mangkuk yang dinamakan ‘Spice Of Life’ di laman jualan ini harganya lebih bernilai tinggi dan tentunya ada peminat yang tersendiri.


Kredit foto : Lazada.

Selepas terkejut dengan harga jualan sebegitu tinggi, Hazwani pun menggeledah rak pinggan mangkuk di rumah. Saling tak tumpah macam pinggan mangkuk milik ibunya.

Tak sangka mangkuk yang saya guna untuk letak lauk hidangan itu sangat bernilai.”

IKLAN


Kredit foto : Hazwani.

Kualiti Pinggan Mangkuk Lama

Dalam masa yang sama, Hazwani ini pun seorang pengumpul tegar koleksi pinggan mangkuk seramik. Jadi, dia dapat membandingkan perbezaan pinggan mangkuk keluaran zaman dahulu terutama dari segi kualiti pembuatan.

Dahulu, kilang menghasilkan pinggan mangkuk menggunakan kaca seramik asli iaitu ‘Pyroceram’ yang tahan haba dan boleh terus digunakan dalam ketuhar.”

Sekarang ini, kebanyakan kilang berhenti menghasilkannya disebabkan permintaan tinggi tetapi kekurangan sumber. Ada pun ketahanannya tidak sama seperti dahulu.”

Dan bila dirujuk ke laman jualan online ini harga pinggan mangkuk itu menjadi lebih mahal jika tahun pembuatannya semakin jauh terkebelakang. Misalnya set pinggan mangkuk CorningWare Vintage tahun 1970 ini mencecah harga jualan RM15,000.

 

 

Waktu Dilancarkan Pinggan Mangkuk Ini Tak Popular

Kata pakar Porselin, Dean Six, waktu mangkuk CorningWare bercorak ini tak banyak dihasilkan malah waktu dilancarkan pada tahun 1970-an, rekaan corak ini tak dianggap popular. Hari ini, di laman eBay nilai jualannya USD7,000 (RM28,000)

Tapi tak semua corakflora bernilai tinggi. Paling popular adalah corak Cornflower. Rekaan Wildflower yang dihasilkan antara tahun 1977 hingga 1984 dan Floral Bouquet (1971 hingga 1975) boleh dijual sehingga USD10,000 (RM40,000)

Set pinggan mangkuk ini terkenal dari tahun 1970-an hingga 1990-an. Dijadikan hadiah perkahwinan untuk pengantin baru. Dahulu harganya dalam lingkungan RM200 sahaja. Sekarang ini dah jadi koleksi rare di kalangan pengumpul tegar.

Apa lagi mak-mak, bolehlah selongkar pinggan mangkuk dalam rak hiasan mak ayah kita. Mana tahu, ribuan ringgit jumlahnya.

MW : Sis isi lauk guna pinggan kangkung je. Tapi siapa tahu suatu hari nanti ribuan juga nilainya… hiks!

Sumber/Foto : Harian Metro, Mstar Online