nenas

Mungkin ramai yang tak suka buah nenas kerana rasanya yang masam manis dan jika makan berlebihan boleh buatkan lidah rasa’lidas’. Buah ini boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat masakan seperti pajeri, gulai dan sebagainya. Disebalik kulitnya yang tajam dan berduri, rupanya buah nenas banyak khasiatnya yang tersendiri khusus buat kaum wanita.

Berikut antara khasiat nenas yang mungkin ramai tak tahu:

1.Atasi Senggugut & Lancarkan Haid

Nenas mengandungi antioksidan yang tinggi dan dapat membantu meningkatkan kesihatan wanita. Buah ini dapat membantu wanita terutamanya dalam haid untuk merangsang menstruasi, sekaligus melancarkan perjalanan haid.

Kandungan nutrisi yang terdapat dalam buah nanas dapat membantu untuk melembutkan rahim,dan juga merupakan enzim yang membantu otot untuk rileks dan dapat membantu ketika menderita sakit senggugut.

2. Membantu Menurunkan Berat Badan

Memakan nenas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nenas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nenas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.

Ads

3. Awet Muda

Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nenas. Enzim di dalam nenas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.

Nenas Boleh Atasi Senggugut & Lancarkan Haid, Ini Antara 7 Khasiat Buah Tersebut Buat Wanita!

4. Atasi Masalah Sembelit & Melancarkan Pencernaan

Nenas kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit, meningkatkan kesihatan saluran pencernaan, serta mengatasi
masalah buang air besar yang tidak teratur.Malah kandungan seratnya juga mampu mengurangkan risiko menghidap penyakit kanser kolon serta dapat merendahkan kadar glukosa dalam darah.

Ads

5. Bantu Melindungi Tubuh Daripada Penyakit

Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. Nenas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat.

Enzim yang terdapat pada nenas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Malah amalan memakan nenas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.

Ads

6. Sihatkan Mata

Buah nanas mengandungi beta karotena yang amat baik untuk penglihatan. Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.

7. Anti Keradangan & Kuatkan Tulang

Dikatakan juga nanas mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Nanas mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan cara menguatkan tulang.Mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom carpal tunnel dan gout.

Jadi selepas ini, kaum wanita amalkan makan nenas selalu kerana buah ini mempunyai banyak khasiat yang tersendiri khusus buat golongan wanita.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI