Rupanya Mak Mak Boleh Mencarum KWSP Sendiri Secara Online, Ikut 8 Langkah Ini

Share

Sebenarnya tak perlu tunggu 2 peratus duit gaji suami pun mak-mak dah boleh mencarum KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) sendiri secara online. Lagi-lagi mak-mak yang duduk di rumah tapi buat kerja sambilan. Pendapatan sampingan itu, simpanlah sedikit setiap bulan untuk kegunaan masa depan.

Wan Musyahadah berkongsi cara mencarum duit mak-mak dalam KWSP secara online. Sebelum itu, kena penuhi syarat yang dinyatakan di bawah ini.

CARA SURIRUMAH MENCARUM KWSP SENDIRI

1. Pergi ke pejabat KWSP berhampiran. Bagi yang dah pernah bekerja boleh terus minta borang untuk mencarum sendiri.

2. Bagi yang belum mempunyai akaun KWSP, isi borang ‘create’ akaun dulu. Lepas tu isi borang untuk mencarum sendiri. ** Jangan risau, tanya je pegawai-pegawai yang bertugas. Semua baik-baik dan manis orangnya. Nanti depa bagi borang borang tu.

Lepas dah settel semua. Nanti depa akan bagi satu salinan no. akaun KWSP pada kita. Simpan.
Jangan buang.

*tips : save siap-siap no akaun KWSP dalam hp.

Ok. Settel satu babak.

CARA NAK MENCARUM SECARA ONLINE

 

 

 

 

 

 

1# Buka ‘full version website’ maybank.
https://www.maybank2u.com.my/mbb/Mobile/info.do

 

2# Pilih Investment

 

3# Pilih EPF

 

4# Pilih EPF Open Payment

 

5# Pilih EPF Account Type
( Self Contribution / 1Malaysia Contribution )
Pilih self contribution.

 

6# Isikan details ( nama / no.ic / no.kwsp / ‘amount’ yang kita nak simpan )
*paling minimun RM50.
Maximum 60k setahun.

 

7# ‘Request’ TAC no.Dah dapat TAC no tu isikan. Jangan tengok je naa.
*sebab dah pernah mencarum, dia terus keluar macam ni. Kalau yang 1st time kena request TAC dulu.

 

8# Tekan ‘confirm’ kat kotak print receipt.
*maaf, gambar laju 1 babak.
Lepas tu tadaa.. Tahniah! Dah pandai mencarum Kwsp sendiri.
Semoga istiqomah.

 

Sumber/Foto : Wan Musyahadah

Published by
Netty Ah Hiyer