Setahun lalu, Ani Yusof, 44 pernah menjadi penderma buah pinggang untuk anak lelakinya, Fakhirullah Mohd Fazli. Perjalanan ibu ini akhirnya menyuntik inspirasi pada seorang kakak yang juga kenalannya bernama Wardah untuk menyerahkan buah pinggang kepada adik nya, Shah Zahid.
Tahun 2017, anak lelaki Ani mula sakit. Dua tahun Fakhirullah menderita sakit, bergantung pada mesin dialisis. Ditambah usianya yang masih muda, waktu itu 15 tahun. Perjalanan hidupnya pula masih panjang.
“Mana ada ibu yang sanggup tengok anaknya sakit.” Pemindahan buah pinggang yang dilakukan ibu ini pada tahun 2019, akhirnya berjaya. Kini, anaknya semakin sihat, semakin ceria, semakin bahagia hidupnya.
Kisah ibu ini, mendorong Warda mahu membantu adik yang juga melalui penderitaan yang sama seperti Fakhirullah. Dan inilah kata semangat yang Ani kongsikan untuk beri kekuatan kepada Warda.
“Dua beradik ini bakal melalui apa yang ibu lalui setahun yang lalui. Perit jerih jatuh bangun seorang kakak sanggup menempuh dugaan ujian dan lalui saringan demi adiknya yang tersayang. Kasih sayang lah membuat kan kakak nya nekad untuk memyerahkan buah pinggangnya pada adik demi kelangsungan hidup seterusnya.
Hari ini (ketika status dimuatnaik) akan tercipta lah sejarah dan kenangan buat mereka hari yang dinanti kan 2 beradik ini berkongsi buah pinggang. Apa yang si kakak lakukan adalah kerana sudah tidak sanggup lagi melihat adik sakit dan bergantung pada mesin dialisis.
Semoga pembedahan pemindahan buah pinggang mereka pada hari ini berjalan lancar dan di permudahkan segalanya untuk mereka serta selepas ini adiknya kembali sihat.
Buat kakak nya semoga pengorbanan ini adalah asbab untuk kamu mendapat kan syurga Allah dan semoga kamu sentiasa dalam lindungan, rahmat Allah.
Akak doa kan Wardah dan adik.. akan kembali sihat…. Aamiin
Ibu yang sebak sebab ibu dah lalui saat-saat ini.
Kita doa kan pembedahan mereka berjaya dan selamat.”
Baca sini : Tiga tahun isteri derita, suami berkorban bagi sebelah buah pinggang.
Menurut Ani lagi, sebenarnya ramai yang masih takut untuk menjadi penderma. Malah, perjalanannya dahulu juga banyak likunya. Pernah juga dia menerima suara luar yang memprovokasi apabila dia tekad menjadi penderma.
Namun, pesannya pada Warda, “bila dah bulat tekad jangan sesekali menoleh ke belakang. Teruskan niat sampai ke garisan penamat.”
Dia sendiri, selepas lakukan pemindahan buah pinggang tak merasakan apa-apa perubahan pada dirinya. “Rasa macam biasa dan boleh jalani hidup seperti sedia kala. Yang penting, darah daging kita kembali sihat. Itu lagi membahagiakan.”
Jelas Ani, perkongsiannya itu adalah untuk memberi inspirasi kepada orang lain agar tidak perlu rasa takut menjadi penderma walaupun pada keluarga sendiri.
“Sebenarnya kasih sayang juga lah penguat semangat.
Semalam ada juga yang baru lepas. Seorang ibu bagi pada anak. Alhamdulillah, berjaya juga. Kami saling memberi sokongan untuk berjuang habis-habisan.” Kongsi Ani kepada Mingguan Wanita.
Sumber/Foto : Ani Yusof