Rupanya Inilah Sebab Eina Azman Terdetik Bantu 2 Beradik Sakit Kulit, Jumpa Doktor Pakar

Usaha pelakon Datin Paduka Eina Azman atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 23 dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah membantu dua beradik yang menghidap sakit kulit serius perlu diberikan pujian.

Dalam laman instagramnya tak lama dulu, Eina memaklumkan niatnya mahu membantu anak-anak pasangan suami isteri, Nurul Ain Abdullah, 29 dan Shahrul Azmi Aziz, 27 yang berdepan kesempitan kewangan diuji anak kecil, Lela Safiya Shahrul Azmi, 2 dan Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi, 6 bulan yang sakit.

Akhirnya, Eina dan suami berkongsi cerita bahagia untuk keluarga kecil yang diuji ini. Apabila berpeluang membawa anak-anak comel ini mendapatkan rawatan dari doktor pakar kulit. Malah berniat mahu membantu secara berterusan sehingga anak-anak ini pulih.

 

Rupanya Inilah Sebab Eina Azman Terdetik Bantu 2 Beradik Sakit Kulit, Jumpa Doktor Pakar

 

Alhamdulillah, hari ini Eina dan husband berkesempatan untuk berjumpa dengan keluarga kak Nurul @yurns88.”

Di atas permintaan ramai yang minta Eina share tentang keluarga kak Nurul, sebentar tadi Eina bawa kak Nurul dan suami serta dua orang anaknya berjumpa dengan doktor pakar kulit di sebuah klinik swasta di Subang Jaya.”

Luah beliau lagi, “Doktor cakap Mohammad dan kakaknya Lela Safiya boleh pulih tapi memakan masa sedikit masa.”

IKLAN

 

Rupanya Inilah Sebab Eina Azman Terdetik Bantu 2 Beradik Sakit Kulit, Jumpa Doktor Pakar
Datin Paduka Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah simpati dengan keadaan sakit kulit serius yang dialami 2 beradik ini.

 

Ini Yang Buat Hati Eina Azman Terdetik Bantu

Kak Nurul juga mempunyai masalah Ekzema dan dan Eina kana minta doktor rawat dia juga. InsyaAllah diberi rezeki yang lebih Eina dan suami akan menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga kak Nurul sehingga pulih. InsyaAllah.”

Terdetik dihati Eina Azman mahu membantu keluarga Nurul ini. Fikirnya dirinya juga punya anak kecil kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Kalau Aubrey, Karl sakit sikit pun Eina dah rasa down dan sedih. Apatah lagi kak Nurul? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.”

Sedih sangat Eina, hubby tengok anak-anak kak Nurul tadi. Menangis sebab tahan sakit. Orang ramai semua yang nak bantu meringankan beban keluarga kak Nurul ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi,

Akaun Maybank : 162085464155 Nurul Ain Abdullah

Akhiri tulisannya di instagram miliknya.

 

Rupanya Inilah Sebab Eina Azman Terdetik Bantu 2 Beradik Sakit Kulit, Jumpa Doktor Pakar

Ini Kisah Viral 2 Beradik Sakit Kulit Serius

Terdahulu kisah 2 beradik sakit kulit serius ini sudahpun viral dalam posting Nadia Bakhtiar, beliau telah berkongsi cerita lawatannya ke rumah keluarga Nurul yang terletak di Block PPR Kota Damansara.

Ya Allah, sedihnya. Nurul ni ada masalah mata, dia kata penglihatan dia tak berapa jelas. Ada masalah kornea.

Nak masak pun tak berani. Hari-hari orang kedai makan kat bawah akan bagi lauk sayur dan suami Nurul bayar sebulan RM50. Hari-hari lauk diorang cuma sayur je.

Selasa lepas Nad ada bagi susu rizqi pada Nurul, dia kata minum susu tu bantu dia jugak rasa kenyang. Memang tak cukup tidur, anak asyik nangis sebab tak selesa, badan gatal bila dah garu rasa pedih.

 

Motor Yang Satu Itulah Angkut Anak, Isteri Ke Mana-mana

Suami pula kadang-kadang berhari-hari takde kat rumah kerja kelendan lori ada masa kena outstation. Ada motor pun dah lama 9 tahun, itu yang diguna ke mana-mana bawa isteri dan anak-anak.

Tadi top up susu rizqi stok untuk sebulan kat Nurul, harap dapat la membantu juga bila dia lapar dan mengurangkan ekzema tiga beranak.

Setiap bulan pegi klinik pakar kulit kene 3 ratus lebih. Bila ubat dah habis kene tunggu gaji bulan depannya lagi. Aduh sedihnya, gaji suami sebulan RM850. Kalau kerap cuti sebab anak tak sihat baki tinggal RM700. ++ Sewa rumah sebulan RM250. Mana ubat anak-anak, makan minum lagi. Ya Allah.”

Syukurlah akhirnya kisah viral ini sampai juga ke pengetahuan insan-insan lain yang prihatin. Dan akhirnya mendapat bantuan rawatan daripada Datin Paduka Eina Azman dan suami.

Sumber/Foto : Eina Azman , Nadia Bakhtiar