Usaha pelakon Datin Paduka Eina Azman atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 23 dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah membantu dua beradik yang menghidap sakit kulit serius perlu diberikan pujian.
Dalam laman instagramnya tak lama dulu, Eina memaklumkan niatnya mahu membantu anak-anak pasangan suami isteri, Nurul Ain Abdullah, 29 dan Shahrul Azmi Aziz, 27 yang berdepan kesempitan kewangan diuji anak kecil, Lela Safiya Shahrul Azmi, 2 dan Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi, 6 bulan yang sakit.
Akhirnya, Eina dan suami berkongsi cerita bahagia untuk keluarga kecil yang diuji ini. Apabila berpeluang membawa anak-anak comel ini mendapatkan rawatan dari doktor pakar kulit. Malah berniat mahu membantu secara berterusan sehingga anak-anak ini pulih.
“Alhamdulillah, hari ini Eina dan husband berkesempatan untuk berjumpa dengan keluarga kak Nurul @yurns88.”
“Di atas permintaan ramai yang minta Eina share tentang keluarga kak Nurul, sebentar tadi Eina bawa kak Nurul dan suami serta dua orang anaknya berjumpa dengan doktor pakar kulit di sebuah klinik swasta di Subang Jaya.”
Luah beliau lagi, “Doktor cakap Mohammad dan kakaknya Lela Safiya boleh pulih tapi memakan masa sedikit masa.”
Ads
Ini Yang Buat Hati Eina Azman Terdetik Bantu
“Kak Nurul juga mempunyai masalah Ekzema dan dan Eina kana minta doktor rawat dia juga. InsyaAllah diberi rezeki yang lebih Eina dan suami akan menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga kak Nurul sehingga pulih. InsyaAllah.”
Terdetik dihati Eina Azman mahu membantu keluarga Nurul ini. Fikirnya dirinya juga punya anak kecil kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
“Kalau Aubrey, Karl sakit sikit pun Eina dah rasa down dan sedih. Apatah lagi kak Nurul? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.”
“Sedih sangat Eina, hubby tengok anak-anak kak Nurul tadi. Menangis sebab tahan sakit. Orang ramai semua yang nak bantu meringankan beban keluarga kak Nurul ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi,
Ads
Akaun Maybank : 162085464155 Nurul Ain Abdullah”
Akhiri tulisannya di instagram miliknya.
Ini Kisah Viral 2 Beradik Sakit Kulit Serius
Terdahulu kisah 2 beradik sakit kulit serius ini sudahpun viral dalam posting Nadia Bakhtiar, beliau telah berkongsi cerita lawatannya ke rumah keluarga Nurul yang terletak di Block PPR Kota Damansara.
Ads
“Ya Allah, sedihnya. Nurul ni ada masalah mata, dia kata penglihatan dia tak berapa jelas. Ada masalah kornea.
“Nak masak pun tak berani. Hari-hari orang kedai makan kat bawah akan bagi lauk sayur dan suami Nurul bayar sebulan RM50. Hari-hari lauk diorang cuma sayur je.
“Selasa lepas Nad ada bagi susu rizqi pada Nurul, dia kata minum susu tu bantu dia jugak rasa kenyang. Memang tak cukup tidur, anak asyik nangis sebab tak selesa, badan gatal bila dah garu rasa pedih.
Motor Yang Satu Itulah Angkut Anak, Isteri Ke Mana-mana
Suami pula kadang-kadang berhari-hari takde kat rumah kerja kelendan lori ada masa kena outstation. Ada motor pun dah lama 9 tahun, itu yang diguna ke mana-mana bawa isteri dan anak-anak.
Tadi top up susu rizqi stok untuk sebulan kat Nurul, harap dapat la membantu juga bila dia lapar dan mengurangkan ekzema tiga beranak.
Setiap bulan pegi klinik pakar kulit kene 3 ratus lebih. Bila ubat dah habis kene tunggu gaji bulan depannya lagi. Aduh sedihnya, gaji suami sebulan RM850. Kalau kerap cuti sebab anak tak sihat baki tinggal RM700. ++ Sewa rumah sebulan RM250. Mana ubat anak-anak, makan minum lagi. Ya Allah.”
Syukurlah akhirnya kisah viral ini sampai juga ke pengetahuan insan-insan lain yang prihatin. Dan akhirnya mendapat bantuan rawatan daripada Datin Paduka Eina Azman dan suami.
Hadiah Untuk ‘Teman Wanita’, Budak Prasekolah Bawa GELANG EMAS Mak Ke Tadika! Anak-anak kecil memang mempunyai pelbagai kerenah dan ragamnya. Apa yang dilihat, itulah yang dijadikan contoh.
Satu klip video yang menunjukkan seorang budak lelaki China mengaku membawa gelang emas ibunya ke tadika untuk diberikan kepada kekasih hatinya, menjadi tular di internet, lapor portal berita Thaiger hari ini.
Bawa Gelang Emas Ibu Ke Sekolah
Dalam klip itu, seorang budak lelaki dilihat mengaku kepada ibunya bahawa dia membawa barang kemas milik wanita berkenaan berharga hampir AS$1,540 (RM6,892) ke sekolahnya.
Si ibu tertawa ketika ‘menyoal siasat’ anaknya. Klip video itu mencuit hati ramai netizen dan mencetuskan sensasi di media sosial.
Si ibu berkata, seorang guru memberitahu tentang tindakan anaknya selepas dia melihat kanak-kanak tersebut membawa gelang emas itu ke tadika berkenaan di Wilayah Autonomi Mongolia, pedalaman China.
Menurut ibunya itu, dia terperanjat dengan tindakan anaknya.
Hadiah Untuk Teman Wanita
Gelang emas itu adalah hadiah daripada bapa kanak-kanak itu kepada ibunya.
Apabila ditanya mengapa dia membawanya ke sekolah, budak lelaki itu menjawab bahawa dia ingin memberikannya kepada teman wanitanya sebagai hadiah.
Lumrah bergelar anak seni, pastinya tidak dapat lari dari gosip dan kontroversi. Malah penyanyi Ayu Damit juga akui tidak kisah apa yang orang di luar mahu memperkatakan tentang dirinya asalkan tidak melampaui batas.
Baru-baru ini heboh dirinya menjadi mangsa tuduhan, apabila ada yang mendakwa dia memakai susuk untuk kelihatan cantik.
Berita tersebut merupakan satu fitnah buat dirinya, namun pemenang tempat ketiga program Gegar Vaganza musim ketujuh ini, tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
Ayu Damit Tidak Mahu Ambil Serius
Penyanyi yang berasal dari Sabah ini juga akui tidak melihat ia sebagai suatu yang harus diberikan perhatian serius.
“Banyak lagi benda yang saya nak fikir dan berikan perhatian berbanding nak memperbesarkan hal yang saya sendiri tahu tidak benar.
“Tuduhan yang mengatakan saya pakai susuk penyeri wajah agak kelakar bagi saya kerana kalau dia tahu orang yang pakai susuk tak boleh makan sate, sedangkan saya merupakan peniaga sate sejak bertahun lalu,” ungkap Ayu.
Malah para peminatnya juga ada meminta dia menyaman individu yang menfitnah dirinya.
“Ada pihak termasuk peminat yang minta saya saman saja individu berkenaan sebagai pengajaran, tapi bagi saya, tak perlulah nak mengambil serius hal seperti ini.
“Takkan semua benda pun nak saman. Saya tak kisah apa yang mereka nak cakap asalkan ia tidak melampaui batas dan menjejaskan kehidupan saya,” ujar Ayu.
Selain bergelar penyanyi, wanita yang begitu rajin ini juga pemilik Restoran Ayu Damit X Tok Mak Citarasa Antarabangsa.
Ayu juga menambah dia masih aktif dalam mengusahakan aktiviti pertanian.
“Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, memang tiada aktiviti seni yang berlangsung, termasuk tawaran menjayakan persembahan seperti kebiasaannya.
“Bagaimanapun saya beryukur kerana mempunyai pendapatan menerusi perniagaan hasil pertanian yang diusahakan bersama suami, selain restoran yang masih beroperasi.
“Alhamdulillah semuanya masih dalam kawalan dan setakat ini saya tidak perlu mengeluarkan wang simpanan walaupun ada ketika turut berdepan dengan keperitan untuk belanja pengurusan terutamanya membawa sewa, gaji pekerja dan sebagainya,” ungkap Ayu yang kini tampil dengan single baharu berjudul Permata.
Punyalah bertuah kaum wanita, bukan hari lahir sahaja orang sambut tetapi siap ada hari wanita dan majlis tertentu untuk meraikan pengorbanannya. Salah satunya boleh dilihat menerusi Malam Aspirasi Wanita 2018 yang dibuat di Dewan Hamzah beberapa hari lalu.
Ini semata-mata nak menghargai peranan, tanggungjawab dan sumbangan golongan wanita khususnya di daerah Klang, yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Klang.
Nak Menghargai Kaum Wanita
Yang Dipertua, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, sambutan itu diadakan bersempena dengan sambutan Hari Wanita pada 8 Mac setiap tahun.
“Kita meraikan hari yang istimewa untuk para wanita ini bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan serta peranan mereka terhadap pembangunan negara.
“Sambutan Hari Wanita juga disambut sebagai perangsang kepada golongan itu dan bagi memenuhi hasrat serta aspirasi untuk terus bergiat lebih aktif ke arah pembangunan keluarga, masyarakat dan organisasi,” katanya ketika berucap di hadapan kaum wanita yang terdiri daripada kakitangan MPK dan jemputan.
Bajet 2018 Untuk Wanita
Agenda pemberdayaan wanita sentiasa diberikan penekanan oleh Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan.
“Buktinya melalui pembentangan Bajet 2018 telah membuka peluang secara luar biasa kepada golongan wanita di negara ini.
“Beberapa inisiatif langsung dan tidak langsung dilihat mampu memberi manfaat kepada golongan wanita, antaranya mewajibkan 30 peratus wanita dalam keahlian sebagai lembaga pengarah GLC, GLIC dan badan berkanun merupakan satu program bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengangkat wanita menerajui posisi,” katanya.
RM72 Juta Khas Buat Mak-mak
Keprihatinan itu juga ditunjukkan Kerajaan Negeri yang turut menyediakan bajet yang lebih mesra wanita berupa RM72 juta bagi meningkatkan martabat wanita dan golongan ibu menerusi pengenalan inisiatif berkebajikan, Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.