Rupanya Ini Punca Sakit Belakang Semasa Haid, Wanita Kena Ambil Tahu!
Gambar sekadar hiasan

Masalah sakit belakang semasa haid pasti dialami oleh wanita setiap kali datang haid. Sungguh tidak selesa apabila mengalaminya. Sebenarnya, apakah punca sakit belakang semasa haid ini?

Sebagai wanita, perlulah kita ambil tahu terutamanya bagi mengelakkan masalah kesihatan yang tersembunyi.

Perkongsian Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Hj Ahmad ini boleh dijadikan panduan bagi wanita yang mengalami masalah sakit belakang semasa haid.

Sakit Dan Tidak Selesa Di Bahagian Abdomen

Kedatangan haid bagi wanita yang normal bukan saja dimulai dengan pendarahan haid. Tetapi ia boleh menyebabkan sakit dan rasa tidak selesa di bahagian abdomen, rasa kembung perut dan sakit kepala bagi kebanyakan wanita.

Selain berasa sakit di bahagian bawah perut (suprapubic), ramai wanita yang mengadu mengalami lenguh dan kesakitan pada bahagian tengah pinggang, yang disebut lower back pain.

Ia bermula beberapa hari sebelum atau selepas kedatangan darah haid dan akan hilang selepas beberapa hari. Ia tidak mendatangkan bahaya dan bukan tanda-tanda sebarang masalah besar.

Rasa tidak selesa sebegini selalunya berlaku pada peringkat sederhana, di mana seorang wanita boleh mengabaikannya. Tetapi ada wanita yang mengalami kesakitan yang terlalu kuat sehingga mengganggu aktiviti seharian.

Rupanya Ini Punca Sakit Belakang Semasa Haid, Wanita Kena Ambil Tahu!
Dr Zubaidi Hj Ahmad, Pengamal Perubatan Am

Jadi, Apa Punca Sakit Belakang Semasa Haid?

Sakit di bahagian bawah abdomen dan sakit di bahagian belakang selalunya dianggap normal akibat pengeluaran hormon Prostaglandin yang menggalakkan pengecutan rahim untuk mengeluarkan darah haid dalam rahim.

Pengeluaran hormon Prostaglandin yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan. Dan ini menyebabkan sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat,tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.

Dalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat boleh jadi disebabkan oleh masalah-masalah penyakit puan yang lain yang lebih serius seperti jangkitan kuman (Pelvic Inflammatory Disease), endometriosis dan fibroid.

Sakit Orang Perempuan Setiap Bulan, Jangan Pelik Kalau Isteri Tiba-tiba Berubah Sikap

Suami Meninggal Sakit Jantung, Ibu Paling Tua Di Dunia Terpaksa Besarkan Anak Sendirian

IKLAN

Anak Perempuan RAPAT Dengan AYAH Bukan MENGADA, Dialah Lelaki Pertama Diingati Bila-Bila

Lebih Serius Jika Mengalami Senggugut Melampau

Tanda-tanda seseorang wanita itu mengalami masalah yang lebih serius adalah apabila seseorang wanita itu mengalami senggugut yang melampau pada setiap bulan, sehingga terpaksa mengambil beberapa hari cuti kerana tidak mampu melakukan kerja.

Saya menasihatkan wanita-wanita seperti ini agar menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesan masalah yang lebih serius.

Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal terutama pada bahagian kemaluan untuk memeriksa rahim. Ini termasuk pemeriksaan ultrasound, bagi mendapat gambaran imej struktur rahim di dalam abdomen.

Oleh itu saya mencadangkan agar mencari doktor wanita Muslim agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan baik dan aurat dapat dijaga.

Cara Elak Senggugut Teruk

Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugut yang teruk. Antaranya:

IKLAN
  1. Melakukan senaman ringan. Ada beberapa kajian menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yag kuat.
  2. Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, dan mengambil suplemen yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.
  3. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 liter dalam sehari.
  4. Boleh tuam menggunakan beg plastik atau beg kulit yang berisi air suam pada bahagian bawah perut bagi mendapatkan kelegaan.
  5. Akhir sekali, boleh mengambil ubat penahan sakit yang ringan seperti acetaminophen dan paracetamol. Jika tidak berkesan, boleh gunakan penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen, beberapa hari sebelum kedatangan haid.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Baca ini juga:terkucil-ketika-bersin-bersenam-mungkin-mak-mak-tak-sedar-diri-alami-masalah-kawalan-kencing

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Rupanya Ini Punca Sakit Belakang Semasa Haid, Wanita Kena Ambil Tahu!

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

IKLAN

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanitaMW

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI