Nama adik Hana Aishah, Syukor Khamis dan Umar Wafi menjadi perhatian ramai gara-gara memiliki kebolehan dan keunikan mereka yang istimewa.
Tidak dinafikan setiap anak-anak memiliki keistimewaan tersendiri. Ia menjadi tanggungjawab mak ayah dalam mengenal pasti jenis kecerdasan yang dimiliki oleh anak-anak sewaktu tempoh pembesaran mereka. Ini kerana ia dapat ‘menggilap’ kelebihan tersebut untuk menjadikan mereka lebih baik dan cemerlang.
Mungkin ada anak yang hebat dalam bidang sukan, petah dalam bercakap dan interaksi, pandai bermain alat muzik, mahir dalam kira-kira dan sebagainya. Ia sebenarnya merupakan antara 9 jenis Multiple Intelligence mengikut teori yang dicadangkan oleh Psikologi, Howard Gardner yang mak ayah perlu ambil tahu.
Jemput baca perkongsian oleh Puan Noor Afidah Abu Bakar dari Parent Connect Consultancy mengenai Multiple Intelligence ini.
Tiga orang kanak-kanak yang menghiasi media cetak, media elektronik dan media sosial seminggu dua ini menarik perhatian saya. Saya pernah berkongsi tentang Teori Kecerdasan Pelbagai atau Multiple Intelligence yang dicadangkan oleh Howard Gardner. Beliau telah mengenalpasti 9 jenis kecerdasan atau intelligence.
Ketiga-tiga kanak-kanak ini memiliki kecerdasan yang berbeza-beza. Perbezaan inilah yang menjadikan mereka individu yang unik tanpa perlu dibanding-bandingkan.
1) Hana Aishah
Adik HANA AISHAH atau nama glamernya Aishah London telah menarik perhatian ramai dengan kepetahannya berbahasa Inggeris. Pertama kali menonton wawancara bersama adik Aishah, saya membuat andaian bahawa dia lahir dan pernah menetap dan bersekolah di luar negara. Rupa-rupanya saya silap. Dia belajar Bahasa Inggeris dengan sendirinya atau ‘self taught’ dengan menonton video.
Ads
Adalanya kanak-kanak hanya boleh mengulangi (parrot) kembali perkataan-perkataan yang didengari di video tanpa boleh berkomunikasi tetapi adik Aishah boleh berinteraksi dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu dengan baik. Selepas dikenali dan tular, Adik Aishah telah beberapa kali dijemput ke station radio dan tv untuk ditemubual. Saya dapati dia berupaya berbicara dengan fasih dan penuh keyakinan.Belajar bahasa dan menguasai bahasa adalah dua perkara yang berbeza.
Aishah London berkemungkinan memiliki KECERDASAN LINGUISTIK yang menyebabkannya berupaya menguasai bahasa dengan cepat, mudah dan efektif. Dia juga berkemungkinan memiliki KECERDASAN INTERPERSONAL.
2) Syukor Khamis
Adik SYUKOR KHAMIS bukan sahaja menjadi sebutan di dalam negara, dia juga terkenal di luar negara kerana foto-foto aksinya bersama kerbau mendapat liputan yang sangat meluas. Syukor bukan sahaja berupaya untuk berinteraksi dengan kerbau, menurut jurugambar Nazri Sulaiman, Syukor juga mempunyai hubungan mesra dan bergurau dengan kerbau, lembu, kambing, angsa dan burung seperti ‘kawan-kawan sekolah’.
Ini diakui sendiri oleh ayah Syukor yang mengatakan walaupun adik beradik Syukor yang lain juga terdedah kepada persekitaran yang sama, Syukorlah yang paling cenderung dan mempunyai minat mendalam terhadap kerbau-kerbau peliharaan ayahnya.
Ads
Bagi saya adik Syukor adalah contoh yang baik bagi seorang kanak-kanak yang memiliki KECERDASAN NATURALIS yang mudah berinteraksi dengan alam.
Bercita-cita ingin menjadi seorang ‘Circus Performer’ satu hari nanti adalah sesuatu yang tidak janggal bagi seorang anak yang memiliki kecerdasan naturalis.
3) Umar Wafi
Adik UMAR WAFI mendapat liputan media kerana telah mencipta alat notifikasi anti buli yang boleh digunakan di sekolah-sekolah. Guru-guru akan mendapat notifikasi di telefon mereka jika ada pelajar dibuli. Inovasi ini telah memenangi anugerah STEM di peringkat nasional dan juga peringkat antarabangsa.
Menurut ibu Umar, idea penciptaan alat ini tercetus kerana adik perempuan Umar pernah dibuli secara fizikal dan verbal oleh rakan yang sama-sama berada dalam Darjah 1.
Mereka sekeluarga berbincang bagaimana caranya untuk membantu kanak-kanak lain yang dibuli dan ciptaan ini adalah hasil sesi ‘brainstorming’ tersebut. Umar seorang yang pendiam, namun kepakaran dan minat Umar dalam Programming telah memungkinkan ciptaan ini. Umar juga bercadang untuk menambahbaik alat anti buli ini dengan menyambungkannya ke CCTV.
Ads
Adik Umar adalah contoh kanak-kanak yang memiliki KECERDASAN LOGIKAL MATEMATIK yang berkait rapat dengan strategi, penaakulan, matematik, sains dan teknologi.
Setiap seorang kanak-kanak adalah unik dan memiliki kecerdasan atau intelligence yang berbeza-beza. Kenalpasti kecerdasan tersebut dan sediakan persekitaran dan ruang untuk membina kecerdasan itu supaya bermanfaat buat anak tersebut dan juga untuk masyarakat.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
MW: Jadi buat mak ayah, kenal pasti jenis Multiple Intelligence yang dimiliki oleh setiap anak-anak. Bantu mereka beri galakan dan sokonglah perkembangan kecerdasan tersebut agar anak mampu pergi lebih jauh!
Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.
Ellie Suriaty tidak terkejut bekas suami mahu bernikah dalam masa terdekat. Begitulah yang diberitahu oleh pengarah dan pelakon yang baru saja berpisah dengan bekas suaminya, Azri Iskandar seperti mana yang dilaporkan.
Ellie Suriaty Akui Tidak Terkejut Bekas Suami Mahu Bernikah
Ellie dan Azri yang sah berpisah pada 17 Mei lalu menerusi Kosmo Online menjelaskan dirinya tidak terkejut dengan hal tersebut. Malah hatinya juga sudah nekad untuk menarik diri dari perkahwinan yang dibina selama 19 tahun.
Masing-masing juga sedang melalui proses edah selama tiga bulan yang akan berakhir pada 28 Ogos nanti.
“Tidak terkejut malah saya sudah boleh agak akan hal ini. Sebab itulah hati saya benar-benar bulat dan tekad untuk menarik diri dari perkahwinan ini.
“Saya dah rasa dia ada hubungan dengan wanita lain. Waktu saya failkan cerai pun, saya tak perlu tanya lagi untuk dapatkan apa-apa kepastian atau kesahihan,” ungkap ibu kepada tiga orag anak itu.
“Hati Dia Bukan Dengan Saya Lagi”
Ellie juga menerangkan dia tidak kisah siapa pun wanita yang bakal dikahwini Azri.
“19 tahun saya bersamanya. Selama tempoh itu, kami telah melalui segala susah senang bersama.
“Bila ada perubahan dalam rumah tangga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi” kongsi Ellie yang mahu memberi sepenuh perhatian pada anak-anak dan kerjaya seni.
Sebelum ini menerusi laporan portal berita Azri berkongsi berita gembira apabila bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita berstatus anak dara bernama Dr. Azra Diera.
Tanah suci merupakan tempat ibadah yang dijanjikan segala doa dan hajat yang dipinta akan dimakbulkan atas kehendakNya. Menjadi kelaziman ramai antara kita yang mengirimkan titipan doa kepada sesiapa yang berkunjung ke sana, baik ketika melakukan umrah mahupun ibadah haji.
Semalam, pelakon cantik Nur Fazura Sharifuddin,34 ada memuat naik satu gambar kertas kiriman doa berlatar belakangkan Kaabah didalam posting terkini di Instagramnya.Menurut isteri kepada pelakon Fattah Amin,27 ini, gambar tersebut dihantar oleh adik angkatnya, Siti Nursyazwani Harun atau disapa Wani yang kini sedang berada ditanah suci menunaikan ibadah umrah.
Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah meskipun sering mengirimkan doa buat adik angkatnya, namun gambar kiriman doa yang ditulis oleh Fazura sendiri diatas kertas kali ini membuatkan dirinya terlebih sayu. Malah, Fazura juga ada meminta para peminat dan pengikutnya agar sudi mengaminkan doa tersebut ketika menantikan solat maghrib dan isyak malam tadi.
“Subhanallah. Cukup beruntung saya dipertemukan dengan adik angkat saya yang diperkenalkan oleh mama sebagai anak angkat nya sewaktu saya berada di Madinah baru-baru ini.”
“Wani merupakan adik saya yang sangat rajin berdoa lantas sering meminta titipan doa dari saya hampir setiap kali dia melangkah ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah. Tatkala Wani mengirimkan titipan doa saya yang ditulis kali ini hati saya terlebih sayu.”
“Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT dan saya bermohon jika sudi anda semua mengaminkan juga doa-doa saya ini sempena solat Maghrib dan Isyak ini. Salam syukur, kasih dan sayang. “@sitinursyazwani_harun
Berikut antara kiriman doa Fazura di tanah suci:
1.Semoga dikurniakan zuriat yang sempurna. 2.Dikurniakan rezeki buat dirinya dan suami supaya supaya dapat membantu keluarga dan orang memerlukan. 3.Dilindungi dan dijauhkan dari fitnah serta hasad dengki manusia.
Ringkas namun cukup bermakna kiriman doa Fazura ini. Mingguan Wanita mendoakan semoga segala impian, hajat yang dipinta dimakbulkan oleh Nya. Semoga bertambah murah rezeki dan dilimpahi dengan kasih sayang berpanjangan. Tak sabar nak tengok fattzura junior!
Memang seronok miliki anak kembar, lebih-lebih lagi bila dapat sepasang baik lelaki mahupun perempuan.Setiap mak ayah pastinya mahupun kelahiran bayi kembar ini sempurna dan sihat sempurna keadaannya.
Seorang wanita berusia 32 tahun bagaimanapun ‘terpilih’ melahirkan bayi kembar unik satu dalam sejuta apabila salah seorang bayinya dilahirkan secara normal, manakala seorang lagi menghidap penyakit Sindrom Down.
Pasangan suami isteri dari Sheffield,Britain, Nicola dan Todd Bailey berkata, mereka tidak mengetahui salah seorang anak perempuan kembarnya, Harper mengalami masalah kecacatan genetik itu sehingga dia dilahirkan 38 minit sebelum adiknya, Quinn.
Nicola melahirkan anak kembarnya itu secara normal di Hospital Rotherham pada 15 Februari lalu.Harper Jade dilahirkan dengan berat 2.3kg pada pukul 8.02 pagi, manakala Quinn Mae dilahirkan dengan berat 2kg pada pukul 8.40 pagi dan mereka kini telah berusia 5 bulan.
Doktor Mohon Maaf
Mengimbas kembali berita mengejutkan itu, pasangan itu mendakwa bahawa pasukan doktor hanya mampu memohon maaf ketika memaklumkan mengenai kecacatan salah seorang bayi mereka.
“Seingat saya ketika itu, doktor hanya mampu berkata, saya meminta maaf tetapi perasaan sedih saya berubah dalam sekelip mata apabila menatap wajah kedua-dua mereka. Mereka sangat cantik, comel dan ‘sempurna’ walaupun salah seorangnya mengalami sindrom Down,” kata Nicola.
Nicola berkata lagi, Harper adalah Harper, Quin adalah Quin, mereka tidak sama dan saya tidak sesekali membandingkan mereka mahupun dengan anak-anak yang lain.
Terdahulu, pasangan Nicola dan Todd ini telah mempunyai seorang anak lelaki, Lucas,4 tahun.
Kira-kira 40,000 bayi di United Kingdom mengalami masalah sindrom Down tetapi pakar perubatan menyifatkan peluang salah seorang kembar menghidap kecacatan itu hanya berlaku satu dalam sejuta kelahiran unik bayi di dunia.
Memang unik kelahiran bayi kembar ini. Apa-apa pun, tahniah buat mak ayah bayi kembar ini kerana dapat menerima kelahiran mereka dengan keadaan hati terbuka,tidak membanding-bandingkan dan berlapang dada. Memang terbaik!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.