Sotong celup tepung, meskipun mudah tapi jika salah caranya jadi punca tepungnya tertanggal atau tak melekat, tak rangup dan meletup-letup ketika digoreng.
Buat penggemar sotong celup tepung ada cara untuk hasilkan resipi ini sendiri di rumah sama rasanya macam makan di kedai. Namun kena ikut 4 tips yang dikongsikan oleh Puan Murni Rahmat ini.
1.Sotong Segar
Guna sotong SEGAR, tak payah syarat tak perlu rahsia.. Golek-golek sotong dalam tepung dan goreng.. Inshaa Allah tak meletup.
2.Tos Sotong Sampai Kering
Kalau tak dapat sotong segar, siang dan basuh sotong macam biasa, potong dan tos air sampai kering.Nak lap guna tisu pun boleh,yang penting sotong tu kering.
Ads
3. Minyak Banyak & Api Besar
Minyak kena banyak dan api mesti besar.Percaya tak saya goreng sotong ni tak sampai 2 minit pun dia berenang dalam minyak panas tu sedap dan rangup kejadiannya.
4. Guna Tepung Kering & Tepung Basah
Selepas keringkan sotong, golek-golek sotong dalam tepung kering sampai rata.Lepas tu celup dalam tepung basah dan terus goreng.Nak celup dalam tepung basah dulu baru golek dalam tepung kering pun boleh.Mana-mana pun boleh, tak payah pening-pening sangat.
Ads
Sekian,itu sahaja yang dapat saya simpulkan pada hari ini.
Dulu akak selalu goreng sotong celup tepung guna bancuhan tepung buat sendiri.Banyak kerja sikit sebab kena campur-campur jenis tepung,kena guna telur lagi.
Sekarang ni akak selalu main tipu..Guna tepung bestari je dah cukup..garam pun tak letak.Rasa dia..sedappp ya amat macam kita berusaha dan bersungguh-sungguh buat kerja kat dapur.
Ads
Semoga bermanfaat! Selamat mencuba!
Jadi buat mak-mak, bolehlah cuba tips yang dikongsikan ni bila nak buat sotong celup tepung iya. Barulah tepungnya tak tertanggal, rangup dan goreng pun tak meletup-letup.
Daun pandan mempunyai aroma wangi yang tersendiri dan sering digunakan dalam masakan harian mahupun pembuatan kuih muih. Tapi selalunya kita nak gunakan daun ni sikit je mungkin sehelai dua, jadi eloklah tanam sendiri pokok pandan ini di rumah. Jimat dan taklah terbuang membazir.
Namun nak tanam pokok pandan ada cara yang betul, barulah ia mudah ‘hidup’, daun lebar dan subur. Boleh gunakan samada keratan berakar atau pucuk pangkal pokok, malah boleh juga ditanam dalam pasu mahupun terus dalam tanah.
Jadi sebelum tanam Pokok Pandan, kena ada ilmu dan asas dalam menanamnya.
Cara Tanam Pandan Dengan Betul dan Mudah
1. Keperluan Asas Tanaman Pandan
Tanaman ini tidak rumit untuk diusahakan kerana ianya mudah tumbuh di atas apa-apa jenis tanah berikutan daripada ciri akarnya iaitu akar udara.
Ianya tidak rumit dari segi suhu, pH, kelembapan, taburan hujan dan sebagainya. Akan tetapi, untuk jaminan kesuburan dan kualiti hasil yang terbaik, ianya perlu diusahakan di kawasan tanah lapang dan mempunyai kadar naungan terhadap matahari yang sederhana.
2. Penyediaan Campuran Tanah
Ianya sesuai pada pelbagai jenis tanah. Tiada sebarang kekangan untuk mengusahakan penanaman secara terus ke tanah, dalam polibeg ataupun pasu.
a) Tanam Dalam Pasu
Untuk penghasilan yang terbaik, saya mengesyorkan menggunakan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Kemudian, penuhkan pasu ataupun polibeg dengan mengisi tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari bahagian permukaan sebelum ditanam.
b) Tanam Terus Dalam Tanah
Untuk secara terus atas tanah, sediakan lubang berukuran 25cm x 25cm dan benih pandan sudah boleh terus ditanam.
Kemudian boleh terus tanam pada tanah, polibeg ataupun pasu seperti yang dinyatakan tadi dengan memasukkan pada lubang yang berukuran 25cm x 25cm.
Seterusnya, timbus dan padatkan tanah keliling bersama dengan benih pandan. Akhir sekali, siram benih yang ditanam pada kadar yang mencukupi sehingga kelihatan basah dan lembap.
4. Penyiraman
Siram tanaman sebanyak 2 kali sehari iaitu pada awal pagi dan lewat petang. Keperluan air perlulah mencukup bagi memastikan daun yang terhasil lebih lebar dan kekal subur.
5. Penjagaan
Bagi mengelakkan serangga perosak, haiwan berbahaya dan penyakit serius pada pokok pandan, penting mencantas daun kering dengan kerap. Sekiranya tidak dilakukan, berkemungkinan kawasan tanaman akan mengundang kehadiran haiwan tidak diingini seperti ular, tikus dan sebagainya.
Jika telah tumbuh tunas baru pada rumpun yang sama, potong sahaja rumpun yang lama dan pindah untuk penanaman baru.
Sebagai langkah kawalan rumpai, cabut dan buang rumpai yang tumbuh di keliling pokok. Sebaiknya gunakan kaedah manual samada menggunakan tangan ataupun mesin rumput. Ini bagi mengelakkan tempias semburan racun secara terus yang boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap pokok pandan.
6. Pembajaan
Tabur baja dengan menggunakan baja NPK (21:21:21) yang dikhaskan untuk pertumbuhan daun. Baja perlu digunakan sebanyak 5g sepokok bagi tanaman dalam pasu ataupun polibeg dan 10g sepokok bagi tanaman di atas tanah.
7. Penuaian
Daun boleh dipetik selepas 12 bulan ditanam dengan memotong bahagian pangkal rumpun menggunakan pisau yang tajam. Untuk pemprosesan yang lebih baik, sebaiknya pangkal tersebut dibuang terlebih dahulu.
Jika selalu dodol dimasak atas kawah dan perlukan masa yang lama untuk memasaknya. Namun berbeza dengan sejenis kuih yang dinamakan dodol kukus hanya perlukan 10 minit waktu memasak dah siap dan boleh terus dimakan. Menurut perkongsian oleh pemilik resipi Anas Hafizullah, dodol kukus ni merupakan kuih tradisi di sebahagian daerah Negeri Pahang serta banyak dijual di Pekan Sari, Temerloh.
Berikut perkongsian dodol kukus yang dikongsikan oleh lelaki ini.
“Dodol Kukus sedap menikmatinya tak kira di hari biasa atau bulan puasa. Biasa terdapat banyak jual di Pekan Sari Temerloh, kuih tradisi di sebahagian daerah Negeri Pahang.”
Bahan A
1 cawan santan pekat utk buat taik minyak
* Cara membuat tahi minyak, santan dimasak hingga pecah minyak. Yang ni je dalam 1/2 jam nak buat sebab lama nak masaknya. Jangan kacau sangat nanti kurang taik minyaknya – api sederhana.
Bahan B
Daun pisang dilayu agar lembut supaya tidak pecah ketika dijadikan alas dodol.
Bahan C
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
* satukan dalam periuk dimasak hingga hancur semuanya dan sejukkan.
* Campur semua bahan D, gaulkan hingga sebati dan boleh masukkan bahan C. Kemudian tapis bila bahan dah bersebati semua.
Cara Membuat:
1.Panaskan periuk kukus.
2.Minyak dari tahi minyak tadi disapu pada daun pisang dan tuangkan adunan ke dalam loyang yang dialas dengan daun pisang tadi.
3.Kemudian letakkan dalam periuk kukus, nak tau dah masak ia cantik lucin dan tak melekat di jari dan warna kehitaman mengikut warna gula.
4.Dah siap, sejukkan bolah lah ditabur tahi minyak di atas dodol kukus.
Selamat Mencuba!
Tips Ekstra!
1. Kalau tak letak tahi minyak dan diismpan dalam peti sejuk boleh tahan sampai 3-4 hari. Tapi kalau dah letak tahi minyak kena makan cepat, sebab tak tahan tahan lama.
2.Waktu Mengukus ikut pada tebal atau nipis adunan.Kalau nipis dalam 10-12 minit, kalau tebal lama sikit lah kukus.
Kalau nak tahu rasanya macam mana, mak-mak bolehlah cuba sendiri resipi ini dirumah untuk hidangan berbuka petang nanti.
Khas buat mak-mak penggemar rasa coklat dan keju, boleh cuba resipi kek batik cheese lemak berkrim yang sangat sedap ini. Gandingan rasa pahit coklat dan lemak manis keju, menjadikan rasa kek ini cukup sempurna! Dimakan pula waktu sejuk-sejuk memang terbaik! Paling penting cara membuatnya cukup mudah, malah lebih jimat berbanding jika dibeli.Boleh lah mak-mak nak buat untuk hari istimewa ketika harijadi, kenduri, jamuan dan sebagainya nanti.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Ain Aziz ini;
Bahan-Bahan (Kek Batik):
250g Butter
1/2 Tin Susu Pekat (Kalau tak suka manis sangat letak suku, ikut pada tahap kemanisan anda) @malaysiamarigold
1 Paket Milo 200gm (Paket paling kecik) @milo_malaysia
1 Sudu kecik Esen Vanila
1 Paket Biskut Marie (Dipatah-patahkan)
Bahan-Bahan (Cream Cheese):
250g Cream Cheese tatura
Sedikit Susu Dutchlady @dutchladymy
3 Sudu Besar Susu Pekat (ikut pada tahap kemanisan anda)
Sedikit Perahan Lemon (Dalam video takde,terlepas pulak)
Bahan Lain
* Loyang 8×8 & Baking Paper
* Koko Powder (Untuk atas Cream cheese)
** Kena pandai adjust manis ikut rasa anda. Kalau kek batik dah manis, kurangkan sikit manis cream cheese. Untuk rasa balance, atas hiasan cream cheese letak koko powder. Kek batik cheese kena letak dalam peti ais belah bawah selama 3-4 Jam. Untuk senang potong & cheese tak cair.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak boleh buat sendiri di rumah lebih jimat dan puas hati, anak-anak pun mesti suka!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...