Kecantikan

Rupanya Boleh Servis Penghawa Dingin Sendiri Hanya Gunakan Remote, Barulah Ia Kekal Sejuk & Bertahan Lama

Share

Rupa-Rupanya mak-mak boleh Servis Aircond atau penghawa dingin sendiri dirumah sendiri hanya menggunakan alat Kawalan Jauh (remote) sahaja. Yang penting perlu tahu caranya, barulah aircond boleh bertahan lama, kekal sejuk dan tak mudah rosak.

Cara-caranya selepas gunakan aircond waktu malam, JANGAN matikan terus aircond sebaliknya buat langkah berikut .

TEKNIK-TEKNIK BERSIHKAN AIRCOND:

1.Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi.
2.Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
3.Kemudian barulah matikan aircond.

MENGAPA TETAPKAN KE MODE ‘FAN’?

Tujuan tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup. Ia akan mengeringkn kelembapan dalaman unit aircond dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran dan kelembapan)

Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.

Selamat Mencuba!

Sumber: SyamZone

Published by
Suhaidah Abd Wahab