Memang sayang bila tudung mahal-mahal yang kita beli ada kesan minyak peluh pula. Sebenarnya ada cara mudah untuk kita hilangkan kesan minyak peluh ni, boleh bersihkan guna bedak. Memang mudah!
Lagi Di Sini: Ramai Asalnya Pakai Tudung, Masuk Wad Perempuan Mudahnya Tayang Aurat
Sesetengah orang memang kuat berpeluh dan minyak peluh tu melekat dekat tudung. Sayangkan beli tudung mahal-mahal tapi banyak melekat peluh. Lagi pula jenis kuat berpeluh lepas tu kita pakai foundation.
Bedak Talkum
Sabun Mandi/ Syampu
Mesti Baca: Hati-Hati Cuci Tudung Elak Guna Mesin Basuh, Silap Langkah Boleh Rosak
1. Letak bedak pada kesan minyak tersebut, semasa tudung masih kering.
2. Kemudian gosok-gosok dan lepas tu biar beberapa minit.
3. Letakkan sikit sabun mandi atau syampu ya. Jangan guna sabun basuh biasa.
4. Cuci dan bilas seperti biasa, kemudian jemur di tempat panas sehingga tudung kering.
Lihat hasilnya, memang berkesan menghilangkan kesan minyak pada tudung.
@zuriaty_musa Ada dua cara nak hilangkan kesan peluh/ minyak kat tudung. Ini cara yg pertama #kaktysukashare #tudung #toturialtudungshawl ♬ Baru Betul – Akar
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.
Artikel Menarik: Gadis Mualaf Ini Pakai Tudung & Tutup Aurat Sebelum Peluk Islam Lagi, Rasa Selesa & Selamat
Artikel Popular: Setiap Bulan BroOhsem ‘Hunting’ 20 Helai Tudung Hadiahkan Pada Isteri, Dan Ini Yang Jadi..
Mingguan Wanita:Macam ni rupanya nak hilangkan kesan minyak pada tudung, guna bedak dan sabun mandi je. Memang mudah, boleh cuba nanti.
Sumber: Zuriaty Musa
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita