Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman. Jika nak tau tuan rumah itu seorang pembersih dan pentingkan kebersihan, lihatlah keadaan dalam bilik airnya.Sama ada baunya wangi, lantainya licin berkilat bersih atau sebaliknya. Rupanya mungkin ramai yang tak tahu bahawa bilik air kotor juga boleh jadi salah satu asbab punca rezeki tersekat dan payah nak masuk.
Hari ini saya dapat satu perkongsian dan ilmu yang sangat-sangat berguna.
Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi tengok kat BILIK AIR (TANDAS) DALAM rumah anda. Mesti bilik air dalam rumah. Kalau bilik air di luar rumah, termasuk dalam zon selamat.
Tolong baca sampai habis kenapa BILIK AIR PUNCA REZEKI TERSEKAT.
Dalam Islam memang kita tahu bahawa Bilik Air adalah kawasan yang kotor, tempat tinggal SYAITAN & JIN. Malah disitu jugalah meraka beranak-pinak.
Tadi anda dah tengok bilik air anda kan? Adakah bilik air anda ada ciri-ciri seperti dibawah?
Bila bilik air kotor, Syaiton & Jin akan bersuka ria membiak dan beronggeng sakan. Bila pintu bilik air sentiasa terbuka, maka seronoknya Syaiton & Jin keluar dan berjoget lambak dalam rumah kita.Maka dari situ punca rezeki tersekat! Macam mana?
Sementara itu, godaan Syaitan dan Iblis di bilik air bermacam cara. Oleh itu, elakkan berlama-lama didalam bilik air. Contohnya Syaitan dan Iblis menggoda manusia agar;
1. Berada lama di dalam bilik mandi.
2. Bernyanyi atau berkata-kata.
3. Bermain-main air atau sesuatu yang lain (bawa ipod mendengar muzik).
4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri.
5. Membiarkan baju yang kotor tergantung dalam bilik mandi.
6. Melupakan seseorang untuk berdoa ketika akan masuk atau keluar dari bilik mandi.
7. Melakukan perkara tidak sopan.
8. Melakukan Wuduk sambil telanjang.
9. Menconteng dinding bilik mandi.
10. Merancang kejahatan.
Oleh itu berhati-hatilah sewaktu berada di dalam bilik air atau bilik mandi. Tips yang baik adalah dengan mandi, buang air dan lain-lain sewajarnya saja. Lebih cepat lebih baik.
Baca Disini: Kenapa Kena Pastikan Basuh Pinggan Mangkuk & Buang Sampah Dulu Sebelum Tidur, Ini Sebabnya!
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Rajin-rajin lah cuci bilik air dan pastikan ia selalu bersih, agar rezeki tidak tersekat. Malah gunakan bilik air mengikut keperluan sahaja, tidak perlu berlama-lama di kawasan tersebut.