Kemalangan di dapur seperti kebakaran mahupun melecur berpunca tersiram minyak panas, tercurah air yang mendidih dan sebagainya memang tak dapat di duga. Dalam situasi begini ramai yang cenderung rasa panik dan tidak tahu rawatan kecemasan yang perlu dilakukan.
Sebenarnya adalah amat penting untuk bersikap tenang dan melakukan rawatan kecemasan yang betul bagi mengelakkan keadaan lebih teruk. Penting menggunakan air bersuhu bilik apabila berlakunya kulit melecur berbanding menggunakan air sejuk mahupun ais.
Jika anda mengalami kelecuran, jangan letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan lecuran. Ia boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan.
Melecur pada kulit di bahagikan kepada 3 tahap:
Tahap 1: Lecuran lapisan epidermis sahaja. Lapisan dermis tidak tercedera. Kulit kelihatan kemerah-merahan, dan sakit.
Tahap 2: Lecuran lapisan epidermis dan sebahagian dermis. Lazimnya kulit kelihatan merah dan menggelembung (blister) dan sakit.
Tahap 3: Lecuran epidermis, dermis dan lebih dalam. Kulit kelihatan putih dan tidak sakit kerana saraf deria sakit telah rosak.
1. Jauhi diri atau mangsa daripada sumber bahaya (api/pemanas/air panas/elektrik/dsb). Kekal tenang, tak usah panik.
2. Tanggalkan semua barang kemas, jam, serta pakaian yang terbakar. Kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran.
3. Alirankan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Elak gunakan air sejuk atau ais.
Ini kerana kulit, fungsinya untuk kawal suhu. Bila melecur, kulit tak boleh nak kawal suhu badan. Maka kalau kita letak air sejuk(dingin) atau ais, maka ia ganggu kawalan suhu badan (terutamanya kalau kawasan lecur tu sangat besar).
Selain itu, ais boleh menyebabkan kecederaan pada tisu yang terjejas dengan lecuran tu.
4. Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, tak usah pecahkan gelembung berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.
5. Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan atau melibatkan muka serta kemaluan.
Tak usah mudah percaya pada tips kesihatan yang tidak diketahui sumbernya.
Semoga bermanfaat.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
Baca Lagi Di Sini:
‘Mulut Melecur’, Hati-Hati Buat Mak Ada ANAK KECIL, Bahaya Getah POKOK KELADI!
Kasihnya Abang Sanggup Bergadai Nyawa, Melecur Teruk Demi Lindungi Adik
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika kulit melecur jangan panik. Lakukan tindakan pantas dan rawatan kecemasan yang betul bagi mengelakkan ia jadi lebih teruk.
Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura