Baju daripada kain kapas atau ‘cotton’ memang sangat selesa, serap peluh dan tahan lasak. Sebab tu ramai yang suka menggayakan kain jenis ni,baik pergi kenduri, ke pejabat, majlis kahwin dan sebagainya.

Kain cotton ada cara penjagaan yang betul barulah ia tahan lebih lama. Rupanya bila beli Kain ‘Cotton’, PENTING basuh terlebih dahulu sebelum dihantar potong dan jahit untuk dibuat baju.

Baca perkongsian tip daripada D’Cotton AD collection ini.

4 Tip Penjagaan Kain Cotton Yang Betul Supaya Tahan Lebih Lama

Ramai orang pandai cara beli kain dan bijak pilih kain berkualiti. Namun, tak ramai yang tahu cara penjagaan kain sebenar agar tak mudah rosak. Sebagai pembekal kain Cotton, saya ingin berkongsi kepada anda 4 tip penjagaan kain Cotton yang betul supaya tahan lebih lama.

1. Basuh

Langkah terawal yang perlu dilakukan kepada kain Cotton yang baru dibeli ialah basuh dulu. Sebaiknya menggunakan cucian tangan. Untuk basuhan kali pertama. Sebaiknya juga asingkan fabrik Cotton daripada dicuci bersama pakaian lain kerana kain baru lazimnya akan turun warna. Ini normal. Ia mungkin berpunca daripada faktor jenis kain, pewarna atau bahan kimia tambahan yang digunakan.

Cucian ini juga bertujuan menyingkirkan kanji pada kain. Boleh gunakan apa jua jenis sabun serbuk ataupun cecair. Tetapi elakkan daripada menggunakan detergen yang mempunyai bahan peluntur.Biasanya, kain Cotton yang dibasuh pada kali pertama akan mengecut (shrink) sedikit. Bagi mengekalkan saiz fabrik, saya galakkan cuci menggunakan air bersuhu sejuk atau biasa.

IKLAN

Rupanya Bila Beli Kain ‘Cotton’, PENTING Basuh Dulu Sebelum Hantar Jahit!

2. Rendam

Selepas melalui proses cucian, rendam sebentar gentian tekstil Cotton dengan bahan pelembut fabrik macam Softlan, Downy atau Comfort Ultra supaya tekstur kain lebih lembut dan lebih wangi. Kemudian, bilas. Penggunaan bahan pelembut fabrik juga membantu mengurangkan kadar kedutan kain dan memudahkan proses menggosok.

3. Jemur

Sebelum sidai, kibas dahulu kain Cotton agar teksturnya tidak berkedut dan jemur di kawasan redup. Hamparkan kain Cotton di ampaian dengan cara mengalihkan bahagian bercorak ke bawah. Kaedah ini memastikan warna yang dicetak di atas fabrik ini tidak pudar. Usah lupa sepit setiap hujung kain dengan penyepit baju. Takut terbang ditiup angin.

IKLAN

Jika anda menggunakan mesin pengering (tumble dryer), elakkan daripada membiarkan kain Cotton kering sepenuhnya. Sebaliknya, keluarkan ia sementara masih lembab dan jemur supaya ia kering secara semulajadi.

Rupanya Bila Beli Kain ‘Cotton’, PENTING Basuh Dulu Sebelum Hantar Jahit!

4. Jahit

Selepas melalui langkah-langkah penting di atas, barulah kain Cotton boleh dihantar kepada tukang jahit. Kain Cotton yang wangi, lembut dan bersih amat disukai oleh para tailor.

IKLAN

Fabrik ini bukan saja jadi mudah dipotong dan senang digosok, bahkan tidak menggelongsor licin semasa dijahit.Apabila baju telah siap, basuh sekali lagi dengan teknik yang sama di atas.Cucian kali kedua tidak menyebabkan kain mengecut. Tak perlu bimbang.Kesemua teknik yang dibincangkan di atas amat jarang dikongsikan kepada umum.

Rupanya Bila Beli Kain ‘Cotton’, PENTING Basuh Dulu Sebelum Hantar Jahit!

Baca Lagi Di Sini:
Makeover Bilik Baju Jadi Ruang Menjahit, Meja Lipat Mudahkan Potong Kain
Tutup Table Top Lekat Velcro Tape, Kotor Boleh Tanggalkan Kain & Basuh, Senang!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak penggemar kain jenis kapas (cotton) sebaiknya ikut tip yang dikongsikan ini agar ia dapat tahan lama. Penting cuci dulu kain cotton yang baru beli tu, barulah dijahit.

Sumber: D’Cotton AD collection

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI