Bila musim raya, nasi impit ni sangatlah laku dan jadi menu utama dimakan dengan rendang, kuah kacang, kuah soto, lontong dan sebagainya. Jika selalu, mak-mak hanya beli saja nasi impit atau ketupat segera ni dikedai, apa kata kali ni cuba buat sendiri pula.Mudah dan senang sangat rupanya nak buat nasi impit ini.
Berikut perkongsian oleh Khairani Binti Ismail sebagai rujukan mak-mak;
“Assalamualaikum.. selepas Raya susah nak cari nasi impit dekat kedai semua habis. Saya kongsikan cara buat nasi impit sendiri senang sangat.”
Beras
Plastik
Periuk
Air secukupnya
1. Guna plastik tahan panas. Boleh cari dekat kedai banyak jual, jadi boleh pilih mana-mana plastik yang suka.
2.Basuh beras dan rendam 15 minit.
3.Masukkan separuh saja beras dalam plastik.
4.Nak lekatkan lipat dan bakar hujung plastik tersebut pakai lighter.
5.Cucuk beberapa tempat dekat plastik bagi ada lubang.
6.Sedia direbus macam biasa .. Cantik kejadiannya.
Siap! Selamat Mencuba!
Buat sendiri nasi himpit ni, lebih puas hati, menjimatkan dan terjamin kebersihannya.Lebih-lebih lagi jika nak buat rumah terbuka, nak masak dalam jumlah yang banyak, memang berbaloi!
Sumber: Khairani Binti Ismail