Rumah Tinggalan Abam Dipenuhi Semak, Macam Hutan. Dayah Tunggu 1 Jam Tapi Tak Diberi Masuk

Share

Rumah tinggalan Abam dipenuhi semak, macam hutan. Dayah tunggu 1 jam tapi tak diberi masuk. Hari ini Jumaat 10 Februari 2023, genap tiga tahun pemergian arwah Abam Bocey.

Seperti diketahui, Mahkamah Seksyen pada penghujung Disember lalu memutuskan Ali Puteh membayar membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali kerana memfitnah dalam laman sosial Instagram, dua tahun lalu namun sesuatu yang mengejutkan sehingga ke hari ini, bayaran itu tidak dilunasi langsung.

Rumah Tinggalan Abam Dipenuhi Semak, Macam Hutan

Hal ini didedahkan oleh Hidayah di akaun Tik Toknya @hidayah_hamzah dan dikongsikan sama di akaun instagramnya sekitar dua jam tadi.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Balu Abam Bocey Menang Saman Fitnah RM60K, Hidayah Pesan “Pihak Sana” Jangan Lengah Bayar

Mahkamah Tolak Rayuan Ali, Hidayah Terima Dengan Terbuka “Terima Kasih Semua, Sentiasa mendoakan Saya & Anak”

Hidayah Ingat Pesan Arwah Abam “Allah Sentiasa Ada, Kesedihan Tak Perlu Ditunjuk-Tunjuk”

Bukan saja isu kegagalan Ali Puteh melanggar perintah mahkamah itu tetapi dalam video dikongsikan Hidayah memperlihatkan dirinya terpaksa menunggu lebih sejam bersama peguamnya dalam cubaan untuk masuk ke rumahnya sendiri iaitu rumah milik suaminya tetapi walau ada kenderaan di luar, namun tiada siapa membuka pintu memberinya masuk.

Dayah Tunggu 1 Jam Tapi Tak Diberi Masuk

Bukan saja rumah sudah dipenuhi semak bahkan suasana sekitarnya juga sudah seperti di dalam hutan, tidak terjaga dengan sempurna. Walau berusaha menekan loceng untuk masuk ke rumahnya sendiri kerana rumah tetapi pintu langsung tidak dibuka.

Hari ini 10/02/2023.  Genab 3 Tahun arwah tinggalkan kami.  Abang sayang datang rumah kita tapiii korang nilaikan sendiri. PIHAK DISANA tolong buat BAYARAN 60K.  Peguam DAYAH 2 kali hantar surat 21 hari tapi pihak sana hanya berdiam diri dan permain-permainkan perintah mahkamah.

Bahkan dirinya turut meminta PIHAK DI SANA membayar kos RM60k dengan segera seperti diperintahkan oleh mahkamah.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/

Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros