Rumah Tangga, Tempat Paling PENAT, Tak Perlu Mengeluh, Itulah Amanah Harus Dipikul

Share

Kehidupan semasa bujang dan selepas mendirikan rumah tangga sangat berbeza. Bila hidup bersama pasangan barulah kita tahu kehidupan sebenar alam rumah tangga. Mungkin boleh dianggap paling penat sebab tanggungjawab lebih besar dan tidak akan sama semasa kita bujang dulu.

Ini belum lagi memikirkan paling penat bila sudah mempunyai anak. Tugas seorang isteri dan ibu akan bermula. Anak-anak makin membesar, menguruskan kerja rumah dan sebagainya. Begitu juga suami atau bapa kepada anak-anak pun sama. Masing-masing ada tnaggungjawab yang perlu di pikul.

Sebab itu, berkahwin bukan hanya untuk keseronokan semata-mata, tapi setiap suami siteri kena tahu tanggungjawab yang diamanahkan untuknya. Tak perlu mengeluh atau pun jangan fikir hidup berumah tangga sama ssaja sebelum mendirikan berkahwin.

Inilah yang dikongsikan oleh Abu Hurairah Asifa tentang rumah tangga, tempat yang paling penat. Namun, kepenatan ini pasti akan dibalas dengan kegembiraan bila kita dan pasangan gembira dan tidak mengeluh dengan apa yang dilakukan bersama keluarga.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Salahkan Isteri Kalau JARANG MASAK, Suami Kenalah Toleransi Penat Lelahnya

PENAT Suami Isteri Tak Sama, EMOSI Tidak Ditenangkan, Boleh Meletop!

Info Lebih Menarik DI SINI

Paling Penat Tapi Bahagia

Jam lima pagi, saya sudah bangun. Berat. Sangat berat.

Duduk sebentar di hujung katil. Menarik nafas dan berdoa moga Allah izinkan untuk kekal kuat dan sihat dalam menghadapi hidup ini.

Kejut anak dan isteri, subuh berjemaah sekali. Jika mereka uzur, saya ke masjid berjemaah di sana. Sambil bawa bakul baju ke dobi sebab biasanya malam basuh, esok boleh keringkan.

Kalau tak sempat, isteri sidaikan sebelum dia pergi kerja.
Kemudian, siapkan anak-anak ke sekolah pula. Kalau anak sulung ada, dia lah yang siapkan.

Jika tidak, bersilat lah saya dan isteri berdua. Alhamdulilah, jam 8.30 pagi siaplah semua urusan anak.

Pulang ke rumah, sarapan pula sambil kemas rumah. Mana yang sempat. Mana yang boleh.

Jika tidak, tinggal saja. Nanti pulang dari kerja buat sama-sama.

Dah nak petang, saya kena berkejar balik untuk ambil anak-anak sebelum pukul 6.00 petang.

Kadang, waktu itulah ramai nak laptop. Nak baiki saat akhir pun ada juga. Namun, perlahan-lahan saya tolak demi nak kejar berjemaah maghrib dan isyak dengan anak isteri di rumah.

Jika sempat, makan malam sebelum maghrib. Kalau terlewat, lepas maghrib baru makan setelah habis mengajar anak-anak mengaji.

Pikul Amanah

Kalian,
Baca dari atas sampai bawah ni, cukuplah nak bagitahu bahawa rumah tangga adalah tempat
paling penat, boring dan paling menyakitkan.

Bertahun, berbelas dan berpuluh tahun di dalamnya, boleh membuatkan kita akan mencari jalan keluar, demi nak memuaskan diri dan mahu mencari kebebasan lagi.

Sebab itu, rumah tangga tak boleh digalas dengan orang yang manja, suka mengeluh, hanya suka fikir diri sendiri dan orang yang hidupnya makan minum dan selfie.

Rumah tangga adalah amanah, usaha dan tekad dan rumah tangga adalah tempat hamba memberi.

Dalam hidup yang tak lama, usahakan menjadi suami dan isteri paling baik dalam rumah tangga kita ini. Binalah syurga di dalamnya.

Sungguh, rumah tangga yang kerana Tuhan, sampai mati pun ia masih teringatkan.

Selamat berjuang.

#sweeterapi

MW: Bila dah berkahwin, kerja sehari-hari memang tak akan habis. Bukan itu sahaja, sebagai mak ayah kita jangan sesekali mengeluh, itu semua adalah tanggungjawab yang diamanahkan untuk kita.

Sumber: Abu Hurairah Asifa

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora