Rumah tangga sebenarnya mampu menjadi syurga buat wanita jika suami sempurna imannya, melayani isteri sebaik-baiknya seperti mana dia mengharapkan isteri juga begitu.
Bila masing-masing main peranan dalam rumah tangga dengan penuh tanggung jawab barulah bahagia. Ikuti perkongsian Anita Mat Daud ini dan fahami apa yang cuba disampaikan.
Rumah tangga bahagia dibina atas kesepakatan, disuburkan dengan kasih sayang demi meraih redha Allah.
Jadi Syurga Jika Suami Sempurna Iman
Rumah tangga adalah syurga buat wanita bergelar isteri. Namun rumah tangga boleh jadi neraka dunia bila suami angkuh, sombong, penuh sifat keakuan.
Isteri tak boleh ada perasaan kecil hati dan kecewa. Segala keputusan dalam rumah tangga, isteri tidak boleh bersuara.
Isteri diam lelah menahan perasaan, suami angkuh tak peduli dengan slogan syurga di bawah tapak kaki suami. Belum lagi kisah mertua dan ipar yang jadi sembilu dalam rumah tangga.
Ads
Rumah Tangga Mampu Jadi Syurga
Ramai suami yang mengharapkan layanan seperti raja. Sedangkan isteri dilayan seperti hamba.
Pantang tersilap sikit terus menerakakan isteri. Nak air isteri terlambat sikit terus tinggikan suara. Terus ingatkan isteri taraf suami yang wajib ditaati selepas Allah dan Rasul.
Allah mengiktiraf kesempurnaan iman lelaki apabila dia berakhlak baik, terutama kepada isterinya.
Sabda Nabi yang bermaksud: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” (Riwayat Ahmad)
“Sebaik-baik kalian, adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.” (Riwayat Tirmizi) . . Buat wanita di luar sana yang diuji dengan rumah tangga yang menjeruk rasa.. Didoakan ada bahagia menanti.. Jika tidak di sini, di sana nanti.. . . Bukan bidadari syurga.
MW: Ternyata jodoh itu milik Allah, jika kita telah melakukan yang terbaik namun rumah tangga tetap diuji. Jadi berserahlah kepada Allah, mungkin Allah ingin gandakan pahala mak,ayah di setiap ujian yang menimpa.
Mak ayah disunatkan memberi nama yang elok pada anaknya yang baru lahir. Sebelum itu, mak ayah kenalah juga tahu apakah yang dimaksudkan dengan ‘memberi nama yang elok’. Bukan sekadar sedap pada sebutan saja.
Sebab itu mak ayah jangan sampai lakukan 8 kesilapan ini semasa beri nama pada anak. Inilah yang dimaklumkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam di Pejabat Agama Jajahan Tumpat, Kelantan, Nik Mohd Nizam Bin Mohd Nasirdalam perkongsiannya sekitar bulan Disember tahun lalu.
Apabila pejabat tempatnya bekerja didatangi seorang pelanggan yang mahukan sokongannya untuk menukar nama anaknya.
Lalu beliau catatkan ilmu untuk mak ayah ‘Panduan memberi nama anak dalam Islam’. Semoga mak ayah lebih dalam kefahamannya selepas membaca dan memahami perkongsian ini.
Pegawai Hal Ehwal Islam di Pejabat Agama Jajahan Tumpat, Kelantan, Nik Mohd Nizam Bin Mohd Nasir
5 Panduan Beri Nama Anak Dalam Islam
Menukar nama anak ini memanglah sunat, kalaulah nama anak itu nama yang buruk atau erti yang tidak baik. Ibnu Umar pernah bercerita dalam soheh Bukhari yang nabi pernah menukar nama seorang perempuan bernama Asiah (dengan huruf Ain) kepada Jamilah.
Tapi kalau dah nama tu ertinya baik, dah tak payah lah nak tukar-tukar. Adalah dinasihatkan sebelum meletak nama anak tu fikir-fikirlah dulu.
1. Nama ini tak perlulah panjang-panjang. Memadailah satu perkataan atau habis banyak 2 perkataan. Yang hebatnya ada orang yang sampai 3, 4, 5 perkataan tapi bila panggil nama anak tu tau pulak dia tak panggil kesemuanya.
Contoh Muhammad Aiman Firdaus Jannatul Ula. Bila panggil man je.. Naya anak tu nak tulis nama dia. Nak nak bila isi borang.. Tak cukup kotak pula nak buh huruf.
2. Waktu sunat beri nama anak ini ada hadis yang nyatakan pada hari ke-7 dan ada pula hadis yang lain kata pada hari pertama. Oleh kerana terdapat 2 hadis yang bertentangan.
Maka Imam An-Nawawi merumuskan bahawa bagi orang yang tak sempat nak lakukan aqiqah pada hari ke-7 maka sunat dia letak nama dan tahnik pada hari pertama. Akan tetapi, kalau dia nak buat aqiqah pada hari ke-7 barulah sunat beri nama anak pada hari tersebut.
3. Nama ini sebenarnya penting kerana nabi bersabda kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama kamu dan bapa kamu. Maka perelokkanlah nama-nama kamu.
Antara nama-nama elok yang boleh kita beri nama ialah seperti nama nabi-nabi, dan nama Asmaul Husna. Cuma kalau nama Asmaul Husna tu jangan lupa lah letak nama Abdul kat depan tu. Dalam hadis nabi ada bersabda : Sebaik-baik nama adalah Abdullah dan Abdul Rahman.
4. Ada org tanya saya, ada ka apa apa fadhilat letak nama Muhammad di hadapan? Orang Melayu ni sangat sinonim nak buh nama Muhammad kat depan supaya kononnya dapat syafaat di akhirat kelak.
Saya kata tak ada fadhilat apa apa pun nak letak nama gitu. Kalau betul nak syafaat, jagalah amalan, rajin-rajin lah berselawat dan buatlah seperti mana yang nabi ajar. Itu baru betul. Nak dapat syafaat ni memang tak ada kaitan dengan nama pun.
5. Soalan kedua boleh kah kita letak nama anak dengan nama malaikat? Kan nak nampak hebat buh ja nama anak Nik Mikhail.
Mengikut Ulamak Syafieyah nak buh nama anak dengan nama para malaikat ini hukumnya harus, tapi sebagaimana kata Qadi Iyadh sebahagian Ulamak memakruhkannya termasuklah Imam Malik sendiri.
8 Kesilapan Mak Ayah Beri Nama Anak Tanpa Sedar
1. Letak nama Nur untuk anak perempuan. Sebenarnya Nur ini nama untuk lelaki.
2. Letak nama dalam isim faeil atau memberi erti nama. Pekerjaan. Contohnya macam Masyitah. Masyitah ni ertinya tukang sikat rambut atau halwani yang ertinya orang jual kuih.
3. Nama Zaleha, Zaleha ini sebenarnya tak ada makna pun. Nama asalnya mungkin Zulaikha. Itupun Zulaikha ini nama israeliyyat.
4. Nama yang dipendekkan boleh bertukar makna. Sebagai contoh, saya ada seorang sahabat nama Azani / Izani. Ada sahabat lain panggil nama dia Abang Zani. Zani itu sendiri adalah membawa erti yang tidak elok .
5. Ada juga nama yang membawa erti lain kalau salah sebut pendek atau panjang, seperti Jamaluddin dan Jamaaluddin. Kalau Jamaluddin ertinya unta agama /جمل الدين, kalau jamaaaludin جمال الدين pula , dipanjangkan sikit jamaaal tu barulah maknanya kecantikan agama.
Kes ni sama juga kalau salah sebutan seperti Kadir dan Qadir. Kalau Kadir maknanya keruh tapi kalau Abdul Qadir maknanya hamba yang Maha berkuasa. Kena ada beza antara qaf dan kaf.
6. Tak payah lah letak nama seperti Bukhari, Nawawi, Baihaqi, Tirmidzi dan sebagainya. Itu semua nama tempat. Mungkin suatu hari orang akan letak nama Kelantani.
7. Ada juga nama yang nama diidafatkan seperti Khairul atau Syamsul. Nama tak habis tu pakcik. L kat belakang tu nak sandar pada apa? MENGIKUT KAEDAH BAHASA ARAB MEMANG TAK BETUL.
8. Nak letak nama tu bukan sahaja asalkan bahasa arab. Ada satu kes dulu nama dia Muhammad Alkhannas. Alkhannas ini bunyi memang lah best, tapi maknanya anak syaitan bro. So hati-hatilah ya.
Kalau boleh cari lah nama yang baik untuk kita letak nama anak-anak, kerana itu juga adalah merupakan doa buat mereka.
Hati isteri mana yang tidak kecewa, remuk apabila mengetahui pasangannya telah berlaku curang.
Dalam satu kes yang telah berlaku:
“Apa salah saya Encik, setelah 17 tahun kami berkahwin, dia mula buat perangai. Anak kami pun sudah besar remaja, dengan siapa lagi saya bergantung harap jika tidak dengan suami sendiri. Jika saya bersalah, tegur dan bimbinglah, saya sangat kecewa dengan perbuatan suami saya.”
Cinta Atau Nafsu
Skandal dan kecurangan dalam rumah tangga ini tidak berlaku sekelip mata, ia akan bermula dengan bibit perkenalan persahabatan biasa yang dianggap hanya sekadar kawan dan tiada apa-apa yang istimewa.
Namun di sinilah punca segalanya akan berlaku, perbualan demi perbualan ditambah pula dengan segala kemudahan gajet yang ada seolah-olah menjadi laluan mudah untuk berlakunya skandal kecurangan ini.
Sedar atau tidak, hati sudah mula bertaut, nafsu makin bertambah gelora, iblis melagukan lagu-lagu cinta dan mereka mula buta dan memandang cinta inilah cinta sejati. Isteri di rumah mula dipandang sepi.
Mohd Shariman Che Deris turut berkongsi beberapa sebab kenapa lelaki berperangai begini dan terdorong kepada skandal dan kecurangan :-
BOSAN DENGAN PASANGAN
Lelaki yang tidak suka terikat dengan rutin yang sama akan terdorong untuk mencari kelainan dan mula merasakan tidak ada lagi cabaran dalam hubungan rumah tangga, akibatnya mereka mula meneroka pilihan kedua.
Kaya Dan Berduit
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kemampuan kewangan lelaki akan meluaskan lagi peluang untuk mereka berpoya-poya dan mencari cinta sementara hanya dengan tujuan untuk bersuka-suka sahaja.
Biarpun sebenarnya mereka akur dan tahu bahawa tindakan mereka ini salah dan bakal menyakitkan hati isteri, namun inilah sifat yang sudah jadi tabiat dan budaya hidup lelaki begini.
Ego Inginkan Yang Lebih Baik
Lelaki yang ada ego begini tidak akan faham maksud perkataan setia, lelaki begini merasakan dirinya sangat baik, menarik dan bahawa dirinya berhak dapat yang sepadan dan setara dengannya, sehingga mereka dengan semudahnya meremehkan isteri yang dianggap tidak cukup padan dengan dirinya.
Benci Dengan Pasangan
Perasaan benci ini akan mula wujud apabila adanya konflik diri yang dia melihat pasangannya sebagai pengkhianat, pembohong dan hipokrit. Bagaimana perasaan benci ini boleh wujud?
Lelaki yang dirinya ada kekurangan sama ada kewangan, kemampuan seksdalam hubungan intim dan lainnya akan mempunyai self estem yang rendah, apa juga yang dibuat oleh isterinya akan dianggap sebagai satu ancaman dan ugutan untuk berpisah dengannya.
Isterinya lambat masak sudah dianggap tidak mempedulikannya. Perasaan takut awalnya akan berubah menjadi benci apabila dia gagal untuk mengawal emosi dan tidak pula disedari pasangannya.
Lelaki ini akan mula mencari rasa selamat dengan mencipta peluang-peluang kecurangan bagi membuktikan kemampuan dirinya sebagai lelaki untuk berbangga dengan isterinya konon-konon dia masih ramai peminat.
Kaki Chatting
Hati-hati dengan lelaki yang suka bergaul dan bersembang di media sosial terutamanya tengah malam.
Lelaki ini akan akhirnya tenggelam dalam dunia khayalan ciptaannya dan mula membayangkan keasyikan serta keindahan dalam sembang bual mereka.
Lelaki sebegini akan semudahnya melihat orang lain lebih baik daripada isterinya, dia akan mula terdorong untuk bersikap dingin dan acuh tidak acuh dengan isterinya dan sering membayangkan wanita itu lebih memahami dirinya.
Nafsu
Lelaki hidung belang ini hanya hidup kerana nafsu dan sangat sukar untuk kekal setia dengan hanya satu wanita, dia akan mencipta pelbagai alasan hanya untuk membenarkan kecurangannya dan menyembunyikan skandalnya.
Enam punca ini adalah antara yang utama di kalangan lelaki yang bersikap curang terhadap isterinya, namun asas kepada semua punca ini adalah kurangnya iman dan pengetahuan agama serta rendahnya akhlak dalam rumah tangga hingga semudahnya hilang pertimbangan.
Setiap orang yang berkahwin tentu saja inginkan rumah tangga mereka kekal bahagia sehingga ke akhir hayat, adalah sangat wajar untuk dikembalikan fitrah diri kepada agama, tingkatkan pengetahuan dan nilai iman dalam diri, kelak inilah akan jadi pendinding daripada jatuhnya seorang suami ke lembah kecurangan dan skandal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap kali bercerita tentang perihal menantu, kerap kali menantu perempuan menjadi sasaran. Banyak senarai buruk yang ibu mentua ‘keluarkan’ tentang sikap menantu perempuan. Keadaan lebih buruk bila ibu mentua tidak sebulu dengan menantu sendiri.
Tetapi pernah tak tengok masalah menantu lelaki yang kadang orang langsung tak nampak, contoh mudah menantu lelaki yang asyik tidur bila balik rumah mentua. Langsung tak bergaul dengan keluarga yang lain.
Menantu Perempuan, Menantu Lelaki
Hah, agak-agak adil ke asyik nak tunding jari silap menantu perempuan? Nah, sebelum gigih mencari silap menantu perempuan sahaja, jemput baca perkongsian padu daripada saudara Firdaus Shakirin ini.
Sama Sahaja Menantu Perempuan Atau Menantu Lelaki
“Bila dah jadi isteri orang nanti, dah jadi menantu, kena baik dengan mertua… kena ambil hati mertua. Kena anggap dan buat mertua tu macam ibu bapa sendiri…”
Kenapa asal menantu perempuan je, kena buat semua tu? Menantu lelaki tak payah buat eh?
Ini kebanyakan yang terjadi dalam masyarakat… satu statement atau kata-kata yang hanya dilontarkan dan ditujukan kepada MENANTU PEREMPUAN. Jika menantu perempuan tak buat semua ini, maka dia BUKAN MENANTU YANG BAIK.
Sama-sama Kena ‘Jaga Perangai,’ Jadi Baik
Jadi, menantu lelaki terlepas dari buat semua ini?
Sebenarnya tak… bila kita berkahwin, bila kita bergelar menantu, dua-dua perlu jadi baik terhadap keluarga mertua masing-masing. Baik si lelaki mahu pun si perempuan, jika si suami nak isteri itu baik dengan ibu bapanya, maka dia terlebih dahulu baik dengan ibu bapa isteri. Dia perlu menunjukkan sesuatu sebelum mendapatkan sesuatu.
Berapa banyak suami yang selalu telefon ibubapa isteri? Berapa banyak suami yang selalu bawa isteri balik berjumpa ibu bapa isteri? Berapa banyak suami yang bermalam di rumah mertua LEBIH dr rumah ibu bapanya sendiri?
Bila dia tak buat semua ni, dia tak salah… tapi bila isteri dia tak buat semua ni, isteri dia salah dan isteri itu bukan menantu yang baik.
Menantu Lelaki Pun Kena Ubah Sikap!
Ubah cara pemikiran dan persepsi terhadap MENANTU PEREMPUAN… MENANTU LELAKI juga ada tugas dan tanggungjawab yang perlu dibuat. MENANTU LELAKI juga perlu baik dengan mertua, perlu ambik hati mertua, dan perlu anggap mertua itu macam ibu bapa sendiri.
Jangan hanya fokus kepada ANAK PEREMPUAN ORANG LAIN untuk menjadi menantu yang baik, tapi fokus juga kepada ANAK LELAKI SENDIRI untuk dia menjadi menantu yang baik untuk keluarga mertuanya.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...