Teka teki mengenai status perkahwinan Laudya Cynthia Bella, 32, dan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 45, akhirnya terjawab apabila pelakon tersebut mengesahkan dia sudah bercerai dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 45, hari ini sekali gus menjawab persoalan mengenai badai perkahwinan mereka.
Menurut Laudya, keputusan perceraian itu dibuat secara sepakat di antara kedua-dua pihak dan ia dilakukan dengan cara yang baik.
“Berhubung berita teka-teki mengenai rumah tangga kami, saya ingin menjelaskan bahawa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik.
“Sudah pelbagai usaha kami lakukan yang kami lakukan dan ini adalah takdir Allah SWT. Rumah tangga kami hanya sampai di sini. Segala proses kami juga lalui dan saat ini semuanya sudah selesai.
“Dua tahun beliau menjadi suami saya, banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya peroleh. Insya-Allah semua itu saya jadikan bekalan, boleh saya simpan untuk menjadi wanita yang jauh lebih baik lagi,”
katanya dalam program Insert Pagi.Laudya berharap penjelasan itu dapat menjawab pertanyaan yang menjadi tanda-tanya dalam kalangan ramai selama ini.Dia juga meminta sokongan semua agar dia dapat terus kuat menjalani kehidupan sehariannya.
“Saya mohon maaf kalau ada kata-kata atau sikap saya yang kurang menyenangkan. Saya perlukan sokongan dari teman-teman semua dan mohon doakan saya,” katanya.
Laudya dan Engku Emran melangsungkan pernikahan di Kuala Lumpur pada 8 September 2017.
Selepas sah menjadi isteri Engku Emran, anak kelahiran Bandung, Jawa Barat itu memutuskan untuk tinggal di Malaysia bersama suaminya.
Pasangan ini juga tidak dikurniakan anak.
MW: Walaupun perpisahan yang terjadi semoga pasangan ini terus kuat menjalani kehidupan. Doakan sahaja yang baik-baik buat mereka.
Sumber: Hmetro