Sememangnya alam rumah tangga akan jadi mudah bila mana pasangan memahami, seorang suami tak perlu bergantung pada isteri sepenuhnya untuk uruskan serba-serbi. Apatah lagi apabila keluarga makin membesar dan telah dikurniakan beberapa anak.
Sudah tentu keutamaan yang selama ini terarah kepada suami akan jatuh nombor dua dan keperluan anak-anak menjadi nombor satu. Oleh itu suami perlulah memahami dan cuba berbincang secara baik demi kebahagian bersama.
Alam perkahwinan ini sesuatu yang simple…
Tiga tahun pertama perkahwinan, tapau (bungkus) makanan dari luar saja… Dalam seminggu itu, adalah dua atau tiga hari jumpa isteri…
Selebihnya tak jumpa sebab kerja berlainan syif… Seorang pagi, seorang malam… Dia nak masak tinggal lauk, tinggal nasi, seorang saja hendak makan pun…
Akhirnya, saya cakap tak payah masak, tapau makanan siap-siap sebelum sampai rumah… Balik panaskan saja… Nak makan seorang diri dekat kedai, segan…
Bila ada anak-anak, isteri masak lauk anak-anak sahaja… Bubur, sayu dan lauk saya, still tapau luar… Selepas dia berhenti kerja, baru stop tapau menapau ini…
Pasangan Kena Saling Memahami
Orang kata, hendak tackle suami, kena jaga perut dia… Perut saya, orang Pattani yang jaga pada 3 tahun pertama perkahwinan… Hubungan renggang tak?
Tak renggang pun sebab kita masing-masing faham diri masing-masing… Lagipun sudah capai persetujuan bersama…
Sejak lahir anak sulung sampailah anak ketiga, saya tidur dekat bawah saja… Tak pernah lagi dapat peluang tidur berdua bila sudah ada anak-anak walaupun dalam sebilik…
8 tahun sudah rasanya last tidur berdua (pandai-pandailah cari bila nak, tak akan itu pun nak cerita)…
Hubungan hambar? Tak juga, hubungan still maintain bahagia walaupun malam-malam tak tidur sebelah-menyebelah…
Bila anak sudah tiga orang, perhatian dan layanan isteri lebih kepada anak-anak… Banyak benda dan perkara terarah kepada anak-anak…
Bila Saling Memahami Suami Tak Bergantung Pada Isteri
Kadang-kadang minta kopi, tapi lupa dibuat sebab dia sibuk dengan anak-anak… Ada juga kadang-kadang tanya itu dan ini, tapi tak dijawab sebab dia kalut dengan anak-anak…
Rasa diabaikan? Tak… Nak rasa diabaikan kenapa kalau kita faham yang anak-anak perlu diberi lebih perhatian, layanan dan jagaan sebab mereka tengah membesar…
Bukan semua benda mereka boleh buat dan menguruskan dengan sendirinya… Nak kena ada ibu mereka untuk bantu…
Bangunlah bancuh air sendiri, ambil makanan sendiri… Serba-serbi sendiri…
Baca Juga Di Sini:
Untuk info lebih menarik, klik saja
di sini. Perlu Saling Memahami, Bertolak Ansur
Pokok pangkalnya, alam rumah tangga itu akan menjadi simple bila mana kita dan pasangan saling memahami, saling bertolak ansur… Kita sebagai suami kena lower down the demand yang isteri kena fulfill… Benda apa yang boleh dibuat sendiri, cuba untuk buat sendiri.
Tak perlu untuk letak kebergantungan itu pada isteri semata-mata sebab hendak dilayan bagai raja… Tak salah pun jika kita suami isteri sama-sama jadi “rakyat biasa” yang hidup bersama untuk bahagia…
Renung-renungkan, semoga bermanfaat…
MW: Bila sudah berkahwin, masing-masing perlu saling memahami dan cuba berbincang secara baik. Bayangkan kalau anak berderet, tapi suami tetap mahu dilayan bak raja, memang makan hatilah isteri nak uruskan segalanya.