Dalam rumah tangga kita hendaklah saling bekerjasama dalam apa jua tujuan pun. Tidak kiralah soal membeli rumah, simpanan masa depan atau menuju jalan ke syurga.
Sesungguhnya rumah tangga bukan acara lumba lari, bersungguh atasi pasangan sendiri tetapi sebaiknya harus bersama. Mendukung antara satu sama lain.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan fahami apa yang cuba disampaikan.
Daripada sekecilnya tentang hendak makan apa hari ini hinggalah kepada yang paling utama kemuncaknya nak sama-sama dapat redha Allah di akhirat nanti.
Semuanya perlu dilakukan dengan teliti. Perancangan yang rapi, tersusun dan akhirnya dilaksanakan bersama.
Iya, bukan pandai merancang untuk gah dan indahnya majlis persandingan sahaja, tapi kena pandai merancang jalan bersama ke syurga nanti.
Ads
Rumah Tangga Bukan Acara Lumba Lari
Bercerita tentang jalan ke syurga, kita semua tahu dan faham.
Bukan jalan yang mudah. Rasulullah sendiri berhadapan dengan jalan yang penuh sakit dan air mata. Itu Nabi kita, lebih lagi lah kita.
Maka, berpegangan tangan menuju je jalan syurga rumah tangga itu mesti pegang erat dan kuat. Supaya tak ada yang tertinggal di belakang atau seorang yang jauh ke depan.
Sudahnya terlepas, terlerai genggaman tangan.
Terpisah.
Harus Bersama Bukan Bersungguh Atasi Pasangan
Ramai pasangan yang begini. Puncanya tak sama-sama menempuh ujian. Seorang dengan kekuatan sendiri, seorang lagi jatuh dengan kelemahan sendiri.
Ads
Masing-masing tidak kuat menguatkan. Aku aku, kau kau.
Itu bukan rumah tangga, itu acara lumba lari. Bersungguh-sungguh mengatasi pasangan sendiri. Nak menang seorang diri, bukan berpasangan.
Kalian pasangan suami isteri yang baik,
Macam mana pun ujian yang rumah tangga kalian hadapi, kembali lah kepada tujuan asal kalian berumah tangga.
Kalaulah tujuan itu sudah samar, tak jelas dan seakan hilang tak tahu ke mana, susunlah semula bersama-sama.
Katakan sama-sama ke pasangan kalian;
“Kita akan sama-sama mencari redha Allah, dalam rumah tangga ini.”
Begitulah…
MW: Semoga rumah tangga yang dibina mak, ayah bahagia hingga ke syurga serta diredhai Allah. Untuk berada di jalan yang diredai Allah sudah tentu perlukan usaha yang kuat dan saling bekerjasama.
Sejak kebelakangan ini, segala aktiviti dan apa yang dilakukan dalam sehari-hari mesti nak tunjuk di media sosial. Maklum sahaja, diri rasa bahagia dan perlu dikongsi dengan semua orang.
Bukan saja nak tunjuk tentang apa yang kita lakukan, bukan saja apa yang dilakukan di rumah, tapi turut apa saja kegembiraan, dapat hadiah, kejutan daripada pasangan. Tak kurang juga yang menunjukkan suasana romantik dengan pasangan.
Semua ini sebab nak tunjuk kita, pasangan dan keluarga sentiasa dalam kegembiraan, dengan kata lain, bolehlah dapat ‘like’ mahu pun pujian daripada kawan-kawan.
Walaupun kadang kala kita tidak berniat atau sengaja nak tunjuk sekadar untuk kongsi, tapi kita tak tahu perasaan kawan-kawan yang melihat. Mungkin dengan cara nak tunjuk itu dari sekadar perkongsian boleh jadi timbul rasa riak dalam diri. Apatah lagi perasan kawan-kawan yang melihat.
Apa yang boleh dikatakan, tak perlulah nak tunjuk, simpanlah sikit untuk raikan bersama keluarga kita. Seperti apa yang dikongsikan oleh Aminah Mat Yusoff tentang kisah hidup kita supaya diraikan dengan keluarga sahaja. Bahagia kita sorokkan sedikit dan untuk diraikan dengan keluarga kita.
Kisah kita
1. Pesan orang tua, jangan seronok sangat cerita kisah hidup kita, keluarga kita pada orang lain. Kisah bahagia, kejayaan, anugerah, hadiah, penghargaan, derita, sengsara, keperitan hidup dan macam-macam lagi. Sekarang baru saya faham kenapa.
Ketika 10 orang mendengar cerita kita, mereka menerimanya mengikut kefahaman dan emosi masing-masing. Tafsiran mereka tidak sama dengan niat kita. Jika emosi penerima baik, maka baiklah jalan ceritanya. Jika sebaliknya, itulah yang buat kita sengsara.
2. Bahagia kita sorok sikit, biar takat kita dan anak-anak yang raikan. Kita tak tahu apa rasa hati orang yang melihat. Bagi yang baik pasti mendoakan tapi yang tak baik akan berusaha untuk menghancurkan.
Seburuk mana pasangan kita, cubalah cari baiknya untuk pujuk dan sejukkan hati. Benda yang buat kita menyesal tak sudah ialah bila menceritakan kelemahan pasangan kepada orang lain.
3. Anak kita, sehebat mana bakatnya, secerdik mana akalnya, sebanyak mana pencapaiannya, banyakkan bersyukur. Tidak salah kita meraikan di media sosial tapi kesannya hanya Allah sahaja yang tahu. Tanpa sedar kita membuatkan dirinya dalam bahaya.
Begitu juga dengan ragamnya, tantrumnya, buruk perangainya, Urusan anak-anak dan keluarga kita simpan elok-elok dari pengetahuan umum. Anak kita ada kekurangan, tanggungjawab kita cukupkan. Bila anak kita kurang akhlak, tanggungjawab kita penuhi tangki nuraninya.
4. Mak ayah kita, jika banyak kekurangan, berantakan, siang malam gaduh, kuat membebel dan sebagainya simpanlah ia rapat-rapat dari pengetahuan umum. Kasihan, jangan duduk cerita pada orang, walaupun niat kita baik tapi manusia lebih cenderung untuk menghukum berbanding mengadili. Jangan marah jika suatu hari kelak mak ayah yang kita sayangi diburuk-burukkan dan dipandang sinis.
5. Diri kita, jaga baik-baik.. Hiasi peribadi. Jika ada kebaikan yang ingin dikongsi jangan nisbahkan pada diri, takut timbul rasa riya’ dan ‘ujub. Hidup ini kena teliti dan hati-hati. Biar emosi kita meronta-ronta ingin dipuji dan disanjung daripada kita menjunjung bumi menongkat langit.
MW: Betul tu, railah cara kita sebab kita tak tahu tafsiran orang lain pada kita kan…
Bila kita terlalu asyik dengan handphone, kepekaan kita terhadap perasaan orang terdekat akan berkurangan. Tanpa kita sedar, kita melebihkan orang luar berbanding orang terdekat kira terutamanya isteri dan anak-anak yang setia di sisi selama ini.
Sememangnya handphone tak salah, yang jadi kesalahan bila sepanjang masa melekat dengan HP hingga abaikan tanggungjawab sebagai suami atau isteri.
Penggunaan handphone yang keterlaluan kadang-kadang tanpa sedar menjarakkan yang dekat dan mendekatkan yang jauh. Bayangkan sepanjang masa fokus mak ayah hanya terarah kepada telefon bimbit.
Hingga satu saat lupa tanggungjawab, marahkan anak isteri jika terganggu bila sedang asyik menatap skrin handphone.
Kadang-kadang dengan orang luar begitu ambil berat, penyayang dan peramah kerana asyik peruntukkan masa di handphone. Sebaliknya berbeza watak bila di rumah, bersama anak dan isteri.
Bila Terlalu Asyik Dengan Handphone
Kongsi Firdaus Shakirin, bila kita terlalu asyik dengan handphone…
Maka kepekaan kita terhadap perasaan orang sekeliling kita akan berkurangan…
Apa yang orang lain buat, apa yang orang lain tanggung, apa yang orang lain rasa, walaupun orang itu tinggal sekali dengan kita, ada depan mata kita, selalu di sisi kita tapi kita tidak tahu, kita tak nampak sebab kita tidak fokus kepada perkara itu…
Kita lebih tahu, malah lebih arif dan lebih faham tentang apa yang berlaku di luar daripada hidup kita, rumah kita kerana masa kita diluangkan lebih untuk itu…
Kepekaan Kita Terhadap Perasaan Orang Terdekat Akan Berkurangan
Bila kepekaan kita kurang, maka kasih sayang juga akan berkurangan… Bila kasih sayang berkurangan, maka jarak antara hubungan akan terasa… Realiti hari ini…
Kita lebih tahu tentang khabar orang luar daripada khabar orang rumah sendiri…
Malah, kita lebih tahu tentang keadaan orang luar daripada keadaan orang rumah sendiri…
Jadi Kesalahan Bila Abaikan Tanggungjawab
Kita lebih mengambil berat tentang orang luar, daripada orang rumah sendiri…
Sebab…?
Kita lebih banyak berhubung dan berkomunikasi dengan orang luar daripada berhubung dan berkomunikasi dengan orang rumah sendiri…
Handphone tak salah, yang salah adalah sepanjang masa dengan handphone sehingga terabainya kewajipan, tanggungjawab, tugas dan peranan dalam rumah sendiri, untuk orang rumah sendiri…
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Jangan jadi isteri yang ‘baik’ tapi jadilah isteri yang berakal. Dalam kehidupan berumah tangga, ramai wanita diajar untuk menjadi “isteri yang baik” tanpa mempersoalkan definisi sebenar istilah tersebut.
Jangan Jadi Isteri Yang ‘Baik’ Tapi Jadilah Isteri Yang Berakal
Mereka sering kali dibentuk untuk menjadi individu yang taat, patuh, dan sanggup berkorban demi rumah tangga walaupun kadang-kadang ia mengorbankan kebahagiaan dan maruah diri sendiri. Namun, konsep menjadi “isteri yang baik” ini sering disalahgunakan hingga menjadikan sesetengah wanita terperangkap dalam situasi yang tidak adil.
Sebaliknya, apa yang lebih penting ialah menjadi isteri yang berakal, bukan sekadar isteri yang baik. Mengapa? Kerana isteri yang berakal tahu menjaga keseimbangan antara cinta dan kewarasan, antara tanggungjawab dan hak, serta antara pengorbanan dan penghormatan terhadap diri sendiri.
Isteri Yang Baik: Sayang Yang Membutakan
Isteri yang baik selalunya terlalu terikat dengan konsep “kesempurnaan” dalam perkahwinan. Demi menjaga keharmonian rumah tangga, mereka sanggup berdiam diri walaupun:
Dizalimi: Menerima layanan buruk suami seperti keganasan rumah tangga, penghinaan, atau sikap suami yang tidak bertanggungjawab.
Dianiaya: Tidak diberikan hak yang sepatutnya, seperti nafkah zahir dan batin, serta layanan adil.
Diperdaya: Mengiyakan segala tindakan suami, walaupun tindakan itu bertentangan dengan nilai agama dan moral.
Kebergantungan yang tinggi terhadap suami serta rasa takut untuk kehilangan rumah tangga sering kali menjadikan mereka tidak mampu melawan atau bersuara. Mereka menganggap diam itu adalah tanda kebaikan, dan ketaatan itu adalah bukti cinta. Namun, akibatnya, mereka hidup dalam penindasan yang berpanjangan tanpa sebarang pembelaan.
Isteri Yang Berakal: Bijak Membezakan Hak Dan Batil
Sebaliknya, isteri yang berakal adalah wanita yang tahu menggunakan kewarasan dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan. Mereka tidak sekadar bergantung pada emosi semata-mata, tetapi mampu membezakan apa yang baik dan buruk untuk diri sendiri serta keluarga.
Sedarkan Hak Diri: Isteri yang berakal tahu bahawa mereka mempunyai hak dalam perkahwinan, seperti nafkah yang mencukupi, penghormatan, dan kasih sayang. Jika hak ini tidak dipenuhi, mereka tidak takut untuk bersuara dan menuntut keadilan.
Tidak Membiarkan Diri Dizalimi: Jika dizalimi, isteri yang berakal tahu tindakan apa yang perlu diambil, sama ada berbincang, mendapatkan bantuan pihak ketiga, atau melibatkan undang-undang syariah.
Memikirkan Masa Depan Keluarga: Walaupun mencintai suami, mereka sedar bahawa membiarkan diri terus ditindas hanya akan memberikan kesan buruk kepada anak-anak dan diri sendiri.
Berani Mengambil Tindakan: Isteri yang berakal tidak takut untuk membuat keputusan yang besar demi kebaikan dirinya. Mereka tahu bahawa melindungi maruah diri adalah lebih penting daripada memelihara sebuah hubungan yang sudah rapuh.
Kebahagiaan Bermula Dengan Akal
Jadi, jadilah isteri yang berakal, bukan sekadar isteri yang baik. Seorang isteri yang berakal tahu bahawa ketaatan kepada suami ada batasnya, dan batas itu ialah apabila suami melangkaui nilai agama, hak, dan kebahagiaan yang sepatutnya dimiliki oleh isteri.
Perkahwinan adalah perkongsian hidup yang memerlukan keseimbangan antara cinta, hormat, dan tanggungjawab. Isteri yang berakal akan memastikan dirinya tidak dipergunakan atau disia-siakan, kerana mereka memahami nilai diri mereka dan tahu bahawa setiap individu berhak untuk dihormati.
Dengan menjadi isteri yang berakal, anda bukan sahaja melindungi diri sendiri, tetapi juga memberikan contoh yang baik kepada anak-anak tentang bagaimana kehidupan berumah tangga yang sihat sepatutnya dilalui. Hargai diri anda, kerana kebahagiaan bermula dari menghormati nilai anda sendiri.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kamal Adli Mahu Uqasha Jadi Ibu Terbaik. Itulah antara doa dari seorang suami buat isteri tercinta. Pasangan popular Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang...