Rumah tangga boleh jadi goyang angkara campur tangan ipar duai. Maka sebab itulah suami isteri perlu sentiasa peka dan berwaspada bila ada di kalangan ipar duai yang cuba melaga-lagakan atau mengadu domba di belakang anda.
Rumah Tangga Boleh Jadi Goyang Angkara Ipar Duai
Berbanding lelaki, biasanya wanita yang sering kali menghadapi masalah dengan ipar-duai. Walau pun bukan semua menghadapinya tetapi tetap ada. Banyak penyebabnya hingga hubungan antara ipar-duai menjadi dingin.
Bukan Sekadar Penyatuan Dua Hati
Perkahwinan bukan saja penyatuan dua jiwa antara kita dengan pasangan saja, malah ia membawa kepada maksud lebih meluas terutama berkaitan keluarga kedua-dua pihak.
Membina hubungan yang baik dengan keluarga mentua itu tidak hanya tertumpu kepada mak dan bapa mentua saja malah ia perlu dilakukan bersama ipar-duai, biras, sepupu dan ahli keluarga yang lain.
Menjalinkan hubungan baik dengan ipar-duai tidak boleh dianggap perkara remeh kerana tanpa sedar pelbagai masalah boleh terjadi sekiranya hubungan dengan ipar-duai tidak dilakukan seikhlas hati.
Tak dinafikan, mungkin akan sering kali terjadi kita bercanggah pendapat dengan ipar-duai kita namun ia perlu ditangani dengan baik. Jangan hingga berbalah sehingga saling tak bertegur sapa. Itu hanya akan memburukkan perhubungan.
Ads
Waspadalah Wahai Suami Isteri
Hubungan Dengan Ipar, Bermula Diri Sendiri
Sebagai orang yang baru masuk ke dalam sesebuah keluarga, sebenarnya kita sendiri kena main peranan untuk ambil hati keluarga pasangan. Bukan saja mak ayah tapi juga ipar-duai.
Berbanding ipar-duai lelaki, biasanya jarang mengalami masalah ini, berbanding wanita. Entah kenapa, mungkin wanita ni kaya dengan emosi kot. Apa pun, buang rasa malu atau ego dan cuba wujudkan kemesraan dengan ikhlas.
Walau pun sudah lama berkahwin, jangan berhenti untuk memberikan imej baik kepada ipar-duai. Sebenarnya banyak faedah bila baik dengan ipar-duai yang merupakan adik-beradik suami.
Jadi Pendamai
Tak nafikan, ada wanita yang kurang rapat dengan mentua atas macam-macam sebab. Namun, kehadiran ipar-duai (anaknya) boleh membantu mengharmonikan hubungan itu.
Jika kita baik dengan mereka, sudah pastinya mereka akan sentiasa menyebut hal-hal yang baik saja tentang diri kita di hadapan mak dan ayahnya. Bahkan, ada masanya akan ‘backing’ kita juga kalau ada masalah dengan abang/adiknya yang merupakan suami kita. Mereka ini boleh dijadikan ‘team’ kita bila ada masalah dengan pasangan. Betul kan?
Ads
Ambil Hati Ipar-Duai
Banyak cara nak ambil hati ipar-duai, bukan sekadar belikan hadiah mahal-mahal saja ye. Tanya khabar pun dah cukup menunjukkan kita menganggap mereka itu antara orang penting dalam hidup kita.
Kalau mampu, hadiah boleh dijadikan sebagai ‘pemanis’ hubungan. Sesekali, mungkin ketika hari jadinya, boleh belikan hadiah untuknya.
Atau boleh masak hidangan yang disukainya bila dia datang ke rumah kita. Itu bermakna kita prihatin pada dirinya. Ada masanya kalau lapang, boleh juga keluar bersama. Ia boleh bantu eratkan hubungan.
Kalau mereka ada masalah, jangan lokek hulurkan bantuan. Tak boleh bagi duit, pendapat dan sokongan pun dah memadai…
Jangan jadi kaki sibuk
Ads
Ini paling penting. Sebagai ipar, jangan sesekali mencampuri urusan rumah tangga ipar-duai. Jangan juga mencuba untuk memberi nasihat jika tidak diminta kerana ia mungkin boleh memburukkan keadaan. Langkah terbaik ialah hindarkan diri daripada masalah.
Jangan Terlalu Percaya
Berhati-hati bukanlah bermaksud langsung tidak boleh percaya tetapi dalam apa juga perkara perlu ada batasnya terutama sekiranya ia membabitkan soal peribadi kita suami isteri. Jaga rahsia keluarga anda sebaiknya khususnya yang membabitkan soal maruah diri. Kadangkala kita kena ‘simpan’ sikit kisah rumah tangga kita kerana kita kena sedar hati manusia boleh berubah. Tengah baik okay, tapi kalau satu hari nanti hubungan tak berapa baik, macam mana?
Taraf mak saudara dikatakan lebih tinggi daripada mak mentua? Betulkah? Berapa ramai daripada kita yang rapat dengan mak saudara? Tak ada rasa kekok atau segan pun.
Jadi, tak mustahil juga sesetengah kita cukup rapat dengan mak saudara sebelah mak atau rapat dengan kedua-duanya (mak dan ayah). Walau bagaimanapun, tak kiralah sekalipun, itulah mak saudara yang kita ada. Tiada galang gantinya seperti mak ayah kita juga.
Dalam perkongsian video tiktok yang dikatakan oleh Ustaz Badli Shah, menyarankan supaya menjaga hubungan dengan mak saudara ini. Tak bermaksud bila berkahwin, kita kena buang mak mentua pun tapi taraf mak saudara itu lebih tinggi dari mentua, hanya dia seorang dunia akhirat.
Antara mak saudara dengan mak mentua mana yang lebih penting untuk jaga hubungan. Inilah ulasan yang diberikan oleh Ustaz Badli Shah.
Kalau dibincangkan hukum, mak saudara dengan mak mentua, mana lebih penting untuk jaga hubungan. Sudah tentulah mak saudara.
Sebab mak saudara itu adalah adik beradik mak atau ayah kita. Sudah tentulah anak saudara boleh bersalam dengan mak saudara. Tapi berapa ramai anak saudara yang rapat dan baik dengan mak saudara.
Bukan Buang Mentua
Tarafnya tak boleh lawan dengan mak mentua sebab mak mentua boleh dicari bila kahwin lain, dapatlah mak mentua baru tapi mak saudara itu, hanya dia seorang yang kita ada. Tiada galang gantinya.
Mingguan Wanita : Betul apa yang dikongsikan ini. Bukan nak buang mak mentua, dia pun sama taraf seperti mak kita juga tapi itulah, kalau kahwin baru dapat mentua baru. Paling penting adalah jaga hubungan sesama kita.
Anak yang tengah nak membesar memang banyak ragam. Ada sahaja yang buatkan mak ayah marah dan mesti ada sahaja perkara yang tak kena di mata mereka. Hakikatnya, anak telah menunjukkan tanda fear plop yang mak ayah sendiri tidak sedari.
Apa yang dikatakan tentang tanda fear plop pada anak ini. Semuanya ada pada perkongsian daripada Wawa Shauqi. Moga mak ayak ambil iktibar dan panduan bersama.
Fear loop ni bahaya kerana anak terdedah pada sesuatu yang boleh mengancam nyawa tanpa kita sedar.
Bila anak sentiasa dalam “ketakutan” pada orang dewasa, anak akan cenderung untuk membuat semua perkara sendiri.
Anak-anak bukan tahu beza bahaya atau tidak. Itu yang buat Fear Loop ni sangat bahaya.
Bahaya yang kita tak boleh nak JANGKA!
Bagi mereka sama ada buat sendiri atau kena marah, baik buat sendiri.
Tolonglah tengok kalau ada tanda tanda awal Fear Loop ni pada anak.
1. Dia mula menipu Walaupun perkara tu berlaku depan mata, bila kita tanya dia tak ngaku. Kalau tak menipu, dia senyap tak terkata.
2. Susah nak meluah Kadang kita anggap anak begini jenis berdikari. Dia jarang nyusahkan kita. Tapi pernah terfikir tak yang anak tu mungkin takut nak meluah?
3. Penakut Ada anak takut gelap, ada anak takut binatang, anak takut jumpa orang dewasa pun ada. Lain anak lain ketakutannya. Fear Loop ni buat keberanian anak mengecut.
4. Selalu menangis Bila ketakutan, kena marah, gurau kasar, dia akan menangis. Menangis adalah cara anak lawan ketakutan. Lepas nangis dia lega.
5. Lemah sosial skil Anak yang ada Fear Loop ni susah nak bergaul dengan orang lain. Dia tak pandai berkomunikasi, dia senang bergaduh dan dia senang sentap.
Dialah Paling Berani
Masa kecil anaklah orang yang paling berani. Dia tak takut cedera, jatuh dan tak pernah takut bila mak ayah marah. Malah ketawa masa kena marah adalah.
Inilah natijah nya bila kita kerap marah, tengking dan herdik anak masa dia kecil.
Sebab ini jugala kalau mengikut sunnah Nabi anak yang berumur 7 tahun pertama kita tak boleh marah, hatta tinggi suara sikit pun tak boleh pada mereka.
Sunnah suruh kita layan anak macam RAJA, bukan sebab nak kita manjakan anak tapi sebab Nabi tahu bahawa otak dan emosi anak kecil ini sangat rapuh ( Fragile ) dan mudah rosak.
Berhentilah lepas geram pada anak anak. Siapa lagi nak lindungi anak anak kalau bukan mak ayah sendiri.
MW: Mungkin salah satu daripada tanda ini ada pada anak kita. Jadi, kita sebagai mak ayah kena ubah dari sekarang. Bukan lepaskan geram tapi kena ajar cara yang betul.
Hidup ini mudah, bila kita memudahkan. Begitu juga dengan bahagia, tanda bahagia pasangan tidak bermakna perlukan rumah besar, kereta mewah, barang kemas hingga ke siku atau beranak ramai.
Bersyukurlah dengan setiap rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan, insyallah mak,ayah akan merasa lebih bahagia. Setiap pasangan berbeza cara “bahagianya”. Dapat suami yang sentiasa menyokong pun ternyata sangat besar rahmat.
Humans glow differently when they are treated right and loved properly.
Itulah dia tanda perempuan bahagia. Bukan sebab ada duit banyak pun, bukan sebab ada anak ramai pun, bukan sebab dapat suami sado pun, tapi sebab ada pasangan yang supportive.
Banyak lagi contoh pasangan lain tapi saya paling suka dua pasangan ini.
Pasangan Radhi & Jay Shetty
Radhi dan Jay Shetty sudah berkahwin selama 4 tahun tapi masih lagi tiada anak. Radhi pun bila orang tanya pasal anak, dia diam. Dekat situ kita fahamlahkan, dia terkesan bila orang tanya pasal anak.
Tapi dia masih positif sebab pasangan dia supportive. Radhi ini dia gila-gila sikit. Boleh tengok Instagram Radhi, dia banyak main tik-tok. Yang record dan editnya Jay walaupun Jay ni dia serius, dia tak minat benda-benda macam itu tapi dia layankan saja asalkan Radhi ini gembira
Pasangan Sugu dan Pavitra
Sugu dan Pavitra pun sama, walaupun ada anak tapi diuji dengan masalah kewangan pula. Sugu sebulan gajinya cuma RM1000. Pavitra pula suri rumah. Tapi sebab Sugu ini supportive, dia layankan saja minat pasangan dia yang rajin masak dan dia jadi tukang rekod, jadi Pavitra walaupun makan berkais sekalipun, tapi dia bahagia. Nampakkan riak wajah Pavitra yang glowing tiap kali muncul dalam video?
Sebab itu Islam pun ajar, hendak cari pasangan, tengok dulu akhlaknya. Bila akhlak pun ke laut, maka ramailah isteri menderita.
Tak payah tunggu derita fizikal, derita emosi pun ramai zaman sekarang ini bila ada pasangan yang tak pernah menghargai dan tak pernah ambil tahu cara nak menggembirakan hati isteri yang seharian penat menguruskan kehidupan.
MW: Bersyukurlah dengan apa adanya, hargailah pasangan yang masih di sisi walaupun berdepan dengan pelbagai ujian dalam rumahtangga. Sentiasa menyokong antara satu sama lain, insyallah kekurangan yang kecil dapat diatasi. Sesekali hadiahkanlah sesuatu untuk pasangan untuk ambil hatinya, klik sahaja di sini.