
Rumah pusaka yang sebelum ini buruk dan usang ‘bertukar wajah’ jadi villa homestay. Selalunya rumah pusaka sering dibiarkan tanpa diduduki sehingga habis rosak. Jangan begitu. Keluarkan sedikit modal untuk membaikpulih rumah pusaka anda menjadi sebuah kediaman yang menarik.
Melalui perkongsian Man Protool pada mata kasar rumah pusaka itu mungkin nampak seperti tiada nilai. Bagaimanapun lelaki ini berpandangan jauh. Dia sudah membayangkan ‘masa hadapan’ kediaman itu.
Jom kita lihat proses transformasi rumah papan yang sebelum ini buruk dan usang berubah wajah menjadi sebuah rumah inap atau ‘homestay.’

Sumber: Man Protool
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepak Saja Di Rumah, Ruang Makan Seperti Kafe Hipster Serap Aura Glam & Elegan

Isi Kandungan
ToggleMusim PKP ni jadikan ruang makan anda lebih selesa. Bukan saja dapat melepak dengan keluarga tercinta malah anda juga boleh tonjolkan kreativiti anda. Seperti mana Pengasas Youme & Hunny atau lebih selesa disapa Hunny, 37 menerangkan, kediamannya mengambil inspirasi daripada gaya loft di Kota New York.
Setiap ruang mengetengahkan dekorasi unik yang bakal memberi kejutan kepada sesiapa saja yang berkunjung. Suami kesayangan Hunny, Andy Othman, selaku pemilik juga Pengarah Bawang Resources, turut mencurahkan segala idea bagi kediaman mereka berdua. Malah Andy juga berkongsi falsafah moden kontemporari yang diterjemahkan pada kediaman di Ficus Peak 8 ini.
Dari muka pintu masuk utama lagi penulis sudah buat penulis kagum. Pintu kayu besar dengan pemegang besi, sebagai permulaan gambaran cita rasa pemilik. Ia juga menjadi pengenalan awal untuk penulis terus menerokai kediaman pasangan yang memiliki dua putera comel yang diberi nama Adam dan Ayden.

Cita Rasa Golongan Muda
Melangkah masuk kediaman ini ternyata seni hiasan dalaman yang dipilih menepati cita rasa orang muda hari ini. Umpama memasuki sebuah galeri perabot, ternyata pelan terbuka yang dihiasi perabot pada setiap ruang bukan sahaja menonjolkan dekorasi moden kontemporari tetapi juga mencipta suasana mesra dan mewah di dalam kediaman ini.
Ruang terbuka tanpa halangan juga turut membenarkan konsep ini terus mengalir ke dalam ruang lain. Ini dapat dilihat dari ruang tamu, ruang makan dan dapur penuh berkarakter jelas kelihatan. Di antara ruang tamu menuju ke ruang makan di tengah-tengahnya diletakkan sebuah piano yang menyerlahkan aura moden mewah pada dekorasi.
Manakala rak terbuka yang mempamerkan aksesori perhiasan daripada pelbagai material menjadi pemisah antara ruang. Malah dapat dilihat secara keseluruhan reka bentuk dalaman dan gaya yang ditampilkan ini lebih menumpukan pada pendekatan cita rasa pemilik sendiri.

Suasana Moden
Ruang dapur ini melengkapi suasana moden di tingkat bawah. Jelas dilihat pada binaan kaunter dapur daripada perincian batu kuarza berwarna putih gading dipadankan dengan kabinet kayu bertekstur kasar yang menjelaskan rekaan moden kontemporari. Tampil kontras dengan padanan dinding hitam dan perabot rustik yang dijadikan tempat menikmati sarapan. Ini menonjolkan lagi suasana hangat pada keseluruhan ruang. Pulau dapur dan kerusi bar yang diletakkan di tengah-tengah pula menjadikan ruang lebih ini lebih praktikal.
Suasana Lebih Hangat
Berada di sini membuatkan anda berasa seperti di dalam sebuah restoran. Di sini terdapat seni chalk wall yang tertulis pelbagai menu dan dihiasi lampu neon biru. Cahaya dari lampu pendant pelbagai bentuk menjadikan suasana lebih hangat. Penggunaan rona semula jadi menyerlahkan aura glam dan elegan pada ruang ini. Manakala kehadiran meja makan daripada kepingan kayu padu perincian kasar menguatkan lagi konsep moden yang ditampilkan.

Ruang Tangga Imbau Saat-Saat Terindah
Semasa menuju ke tingkat atas satu lagi kejutan yang jarang ada di mana-mana kediaman. Di ruang tangga ini tidak dibiarkan begitu sahaja. Ruang ini menjadi tempat mengimbau saat-saat terindah Hunny dan Andy bersama keluarga kecilnya itu. Di sinilah diabadikan potret keluarga dalam palet monokrom termasuklah gambar ketika kelahiran anak keduanya.

Minat Andy pada ilustrasi turut diabadikan di sini. Ilustrasi Kota New York dan Kuala Lumpur yang dilukis pada dinding bahagian tangga ini merupakan memori catatan perjalanan hidup dan karier yang dilalui Andy selama 14 tahun tinggal di sana.

Lebih Santai
Menurut Hunny lagi pada sebelah petang kebiasaannya anak-anak akan bermain di kolam renang yang terdapat di kediaman mereka.
“Kami sekeluarga jarang bercuti. Anak-anak pula akan bermain di kolam renang pada sebelah petang. Jadi kebanyakkan waktu santai kami sekeluarga dihabiskan di rumah. Kami sekeluarga lebih selesa duduk di rumah. Anak-anak pun bebas bermain-main. Kolam renang yang direka khas oleh suami saya ini cukup unik dan sesuai dengan keluarga kami yang kecil,” ungkap Hunny menutup bicara. Bagi anda yang mahu melihat lebih banyak lagi gambar-gambar cantik di kediaman ini bolehlah dapatkan majalah Mingguan Wanita di pasaran.

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tanam Pokok Hidup Kena Ada TANGGUNGJAWAB, Jangan ‘Hangat-Hangat Tahi Ayam’

Isi Kandungan
ToggleRasanya masih belum reda lagi pasal hobi tanam pokok hiasan dalam rumah. Masing-masing sibuk dok mencari pokok yang sesuai untuk letak dalam rumah. Maklumlah, tak perlu nak bersiram setiap hari dan penjagaannya pun senang.
Ingat, walaupun ia tidak memerlukan penjagaan hari-hari, kita sebagai tuannya kena ada tanggungjawab. Jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam, selepas itu, mulalah malas nak ‘membela’. Akhirnya pokok itu mati begitu sahaja.
Eddie Putera berkongsi tentang tip penting dalam menjaga pokok dalam rumah. Boleh dijadikan panduan untuk anda di luar sana.
Pastikan Sihat
Ramai yang sekarang teruja dan terjebak dengan indoor plants. Satu elemen yang amat best dalam rumah, menyihatkan mental dan merangsang kesihatan minda.
Tapi kena ingat, pokok ialah benda hidup. Apabila kita sudah commit untuk membela benda hidup, ia jadi tanggungjawab untuk kita pastikan dia sihat dan tidak mati. Sama macam bela kucing atau hamster. Kita dah jadi mami dan papa pokok. Kejam kalau kita beli dan pokok mati.
Tip untuk jaga pokok dalam rumah
1. Cahaya, cahaya dan cahaya. Cahaya jauh lebih penting dari air bagi pokok. Kalau kita abaikan air, masih boleh diselamatkan pokok. Tapi kalau cahaya tak cukup, Sama macam kita minum air tapi tak makan nasi. Make sure pokok dapat cahaya at least 6 jam satu hari. Letak tepi tingkap atau sliding door. Yang paling baik, kita tambah artificial lighting untuk bantu photosintesis.
2. Ada 2 batch pokok. Satu batch kat luar, satu kat dalam rumah. Then tukar, gilir gilir setiap 1 bulan atau 6 minggu. Kadang kadang biar jer kat luar seminggu dua.. baru bawa masuk balik. Macam kita juga, pokok perlukan tukar tukar angin bercuti dan makan sedap sedap.
3. Pastikan ada udara mengalir. Kipas atau angin dari luar. Sebab kalau kita jenis yang suka spray daun dengan air untuk buang habuk, air tak boleh lekat pada daun terlalu lama. Akan jadi penyakit. Dan angin yang mengalir akan menyejukkan pokok. Pokok pun macam kita, kalau panas, dia rimas.
4. JANGAN over siram. Cucuk jari dalam compost. Kalau ada compost melekat kat jari, tak payah siram dulu. Kalau debu jer lekat maknanya air dah kurang. baru siram. Paling afdal, angkat semua masuk toilet, and bukak shower..mandikan.. biar air semua keluar kot bawah pasu baru angkat keluar dan anginkan. Buat 7-10 hari satu kali.. TAK PAYAH siram hari hari.
5. Tak payah baja memahal. Cukup sebulan sekali bawak keluar, letak baja taik ayam/kambing 5 6 ketul dalam pot. Biar satu malam, besok bawak masuk.
6. Alat alat menanam dan trimmimg kena cukup. Tak payah beli memahal. MR. DIY atau kedai RM2 pun ada.

7. Kalau rasa macam banyak kerja, dan menyusahkan, beli jer pokok plastik. Jangan jadi orang yang KEJAM dan pembunuh pokok.
MW: Jangan kita kejam pada pokok dan jangan terlalu ikut perasaan. Orang lain deko pokok dalam rumah kita pun nak juga. Akhirnya, pokok tu mati tidak ‘terbela’.
Sumber: Eddie Putera
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beli Rumah Baru dan Raya Bergaya dengan Emas! Hadiah Keseluruhan RM600,000 Perlu Dimenangi!

Beli Rumah Baru, Peluang Bawa Pulang Jongkong Emas 999.9! Peluang Keemasan Yang Sukar Dilepaskan!
SETIAP orang mempunyai impian untuk memiliki kediaman sendiri. Apatah lagi setelah mendirikan rumah tangga, sudah pasti kediaman tersebut menjadi syurga buat pasangan suami isteri membina keluarga bahagia.
Namun, membeli hartanah atau kediaman sendiri khususnya rumah pertama bukanlah semudah yang disangka. Terdapat pelbagai proses yang perlu dilalui, ditambah dengan salinan dokumen yang perlu disediakan di samping tempoh menunggu kelulusan permohonan pinjaman perumahan yang agak panjang.
Pemilihan pemaju perumahan yang berkredibiliti juga penting untuk memastikan proses pemilikan kediaman berjalan lancar dan merealisasikan pemilikan rumah sebaiknya.
Pemaju Perumahan Terkemuka
LBS Bina Group, antara pemaju perumahan yang memiliki reputasi terbaik sebagai pemaju perumahan terkemuka yang berorientasikan komuniti merupakan pilihan terbaik untuk memiliki kediaman impian anda.
LBS menawarkan lebih daripada sekadar rumah untuk didiami, malah memastikan kehidupan sekeluarga lebih selesa dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang lengkap. Bercadang memiliki kediaman pertama bersama LBS? Pembeli bertuah berpeluang mendapatkan rumah impian dengan insentif dan pakej menarik yang sukar untuk ditolak!
Sempena kedatangan Syawal tahun ini, LBS menganjurkan kempen “Emas Bling-Bling Bersama LBS” dengan menawarkan hadiah menarik khusus untuk pembeli yang mencari kediaman yang lebih selesa untuk seisi keluarga. Bayangkan, sambutan Aidilfitri tahun ini di rumah baru dan berpeluang membawa pulang jongkong emas 999.9!
Kempen bermula dari 1 APRIL hingga 31 MEI 2024 menawarkan pelbagai insentif Istimewa untuk pembeli bertuah antaranya termasuk pakej perabot (hanya untuk projek terpilih), pengecualian yuran guaman, ganjaran kesetiaan, yuran keluar sifar dan pilihan bayaran yang fleksibel.
Tawaran Istimewa LBS ini untuk pembeli yang mencari kediaman baru selain mendapatkan tawaran istimewa yang ditawarkan oleh pemaju yang memberi nilai tambah dalam kehidupan istimewa masa kini.
Menawarkan gabungan tawaran sambutan yang sejajar dengan perayaan Hari Raya, termasuk pakej perabot, pengecualian yuran guaman, dan pilihan bayaran yang fleksibel.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki kediaman baru dengan pelbagai tawaran menarik untuk memiliki kediaman Impian pada harga Istimewa serta tawaran sampingan yang menjadikan kehidupan lebih bermakna!
Imbas Kod QR atau layari laman sesawang di https://campaign.lbs.com.my/ untuk maklumat lanjut mengenai hartanah LBS yang terpilih.
Dalam kehangatan Aidilfitri, LBS turut menampilkan sebuah drama pendek bertajuk

Ia mengisahkan tentang Afif dan Suri yang pertama kali bertemu di pasar Ramadan dan berebut kuih terakhir. Tanpa disangka, ia menjadi detik awal persahabatan mereka. Pada masa yang sama, Suri telah menyelamatkan seekor anak kucing, Abu, semasa berjogging sebelum waktu berbuka puasa.
Dia mula menjaga dan memberi makan Abu serta menikmati kebersamaan. Satu hari, Abu didapati hilang dari kawasan taman dan Suri mula cemas mencari Abu. Ke manakah menghilangnya Abu? Apa pula kaitannya dengan Afif? Ikuti drama pendek ini di link di bawah!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI