Adik beradik balik kampung. Inilah saat yang ditunggu oleh ahli keluarga. Masa untuk berkumpul beramai-ramai. Biasanya kalau dapat berkumpul pun masa raya atau majlis tertentu.
Rumah mak ayah kat kampung ni, ada sesetengahnya tak adalah besar sangat pun tapi itulah tempat berteduh kita adik beradik masa kecil-kecil. Bayangkan adik beradik 10 orang, tak kan lah setiap orang dapat bilik. Kena kongsi.
Bila masing-masing meningkat dewasa dan berhijrah, bilik kosong tu tidaklah digunakan dan akan terisi bila adik beradik balik kampung.
Paling seronok, bila adik beradik balik kampung, masing-masing akan berebut untuk dapatkan bilik. Maklum sajalah, kalau ada anak kecil dan masih menyusu mestilah diberi keutamaan.
Lagi satu, kalau dah tidur ruang tamu tu, ada juga yang ‘chop’ kawasan atau penjuru yang dirasakan dia selesa. Memang seronoklah.
Perkongsian Azwani Shaari mungkin mengingatkan kita tentnag momen-momen indah ini bila adik beradik balik kampung. Rupanya sebahagian kita mengalami situasi yang sama. berebut bilik ‘special’ kat rumah mak.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Balik Kampung Tidur Homestay, Tak Salah! Mintalah Izin, Elak Guris Perasaan Orang Tua
Jangan DIPERLI Keluarga Ramai Berkumpul Tapi Tidur ‘Homestay’, Bukan Berlagak, Jaga Aurat!
Rumah mak saya ada lima bilik. Satu bilik mak, empat lagi bilik bebas. Dalam empat bilik ni, satu bilik je betul-betul berfungsi macam bilik tidur yang sempurna.
Siap ada aircond. Kira bilik tu lah jadi rebutan sesiapa yang balik kampung. Konsepnya siapa cepat dia dapat.
Jadi, balik cuti sekolah yang lepas, saya kalah berebut bilik sedap ni. Terpaksa masuk bilik kedua yang macam dalam gambar ni. Bilik yang penuh dengan toto extra, bantal extra, selimut extra. Semua longgok sini. Yang boleh pakai dan yang tak boleh pakai tu dah sama banyak.
Lama dah geram tengok nak buang semua yang menyemak ni, akhirnya dapat jugak selesaikan bilik ni. Penuh satu MPV tu angkut semua yang tak boleh guna. Tengah-tengah malam tu ajak adik gi buang. Termasuklah kipas tinggi yang takde fungsi tu.
Bantal yang keras tak selesa pun dah buang. Toto yang dah terkeluar isi perut pun sama. Siap bahagian atas katil pun dah angkut masuk stor.
Satu kelegaan bila tengok bilik ni lebih berfungsi. Ada rezeki nanti nak tukar tilam je sebab tilam tu pun dah tak best.
Ingat tau, ni semua rahsia.
Mingguan Wanita : Berkumpul adik beradik memanglah seronok tapi jangan lupa tentang aurat antara ipar duai dan kongsi-kongsilah perbelanjaan kat kampung tu.
Sumber: Azwani Shaari
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita