Rumah Kecil Atau Besar Bukan Penentu BAHAGIA, Ikutlah Kemampuan Asalkan Kemas & Tenang

Share

Jangan ingat rumah kecil atau besar penentu kepada kebahagiaan pada penghuni rumahnya. Ada juga yang beranggapan, rumah besar, tentulah dekonya cantik dan mewah. Begitulah sebaliknya.

Paling seronok, bila lalu di mana-mana kawasan perumahan, cukup suka dan bangga tengok rumah besar-besar. Dalam fikiran mesti dekorasi dalamnya pun cantik.

Begitulah selalu yang difikirkan oleh kita. Rumah kecil atau besar tidak menggambarkan bahagia seseorang. Entah-entah rumah kecil lagi bahagia berbanding rumah besar. Malah, jangan ingat rumah kecil tak boleh dekor rumah elok dan kemas.

Rumah adalah tempat untuk kita berehat dan tenangkan diri. Kalau rumah kecil atau besar berserabut, bahagia pun belum tentu. Jadi, berpada-padalah bila buat dekoarasi rumah.

Perkongsian daripada Nurlia Mohd Nor boleh dijadikan panduan dan tip untuk mak-mak terutamanya dalam mendekorasi rumah.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tetamu Datang ‘Bawa Rezeki’ Tapi Jangan Sampai Tuan Rumah Tak Selesa, Jaga ADAB!

Elak Membeli Rumah Terlalu Mahal, Jangan Beri Beban Pada ‘Future Income’

Info Lebih Menarik DI SINI

Rumah Kecil Atau Besar, Tenang-tenang Saja

Ada yang pm saya bertanyakan pendapat mengenai tip nak deko dan mengemas rumah.

Secara jujurnya saya bukanlah orang yang layak nak bercakap hal ini. Cumanya kalau setakat berkongsi pengalaman tu boleh la.

Ada 2 perkara penting yang kena ambil kira sebelum nak mendeko rumah:-

1) BAJET/ kemampuan kita. Jangan ikut ‘selera’, tapi ikutlah kemampuan supaya tak pening kemudian hari.

2) Apa yang kita SUKA, bukan apa yang orang suka. (warna, tema dan sebagainya). Kita yang nak tinggal dalam rumah tu so kita sendiri decide.

Dua ni saja cukup, kita dah pun boleh mula mendeko dan mengemas rumah dengan tenang.

Saya mengimbau kembali waktu beli rumah ni dulu. Kami sign agreement pembelian rumah ni pada tahun 2014. Dari duit simpanan bisnes yang ada pada waktu itu saya spend untuk beli barang elektrik dan perabot. Kami suami isteri memang dah plan dari awal. Ada barang dari rumah lama kami bawa, ada juga barang yang kami jual dan tinggal saja di sana untuk penyewa guna.

Kebetulan awal tahun 2015 ada satu kedai elektrik/ perabot ni buat sales. Saya beli jugak walaupun rumah belum siap. Hahaha. Saya minta kedai tu simpan barang- barang yang kami beli sehingga rumah siap. Syukurlah boleh kawtim . Dalam setahun lebih juga dia simpan.

Waktu tu kami beli:-

– Mesin basuh ruang atas
– Peti sejuk
– Hood dapur
– Dapur memasak
– Rice cooker
– Katil
– Sofa
– Meja makan
– Oven
– Microwave
Dan adalah beberapa barang lain.

Setel 1 bab..

April 2016 barulah dapat kunci rumah. Benda pertama yang kami buat adalah pasang grill, lampu, kipas, ceiling plaster dan kabinet dapur. Ni bagi saya penting. Kalau yang berhajatkan ceiling plaster ada di rumah memang kena buat yang ni dulu memandangkan habuknya tersangatlah azab nak cuci. Kalau dah masuk barang baru nak buat memang letihla. Mau berhari- hari nak hadap kerja mencuci. Silap silap boleh demam sebab habuk dia lain macam.

Tapi kalau taknak buat, abaikan.

Kalau ikutkan keinginan kabinet dapur siapa taknak yang cantik kan. Tanyalah mana- mana wanita mesti ada impian nak memiliki dapur idaman. Saya survey harga untuk solid wood (nyatoh), 3G/4G glass door dan bermacam- macam lagilah. Kalau ikut selera memang nak nyatoh. Masa tu dalam kepala nyatoh kelabu/ dark blue. Hahaha.

Tapi…

Kalau dibanding rm7k dengan rm20-30k ternyata jauh sangat beza. Boleh guna duit tu untuk buat benda lain pada waktu itu. So kami pilih yang mampu milik. Alhamdulillah dah 6 tahun pun tinggal di rumah ni. Boleh kata hari- hari masak, kabinet dapur masih elok macam dulu. Yang penting mahal ke murah penjagaan kena ada. Kalau mahal tapi tak jaga akan jahanam juga kan..

Selepas 3 tahun tinggal di sini barulah pelan pelan upgrade. Tak semua buat sekaligus. Pasang awning di porch, di balkoni, buat loteng di hall atas dan sebagainya. Awning pun yang biasa saja. Dua awning atas bawah tak sampai rm5k tak silap.

Bab deko dalam rumah pula ikutlah apa yang kita suka. Nak cat warna kuning, silakan. Nak cat warna hijau, silakan. Nak cat warna hitam pun silakan. Yang nak tinggal lama dalam rumah tu kita. So buatlah ikut apa yang kita suka. Cuma yang penting kebersihan dan kekemasan dalam rumah kenalah jaga supaya sedap mata memandang. Yang ni kenalah konsisten. Jangan masuk rumah baru sebulan dua je ok, kemudian dah tunggang langgang.

Habit/ rutin mengemas tu kena jadikan aktiviti harian barulah semua akan ok sampai bila- bila.

Kalau nak ikut pendapat orang ada orang suka tema scandinavian, ada orang suka tema farmhouse, ada orang suka tema moden dan sebagainya. Citarasa orang tak sama. So dalam mendeko ni takde istilah siapa betul, siapa salah. Masing- masing punya citarasa, so ikutlah.

Saya perasan juga sejak usia dah menjejaki 44 tahun kalau boleh semua nak tenang tenang saja. Deko rumah pun nak yang lapang, taknak serabut dah, guest friendly dan paling penting nak suasana yang menenangkan saja.

Rumah kecil atau besar bukanlah jadi penentu sesebuah kebahagian. Yang penting rumah bersih, kemas dan suasana dalam rumah tenang inshaAllah semua orang dalam rumah happy.

Mingguan Wanita : Kadang-kadang tak perlu pun nak ikut orang, buatlah cara kita. Sebab yang nak tinggal tu kita dan nak tenang-tenang saja.

Sumber: Nurlia Mohd Nor

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.

Klik link ini untuk daftar
penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau
whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora