Sebagaimana yang dikongsikan Siti Suryani Yaakop, rumah kayu palet tak guna paku ini adalah lambang cinta seorang suami kepada isterinya. Kerja tukang bapa saudaranya itu terlihat indah dan cantik di pandangan mata.
Lebih unik lagi, rumah kayu pallet hasil kerja tangan bapa saudaranya itu menggunakan skru untuk menyambung satu palet ke palet yang lain.
Unik sekali rumah yang dihasilkan atas lambang cinta seorang suami untuk isterinya. Sehinggakan dia memanggilnya ‘Taj Mahal Pak Lang buat Mak Lang.’
Rumah Kayu Palet Hasil Kederat Seorang Suami
Bagi orang ini cuma sekadar rumah. Tapi bagi saya rumah ni adalah lambang cinta. Cinta itu akhirnya menghasilkan sebuah karya seni yang utuh dan unik.
Uniknya sebab hampir keseluruhan rumah ni dibina dari kayu palet. Pak Lang saya kata dia kumpul sehari-hari kayu palet yang masih elok dan cantik. Lepas tu dia buatlah sikit demi sikit.
Uniknya lagi rumah ni tak pakai paku. Pak Lang kata dia guna screw. Kebanyakkan tempat semua dia screw sendiri untuk sambungkan satu palet ke satu palet yang lain. Nak berpaku semua memang tak lalu.
Bertambah unik lagi sebab bukan setakat rumah. Tapi kebanyakkan perabot juga dibina dari kayu palet. Gerobok simpan tilam bantal, almari baju, katil, kabinet dapur, rak kasut, meja, kerusi beranda.
Dan lebih unik di antara paling unik, rumah ni Pak Lang gigih buat sorang-sorang. Dengan pinjaman kederat buat dia. Perlahan-lahan. Satu persatu. Diteman Mak Lang setiap waktu. Makan hampir 8 tahun sebelum rumah ini siap dibina sepenuhnya.
Sebab itu saya tak panggil ini rumah.
Saya panggil Taj Mahal.
Taj Mahal Pak Lang buat Mak Lang.
Hasil Kerja Tukang Pak Lang Yang Bersen
Ini hasil keseluruhan rumah. Siapa yang tengok mesti jatuh cinta. Unik, cantik dan traditional. Siapa sangka ini hasil dari kayu palet dan kederat seorang lelaki.
Ads
Ruang masuk pintu utama. Pagar ni penting. Cucu ramai. Kalau tak dipagar tak larat nak kejar.
Beranda ni menghadap rumput hijau. Tenang. Larat Pak Lang buat. Kat sini lah pagi-pagi Mak Lang lambai Pak Lang pergi kerja.
Reka Bentuk Tingkap Yang Unik
Ruang TV. Almari TV itu juga dibuat sendiri. Begitu hiasan tetingkap dan ruang angin. Reka bentuk sendiri. Kat sini suami saya suka nyanyi lagu “Adabi melazatkan…” bila nak buka tingkap waktu pagi.
Ruang membawang. Kalau tak sampai pukul 5 pagi, tak tidur. Biasa lah sesekali jumpa. Mengilailah kita semua sampai pagi buta.
Ads
Ruang rehat lagi satu. Ruang sebelum masuk ke dalam ruang solat. Ada pulak mesin jahit lama dengan pasu tu kat situ. Nampak vintage sungguh.
Ni gerobok selimut, bantal, tilam. Senang orang datang. Sedara mara satu batalion. Pun Pak Lang buat sendiri. Jenis buat rumah memang siap-siap sedia untuk terima sedara mara.
Kawasan ruang tamu juga. Sebelah TV. Dan sebelah tempat membawang tadi.
Semua kabinet dapur ni hasil tangan Pak Lang.
Ads
Bilik Solat Kemas Lagi Bersih
Ni bilik solat. Besar. Kemas. Bersih. Rak gantung sejadah pun buat sendiri. Kabinet letak Quran pun buat sendiri. Pagi-pagi angin di sini sejuk. Macam ada aircond. Bilik penuh cahaya iman barangkali.
Laluan untuk ke tandas dan laundry. Maya kata dia suka laluan ni. Siap ada gerbang sebelum masuk jamban.
Rumah Kayu Palet Yang Unik
Atap dapur. Sebab Mak Lang kata panas. Orang datang nanti bersauna. Buat pulak dia atap dengan kayu palet ni. Sungguh. Kawasan ni kalau dah masuk payah nak keluar. Cuaca sedap. Makanan apatah lagi.
Ni lah keseluruhan kawasan dapur. Saya suka berdiri tengok tempat ni. Tak sangka hasil kayu palet boleh jadi seindah ini.
Mingguan Wanita :Memang cantik sungguh hasilnya. Tentu isterinya bahagia.
Nak goreng kacang tanah, meskipun mudah namun jika salah caranya boleh menyebabkan kacang tanah hangus dan rasanya pahit. Ada tip mudah supaya kacang tanah ini hasilnya rangup, elok masak sekata malah hanya menggunakann minyak yang sedikit.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Eja Razak ini sebagai panduan;
Kacang tanah goreng ni senang je nak buat tapi kalau salah tips kacang boleh hangit terus tak sedap nak makan dengan nasi lemak. Saya pun banyak kali try. Kali ni elok kejadian ye.
Caranya:
1.Basuh dulu kacang toskan masuk terus dalam kuali kacau sekejap bagi air kering.
2. Masukkan minyak dalam 7 sudu untuk sekilo kacang guna api dapur paling kecik ye.
3. Rajin kacau masak dalam 25 minit.
4. Bila kacang makin ringan warna nak bertukar, tutup api terus angkat tos minyak.
5. Kalau rasa masa ni memang tak rangup lagi tak apa bila dalam proses sejuk dia akan rangup kacang masak elok.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak goreng kacang tanah elok rangup, masak sekata tak hangit. Boleh ikut tip yang dikongsikan ini, basuh sekejap kacang tanah sebelum digoreng.
Rupanya jika mahu tanaman seperti Bayam Brazil daunnye elok cantik, tak berlubang mahupun rosak dimakan oleh ulat dan siput, kena tanam sekali bawang putih. Ini kerana bau dan aroma bawang putih tersebut, mampu menjadi penghalau serangga semulajadi.
Ni cara saya tanam bayam brazil dengan bawang putih, cucuk je bawang putih seulas-seulas atau satu labu bawang putih pun boleh. Kadang saya beli yang dah siap kupas tu je, terus cucuk dekat pokok.
Macam saya buat ni, nanti bawang putih akan naik hidup sama dengan pokok bayam tu, pokok cili awal-awal pun saya buat macam ni. Boleh juga buat macam ni dekat pokok-pokok yang lain.
Saya dapat video sharing ni dari youtube. Dulu saya blender bawang putih dan spray tapi lama-lama tak terbuat dah, sejak jumpa video tu, tu je saya buat.
Sebelum ni tak boleh makan bayam brazil tu, penuh ulat beluncas halus, geli pulak. Siput pun tak suka kot bau ni, sebab takde dah siput halus-halus dan besar dah.
Bukan binatang lari, hantu pun lari bau bawang putih nih. Alhamdulillah, sekarang ni dah cantik bayam brazil saya.
Semoga bermanfaat ilmu ni dari saya.
Info Ekstra!
Bawang putih tu tak kupas pun boleh, jika kupas, kulit tu tabur je kat pokok tu, kadang saya beli yang siap kupas.
Daun bawang putih ada bau. Selang seli tanam sekali bawang putih sebagai kawalan biologi.Dia macam penghalau serangga semulajadi. Serangga tak nak datang dekat sebab bau daun bawang putih tu ulat, siput tak suka bau bawang putih.
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang bercucuk tanam, ada masalah ulat,siput pada pokok mahupun tanaman, boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Tanam sekali dengan bawang putih, aromanya mampun menjadi ‘penghalau’ serangga perosak.
Jika selalu mak-mak nak buat telur separuh masak, perlu rebus telur dalam air mendidih dan masak guna dapur gas. Sebenarnya ada cara lebih senang nak buat telur separuh masak ni, setting masa dan masak air fryer je. Memang jimat masa. Telur separuh masak ni letak kicap dan lada sulah memang sangat sedap.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Arina Rashid ini sebagai panduan.
Ada peminat telur separuh masak kat sini? Ni kalau sekali buat, kena buat lebih daripada 2 biji sebab anak-anak pun suka. Tapi yang kuning tu dia bagi kat mama, sabar jelah.
Meh rina nak share cara paling senang. Takyah guna air atau bekas macam kat kedai makan tu. Tapi kena ada air fryer.
Kalau tengok kat gambar ada 2 jenis kan. Dia beza sikit pada kuning telur tu. Cuba perati apa beza dia. Haa..
Ok cara Rina buat telur separuh masak ni senang sangat.
Cara-Caranya:
1.Basuh dulu telur bersih-bersih. Takyah lap, masuk je terus dalam bekas air fryer.
2.Telur straight amek dari counter (suhu bilik) bukan dari peti ais.
3.Set kan suhu AF 100°C, masa 10 minit.
4.Selesai 10 minit, kalau suka kuning telur dia cair macam gambar telur A, kena keluarkan terus lepas AF stop.
Tapi kalau suka jenis kuning telur keras sikit macam telur B, lepas 10 minit tadi, biarkan je dia dulu dalam AF tu. Biarkan jela dalam 5-10 minit ke. Ikutlah, asalkan jangan keluarkan terus lepas AF berbunyi tittt..tittt.
Setting ni banyak kali dah rina guna. Memang menjadi setiap kali buat. Tak kisah kuantiti telur. Setakat Rina buat, outcome dia sama. Alhamdulillah.
Try and error dulu eh.Rina lagi suka jenis A. Ini letak lada hitam, makan dengan roti sapu marjerin then bakar atas pan, fuhhhh..ke bintang pergi dia.
Mingguan Wanita:Menariknya buat telur separuh masak guna air fryer. Memang menjimatkan masa di dapur. Setting je dalam air fryer, biar je sampai masak.Memang senang.
Ibu sarat mengandung meninggal akibat kepenatan, anak dalam kandungan gagal diselamatkan. Kematian husnul khotimah. Asbab kepenatan dan sesak nafas, seorang ibu yang sarat mengandung...