Rumah Kampung Shabby-Cottage Transform Lagi, Kali Ni Konsep ‘Deco Bajet Tapi WOW’ Menjadi Sungguh

Share

Selepas 5 bulan, pemilik kediaman Shabby & Cottage, Asri Meris Anthony menghubungi Mingguan Wanita. Beliau bersedia berkongsi kediamannya yang telah diubahsuai. Asal kediamannya itu cumalah bekas rumah kampung arwah neneknya.

Yang dah ditransform ke Shabby & Cottage pun memukau pandangan, apatah lagi dengan perubahan terkini kediamannya yang dikongsikan ini. Cantik sungguh walaupun sekadar deco bajet saja.

Kata Asri, “Teratak kampung kami yang kecil ini, yang pernah viral dahulu, kini kami dah ubah sediki dan mengetengahkan konsep ‘Elegan & Glam’. Semoga memberi inspirasi kepada pembaca.”

Baca Sini : 2 Tahun Untuk ‘Transform’ Rumah Kampung Ke Shabby & Cottage, Imaginasi Suami Isteri Ini Memang Di Luar Jangkaan

 

 

Akuinya pengubahsuaian ini diubah sedikit demi sedikit sehingga memenuhi teratak impian mereka.

Kali ini kami hanya ubah sedikit konsep dari ‘All white’ kepada ‘Tiffany blue & white’. Jika anda perasan kami ubah warna pada langsir. Keseluruhan rumah termasuk bilik tidur utama (gambar pemilik memegang anak).

Kami menerapkan konsep ‘Deco bajet tapi wow’. Perubahan demi perubahan sememangnya kami kerap buat. Sebab kami suka bereksperimen dengan warna dan ruang.

Walaupun ruang rumah kami agak terhad, tapi itu bukan alasan untuk tak bagi nampak WOW! Bajet tak banyak sebab kami hanya tukar curtains dan tambah beberapa soft touch.”

 

Deko Mewah Tak Semestinya Mahal

Macam itulah kalau dah kreatif kan, ubah sikit-sikit pun dah nampak cantik sungguh. Tambah Asri ketika ditanya tentang bajet yang digunakan, “Actually kami pun tak kira sangat bajet sebab beli sikit-sikit bila ada lebihan RM.”

Asri dan isteri merupakan perunding deco dan membuat khidmat nasihat deco yang berkonsepkan ala bajet tapi hasil yang tampak mewah.

 

 

Kami dan isteri adalah interior designer dan kami buat servis ‘online-deco consultation’ yang bersifat khidmat nasihat secara jarak jauh dan melalui dalam talian sahaja.”

Kebanyakan ilham dan idea mendeko diperoleh ketika pasangan ini travel ke luar negara. “Saya dan wife kerap melancong dan melihat negara orang lain untuk mendapatkan ilham-ilham deco yang fresh.”

Semoga perkongsian kami ni memberi manfaat kepada semua supaya dapat mengubah persepsi bahawa tak semestinya perlu berbelanja besar dalam menghias rumah.

“Dengan sedikit minat dan kemahiran deco, kita mampu menzahirkan deco bajet tapi tampak mewah. Yang penting perlu bijak dalam pemilihan barang deco & gabungan warna yang betul.” Akhirinya.

Baca Sini : Kalau Nak Tengok Deko Little Cottage Dalam Kebun Yang Awesome Sungguh!

Transformasi Dari Rumah Kampung Ke Konsep Deco Bajet Tapi WOW!

 

Asal dari rumah kampung bertukar ke konsep Shabby & Cottage. Dan kini ‘Elegan & Glam’

 

 

Published by
Netty Ah Hiyer