Hanya Allah yang tahu perasaan Azharina trauma apabila berhadapan dengan detik cemas apabila kediamannya dipecah masuk individu yang tidak dikenal.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Elegi Sepi ini menetap di kediaman jenis tiga tingkat yang dilengkapi dengan sistem keselamatan. Namun anak kelahiran Sabah ini tidak menyangka kejadian buruk tersebut menimpa dia dan anak sehingga menyebabkan dirinya trauma dan ketakutan.
Azharina Trauma & Ketakutan
Paling menakutkan ketika kejadian, dia hanya tinggal berdua dengan anak lelakinya, Rahmat Azharin, yang kini berusia tujuh tahun. Seperti mana yang dilaporkan menerusi SinarPlus, Azhari beryukur apabila mereka berdua selamat dan individu terbabit tidak sempat melarikan apa-apa barang.
“Ketika itu jam sudah 11 malam dan rumah saya pula memang sunyi. Jadi saya dapat dengar dengan jelas bunyi orang sedang membuka peti besi di bilik saya. Jadi saya dengan pantas lari ke bilik anak lelaki saya di tingkat sama kerana mahu menyelamatkan anak terlebih dahulu jika apa-apa berlaku.
“Dalam keadaan ketakutan yang teramat sangat saya terus menghubungi jiran untuk meminta bantuan,” terang Azharina yang hanya menyedari kejadian tersebut apabila terdengar bunyi yang mencurigakan di biliknya ketika sedang mengemas barang di ruang pejabatnya yang terletak di tingkat dua.
Nasib Baik Jiran Pantas Bertindak
Azharina cukup bernasib baik ketika itu kerana jiran-jirannya begitu pantas bertindak menyelamatkan dia dan anaknya.
“Disebabkan jiran tidak dapat masuk daripada pintu hadapan yang berkunci, saya terpaksa membawa anak saya keluar menerusi tingkap di bahagian tepi bumbung rumah yang bersambung dengan rumah jiran.
Ads
“Ketika itu saya tidak fikirkan benda lain kerana dalam kepala saya hanya mahu memastikan anak selamat. Bagaimanapun saya tidak dapat keluar daripada situ, sebaliknya perlu turun ke bawah untuk membuka kunci pintu utama.
“Setelah dibuat pemeriksaan oleh pengawal keselamatan dan jiran saya, individu terbabit berjaya melarikan diri. Memang ada kesan umpil pada peti besi tersebut, namun dia tidak sempat mengambil apa-apa barang.
Tidak Kisah Hilang Barang, Namun Tidak Nyawa Anak Saya
“Saya tidak pasti bagaimana dia dapat masuk kerana semua pintu rumah dan tingkap mempunyai alat penggera, selain pengawal keselamatan yang sentiasa membuat rondaan di kawasan rumah.
“Secara jujurnya saya tidak kisah pun jika kehilangan apa sahaja barang dalam rumah, namun tidak nyawa anak saya.
“Sejak kejadian tersebut saya langsung tidak dapat melelapkan mata kerana trauma dengan apa yang berlaku. Saya benar-benar takut jika sesuatu yang buruk berlaku pada anak saya,” yang sangat berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan peminat yang mengambil berat terhadap dirinya.
Ads
Sumber : SinarPlus
Sumber Foto: Instagram Azharina Azhar
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Baru-baru ini status Dira Abu Zahar di Twitter yang menyifatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai ‘YB Budak-budak’ mendapat perhatian aktres Sharifah Amani.
Kenyataan Dira di Twitter dibalas oleh Syed Saddiq namun tidak habis di situ apabila Shaifah Amani dengan matang menegur tweet rakannnya itu. Amani berkata, dia berbangga apabila rakannya, Dira, mempunyai azam yang tinggi, namun tidak faham kenapa aktres berkenaan cuba menimbulkan kekecohan di laman sosial.
“Yelah kau kawan aku. Aku bangga bila kau berazam nak jadi pembangkang yang ‘power’. Buat keluarga kau bangga. Lindungi dan perjuangkan hak wanita dan penggiat seni tapi ‘part’ hang duk picit-picit phone cari pasal tu aku tak fahamlah. Orang tu nak tengok bola pun tak senang,” tulisnya.
Amani mengulas status Dira yang mempersoalkan kenyataan ahli Parlimen Muar itu yang meminta penjaga gol Liverpool disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas pasukan itu kalah menentang Real Madrid di Liga Juara-Juara Eropah pagi Ahad.
Dira yang juga exco Puteri Umno mempersoalkan sama ada status itu wajar ditulis oleh seseorang bergelar Yang Berhormat (YB).
Netizen turut mempersoalkan adakah seorang YB perlu bersikap serius sepanjang masa.
“Takkan 24jam nak kena tweet pasal politik dan benda serius. Semua tahu dia bergurau,” ujar netizen.
Bagaimanapun, Dira membalas bahawa dia juga tidak bercakap buruk tentang pemuda itu.
“Haa oklah, tak cakap buruk pun pasal dia. Yang budak-budak comellah kan?,” tulisnya.
Sementara itu, Dira bertanyakan kenapa dia tidak boleh membuat kenyataan seperti itu di laman sosial sedangkan orang lain boleh.
Bagaimanapun, Amani menjawab aktres berkenaan tidak perlu menyamakan dirinya dengan orang lain (netizen).
Dia juga meminta supaya Dira lebih fokus kepada perkara yang lebih besar dalam kehidupannya.
“Kau sama kan diri kau dengan orang lain? Kalau macam tu perdebatan kita sampai kiamat tak selesai.
“Kau ada perkara yang lebih besar untuk diberi perhatian. Jangan bandingkan diri dengan orang yang kau tak suka pun. Kau nak jadi macam diaorang ke? Kau lebih baik dari mereka,” tulisnya.
Pada akhir perbualan itu, kedua-dua selebriti ini mengambil sikap positif dan mahu menyambung perbualan mereka di aplikasi Whatsapp.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sejak semalam #Justice4BabySyifaa menjadi perhatian ramai. Ia susulan perkongsian luahan rasa kecewa dan ketidakpuasan hati bapa kepada bayi berusia 15 bulan yang dilaporkan maut di pusat asuhan baru-baru ini, terhadap siasatan pihak berkuasa.
Polis Nafi Dakwaan Siasatan Tidak Telus
Namun dalam kenyataan hari ini, pihak polis menyangkal dakwaan tidak menjalankan siasatan secara telus berhubung kes seorang bayi berusia 15 bulan yang meninggal dunia ketika berada di pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan di sini bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan telah dilakukan secara menyeluruh termasuk menggunakan bantuan Jabatan Forensik.
“Polis jalankan siasatan bukan sahaja secara individu tetapi juga menggunakan bantuan forensik yang siasatannya lebih tepat.
“Siasatan kes itu sudah lengkap dan telah pun dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Apa arahan seterusnya saya tak dapat komen, kita tunggu saja,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Polis Ke-215 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof Kredit Foto: Bernama
Dakwa Bayi Dijerut Bukan Terjerut
Beliau berkata demikian mengulas ketidakpuasan hati ibu bapa bayi terbabit yang diluahkan di media sosial Facebook sehingga menjadi tular sejak malam Khamis.
Menerusi hantaran di Facebook, bayi berkenaan didakwa dijerut bukannya terjerut.
Mengulas berkenaan dakwaan bapa bayi terbabit, Nanda berkata, sehingga kini polis tidak menerima aduan rasmi daripadanya melainkan membacanya di media sosial.
“Itu cuma anggapan bapa mangsa saja, kita tak boleh kata apa. Dari sudut polis, kita telah pun melakukan siasatan secara terperinci dengan merakam percakapan semua pihak berkaitan.
“Saya harap keluarga bertenang dan jangan keluar kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham mana-mana pihak.
“Begitu juga dengan netizen jangan memberi komen yang mengikut hati dan perasaan di media sosial kerana polis telah melakukan tugas yang terbaik,” katanya.
Terdahulu dilaporkan, Nour Rania Asyifaa Yuseri ditemui tidak sedarkan diri jam 3 petang di dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari lalu.
Nanda berkata, berdasarkan siasatan awal, sebelum itu mangsa telah diberi susu oleh pengasuh dan dimasukkan ke dalam bilik tidur bersama dua kanak-kanak lain pada jam 12.30 tengah hari.
“Mangsa ditidurkan dalam buaian kain dan dua kanak-kanak lain ditidurkan dalam buaian jenis ‘rocker’.
“Selepas itu pengasuh keluar dari bilik pada jam 2 petang untuk melakukan tugas-tugas lain, katanya.
Menurutnya, pada jam 3 petang, pengasuh masuk semula ke dalam bilik dan mendapati mangsa dengan keadaan kepala tersangkut pada kain buaian.
Jelasnya, pengasuh kemudian telah melakukan bantuan kecemasan kepada bayi terbabit namun mangsa didapati tidak bernafas.
“Dia kemudian telah membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Sendayan untuk pemeriksaan lanjut namun doktor yang merawat mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia pada jam 4.30 petang,” katanya.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Bagi anak-anak yang hidup di perantauan, pasti tak sabar nak balik kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tetapi sebelum balik kampung dan bercuti, pastikan keselamatan dititikberat supaya tidak berlaku perkara yang tidak ‘pelik-pelik’. Ok, sila semak beberapa tip ini sebelum balik kampung…
1. Simpan barang berharga
Pastikan kita menyimpan barang-barang berharga di tempat yang selamat. Kalau boleh bawa sekali balik kampung. Takut semasa kita balik bercuti, pencuri pula membuat onar dengan memecah masuk rumah orang. Jadi, ambil langkah berjaga-jaga sebelum perkara buruk berlaku.
2. Buka kepala tong gas
Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kebakaran yang tidak diingini. Paling penting, jangan biarkan injap gas terbuka kerasa takut berlaku kebocoran. Tolong check balik sebelum keluar rumah!
3. Kosongkan air kolah
Tak nak lah nyamuk ‘berpesta’ di dalam kolah yang berisi air dengan bertelur bagai. Jadi sila kosongkan air kolah supaya kita tidak menjadi sebab tempat pembiakan nyamuk aedes. Itu cari penyakit, namanya!
4. Tutup punca kuasa elektrik
Pastikan sebelum balik kampung kita sudahpun memeriksa semua plug dan pastikan kita tutup dan cabut plug dari soketnya. Ambil langkah berjaga-jaga kerana malang selalunya tidak berbau. Jika kita alert, inshaAllah tiada apa yang akan berlaku.
5. Kunci tambahan
Gunakan kunci tambahan atau padlock yang tahan umpil, yang padu sikit. Pastikan grill koridor, tingkap juga dipasang padlock. LHaaa…. sila pastikan bahawa semua pintu dan tingkap telah dikunci dengan betul. Gunakan mangga (ibu kunci) yang berfungsi dengan sempurna dan bukan dalam keadaan rosak.
6. Lampu luar
Gunalah auto timer untuk nyalakan lampu bahagian depan dan koridor. Setkan lampu agar diaktifkan pada jam 6:30 petang sampai 7:00 pagi. Pada yang berkemampuan, pasanglah alarm system/cctv.
7. Sekurang-kurangnya beritahu jiran
Mungkin ada yang jenis tak pernah bertegur dengan jiran tetapi seeloknya beritahulah jiran berdekatan yang tak balik kampung sepanjang kita tak ada di rumah. Bagi sekali contact nombor handphone agar mudah dihubungi kalau ada emergency kat rumah.
8. Jangan lupa binatang!
Pada anda yang ada bela binatang, sebaiknya bawak lah sekali. Tapi kalau keadaan tak mengizinkan anda untuk bawa sekali, anda boleh tinggalkan si pusat jagaan haiwan peliharaan. Jangan tinggalkan macam itu saja.
9. Isi Borang
Pastikan anda mengisi borang balik kampung yang mengandungi maklumat penting untuk membolehkan pihak polis memantau rumah dan meronda kawasan persekitaran rumah anda semasa ketiadaan tarikh yang dinyatakan.
10. Ada Kunci Pendua Tak?
Jangan nak simpan kunci pendua di dalam pasu bunga atau alas kaki sangat lah ya. Lebhih selamat kalau serahkan kunci kepada orang yang boleh dipercayai. Tujuannya adalah untuk persediaan jika ada berlaku perkara tidak diingini.
Kalau mak-mak dah buat semua benda di atas, sebelum keluar dari rumah nanti jangan lupa minta doa pada Allah supaya rumah dilindungi dan segala urusan dipermudahkan. Ini paling utama dan yakinlah kepadaNya.
Selamat Bercuti & Selamat Hari Raya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...