Rumah Biru Kampung Baru Berlatar Belakang KLCC Tak Dirobohkan, Anak Perjelas Cuma Kena Pindah

Share

Rumah biru Kampung Baru berlatar belakang KLCC tak dirobohkan, anak perjelas cuma kena pindah.

Terkenal kerana masih mengekalkan  keaslian seni bina tradisional Melayu di Kampung Baru dan berlatar belakangkan bangunan ikonik negara KLCC, kisah rumah biru ini pernah tular di media sosial satu ketika dahulu.u tidak dirobohkan sebaliknya hanya penghuni rumah yang berpindah sementara.

Ramai merakam kenangan di rumah biru ini dan selepas berita bahawa rumah ini bakal dirobohkan, ia mendapat respon dari masyarakat.

Rumah Biru Kampung Baru Berlatar Belakang KLCC Tak Dirobohkan

Dan ternyata, ada sedikit salah faham di mana rumah biru ini sebenarnya tak akan dirobohkan, cuma pemiliknya perlu berpindah seketika bagi memberi laluan untuk pelaksanaan projek pembongkaran semula palong ditanam di bawah tanah rumah tersebut.

Menurut anak pemilik rumah biru ini, Syafiq Abdullah yang berkongsi hal ini di facebooknya memaklumkan, buat masa ini projek pembongkaran semula palong belum pun bermula lagi.

Anak Perjelas Cuma Kena Pindah

“Projek belum bermula lagi ya. Untuk makluman, rumah kami ini tak akan dirobohkan. Kami hanya diminta keluar bagi memudahkan projek berlangsung nanti,” kata Syafiq yang memaklumkan, seandainya terjadi apa-apa di masa depan, insya Allah pemaju akan baik pulih seperti sedia kala.

Katanya lagi, doakan agar selepas projek ini selesai, mereka dapat kembali semula ke rumah nostalgia ini.

“Sama-samalah kita berdoa semoga selepas tamat project ini, kami boleh pulang ke kampung halaman kami ini,” katanya yang mengucapkan terima kasih kepada yang sudi berkongsi momen, cerita dan ambil peduli akan tanah kampung kami ini.
“Kami sebagai pewaris ucapkan terima kasih daun keladi. Panjang umur kita jumpa lagi. Diharap penjelasan saya ini, sedikit sebanyak ramai yang tahu kisah sebenar. Terima kasih Malaysia, tulisnya.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq

 

 

 

IKLAN