Rumah Atas Nama Suami Dan Isteri, Buatlah Pengistiharan Hibah, Elak Perebutan, Persengketaan Waris

Share

Rasanya rata-rata suami isteri yang memiliki rumah biasanya akan berkongsi dua nama iaitu rumah atas nama suami dan isteri. Sementelah harga rumah pun boleh tahan harganya dan mungkin tak lepas untuk pinjaman kalau guna satu mana.

Mungkin juga rumah atas nama suami isteri tetapi pembayarnya seorang saja. Tidak menjadi masalah dan persoalan pun. Sebab dah jadi tanggungjawab suami untuk sediakan tempat tiggal untuk isteri dan anak-anak.

Tapi yang menjadi persoalannya bila ditakdirkan pasangan itu berpisah atau salah seorang penama rumah itu meninggal dunia. Bagaimana cara pengirannya nanti.

Bagi yang berpisah hidup, bolehlah tuntut harta sepencarian tapi, kalau berpisah mati, rumah atas nama suami isteri itu milik siapa. Inilah yang dikongsikan oleh Puan Umi Yusoff tentang hak milik rumah bila salah seorang meninggal dunia.

Baca Artikel Menarik Di Sini: Bila Pasangan TIADA, Rumah Nama BERSAMA Belum Tentu Hak Milik, Waris Boleh Tuntut!

Selepas Kematian Suami Tak Perlu Meminta-Minta, PENTINGNYA Hibah Harta Buat Anak Isteri

Info Lebih Menarik DI SINI

Rumah Atas Nama Suami Isteri, Milik Siapa?

Apakah akan terjadi sekiranya pemilik rumah meninggal dunia?

1. Hibah Rumah.

Rumah merupakan aset yang mempunyai nilai yang tinggi. Bagi mengelakkan rumah menjadi perebutan dikalangan waris-waris lain, langkah terbaik adalah dengan menghibahkan rumah kepada orang yang kita sayang.

Sekiranya rumah atas 2 nama dan tiba-tiba berlaku perceraian, ianya akan lebih merumitkan apabila hendak membuat tuntutan harta sepencarian. Sebaiknya buat hibah ketika keluarga masih bahagia dan pemilik harta masih sihat.

2. Apa yang akan berlaku sekiranya rumah tidak dihibahkan?

Rumah adalah harta tak alih dan dari segi fizikalnya ia susah untuk dibahagi-bahagikan kepada waris lain berbanding harta alih seperti duit.

Apabila berlaku kematian dan rumah tidak dihibahkan, rumah tersebut perlu dibahagikan mengikut hukum faraid. Setiap individu itu mempunyai struktur faraid yang berbeza.

Sebagai contoh, Ali Chan seorang mualaf dan meninggalkan:
.
1) Ibu (Bukan Islam)
2) Ayah (Bukan Islam)
3) Isteri

Bahagian waris faraid Ali adalah:
.
1) Isteri 1/4
2) Baitulmal 3/4

Namun begitu, isteri boleh mohon harta sepencarian sekiranya ada sumbangan terhadap rumah tersebut.

3. Bolehkah rumah yang masih dalam pinjaman dihibahkan?

Boleh. Perlu buat hibah bersyarat. Walaubagaimanapun, hibah bersyarat dapat dilaksanakan jika pinjaman tersebut dilindungi takaful / insuran atau adanya jaminan dari penerima hibah untuk melangsaikan hutang rumah sekiranya ada lagi baki pinjaman.

Sebaiknya semak semula takaful gadai janji supaya baki pinjaman rumah dapat dilunaskan sepenuhnya oleh Syarikat Takaful dan waris tidak terbeban dengan hutang rumah tersebut.

Bila Pasangan Meninggal

4. Bagaimana sekiranya berlaku kematian jika rumah yang mempunyai 2 nama?

Jika dalam Perjanjian jual beli rumah terdapat 2 nama, pemilikan rumah adalah sama rata. Iaitu bahagian suami 50% dan isteri adalah 50%.

Sebagai contoh suami meninggal dunia, rumah tersebut bukan milik isteri sepenuhnya. Ini adalah kerana bahagian 50% suami perlu dibahagikan mengikut faraid.

5. Hibah rumah antara satu sama lain.

Solusi ini adalah untuk yang ada rumah yang mempunyai 2 nama. Suami dan isteri perlu membuat dokumen pengisytiharaan hibah. Iaitu suami hibah rumah kepada isteri dan isteri hibahkan rumah kepada suami.

Hal ini bagi mengelakkan daripada berlaku persengketaan dikalangan waris jika ada perebutan harta di kemudian hari.

6. Apa akan terjadi jika pemilik harta tidak buat apa-apa perancangan harta?

Satu rahmat sekiranya ada muafakat di kalangan waris-waris. Namun begitu jika tiada muafakat, pembahagian perlu dibuat mengikut hukum faraid.

Lebih perit lagi, apabila rumah yang menjadi tempat isteri dan anak-anak berteduh terpaksa dijual.

Anda sebagai pemilik harta perlu membuat keputusan sebaiknya. Keputusan anda adalah penentu masa depan orang-orang tersayang.

Mengapa perlu ambil risiko sekiranya anda boleh mengubahnya sekarang.

‘Rancang Mengikut Syariat. Keluarga Mendapat Berkat.’

Mingguan Wanita : Kita tak tahu apa yang akan berlaku di hadapan, rancanglah sebaiknya demi keluarga tersayang.

Sumber: Puan Umi Khlsom – Wasiat, Hibah, Faraid

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora