Rumah Atas Air Serba Sederhana, Kekemasan Pemilik Tu Buat Orang Kagum

Share

Walau rumah atas air atau atas tanah sekalipun, andai penghuninya teliti, kemas mahupun rajin. Kediaman itu tetap menjadi tempat teduh yang selesa untuk seisi penghuninya.

Malah, menjadi kekaguman orang lain yang melihatnya. Sebagaimana rumah atas air yang terletak di Kampung Goebilt, Kuching, Sarawak ini.

Pemiliknya, Aizuna Reedza (Junjuna) begitu kemas dan teliti orangnya. Walaupun serba sederhana, tetap dipelihara dengan baik.

Dari halaman rumah, ke ruang tamu sampailah ke bahagian dapur. Segala perabot dan barang dalam rumah disusun dengan kemas dan teratur.

Kisah Rumah Atas Air

Kongsi pemiliknya, “Alhamdulillah, cukuplah untuk saya, suami dan anak-anak berteduh. Rumah ni sebenarnya milik arwah Paksu suami.

Balu arwah bukan orang sini. Jadi dia tak nak tinggal di sini. Selama arwah hidup pun dia tak duduk sini. Duduk dengan isteri kat tempat isteri.

Arwah sewakan rumah ni. Sebelum kami sekeluarga pindah. Ada dua keluarga yang pernah menyewa. Mak mentua belikan rumah ni.

Sayang katanya kalau tak dijaga dan diserah kepada suami. Siang panas, malam sejuk giler.” Kongsinya tentang sejarah rumah atas air.

Bekalan Makanan Laut Segar Tak Pernah Putus

Nak masuk ke rumah atas air ini ada titi besar yang menghubungkan antara rumah-rumah yang ada di kediaman itu. Maklum Aizuna, dia perlu meletak kenderaan di kawasan tanah lapang yang ada dekat titi besar.

Moto boleh naik. Dan letak depan rumah. Ada juga jiran letak kenderaan kat rumah sedara diaorang.” Tulisnya ketika ditanya tentang bagaimana meletakkan kenderaan di kediaman sedemikian.

Untungnya tinggal di sini, mudah untuk mereka sekeluarga mendapat bekalan makanan laut segar. Sungai tempat berlabuh kapal-kapal nelayan dekat betul dengan rumahnya.

Yang ini titi rumah jiran. Belakang sikit, selalu dapat hasil ikan-ikan segar. Tak yah nak ke pasar beli seafood.”

Kongsinya lagi, kadangkala dia tolong jirannya menjual ikan. “Tapi sekarang susah nak dapat ikan segar hari-hari. PKP, nelayan pun tak ke laut.”

Suami Cari Rezeki Dekat Kawasan Pelabuhan

Di sungai ini juga menjadi laluan kapal-kapal yang bawa kontena. Hujung sungai sebelah kanan ada pelabuhan. Di situlah tempat suaminya bekerja mencari rezeki untuk mereka sekeluarga.

Sekeping gambar ini mengundang kekaguman ramai. Lagi-lagi melihat cara pemilik menyusun pakaian di ampaian. Teratur mengikut aturan.

Pakaian itu baru saja nak disidai. Tiba-tiba angin kuat pula. Angkatlah naikkan ke atas. “Nasib baik sempat. Hujan pula lepas tu.” Akuinya bab menyidai pakaian ini memang dia cerewet sedikit.

Maaf, kayu nampak macam kotor sikit. Tu kayu kapal nelayan yang karam dan terdampar tepi rumah. Kita ambil buat titi. Dulu titi kecil. Kayu pun banyak dah roboh.”

Di rumahnya, hujan tak lebat. Tapi jika angin kuat datang, rumah pun jadi bergoyang.”

Pemandangan Depan Pintu Rumah Atas Air

Ni pemandangan dari dalam rumah depan pintu. Bangku tu pun kita ambil dari kapal nelayan yang karam tu. Kena pasang kanvas.

Kalau tak bila datang panas, memang panas. Bila hujan, tak yah cakap lah.

Kanvas itu juga untuk melindungi pandangan terbuka. “Lagi pun jiran jual hasil laut. Orang ramai datang beli. Lalu tepi rumah. Tak selesa orang tengok. Rumah saya ni buka pintu terus nampak ruang tamu.

 

 

 

Dalam rumah, Aizuna menggunakan warna merah pada dinding. “Langsir warna hitam. Tahun ni tukar pulak. Nak kelainan sikit. Gunakan background TV warna kuning. Salah satu warna kegemaran juga.”

Di balik dinding kuning itu ada bilik. Di balik dinding yang ada tingkap ada rumah jiran di sebelahnya. Jika pintu dibuka, boleh terus nampak laut.”

Boleh bayangkan macam mana damainya. Tengok pemandangan laut waktu petang dan malam, dengar bunyi ombak. Seronok bagi mereka yang jarang dapat nikmati suasana sedemikian.

 

Agar kita boleh nikmati keindahan bumi tuhan yang luas ini.

Sumber/Foto : Aizuna Reedza (Junjuna) 

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer