RUKUN QAULI Wajib Dilafaz, Berbisik Baca Dalam Hati Solat TAK SAH!

Share

Solat merupakan rukun Islam kedua. Dalam menunaikan solat perlu ada ilmu  dan beri penekanan pada 3 kategori Rukun Solat iaitu Qalbi, Qauli serta Fi’li. Mungkin ramai yang sedar atau terlupa bahawa rukun qauli dalam solat ada 5 dan perlu dilafazkan sampai didengari oleh telinga. Hati-hati ia bukan dibaca secara berbisik, suara angin mahupun baca didalam hati, ini boleh sebabkan solat kita tidak sah sama sekali.

Baca perkongsian ilmu daripada Puan Haishah Aredeq ini;

RUKUN QAULI

Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, TAK SAH. suara angin, TAK SAH. baca dalam hati, lagi TAK SAH. Satu huruf tidak terdengar pun Al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.

Rukun Qauli tu adalah Takbiratul Ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama.

Ada 5 sahaja rukun qauli yang lain rukun fi’li dan qalbi.

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori :

1. Qalbi (diingat dalam hati)
2. Qauli (diucap dengan lidah)
3. Fi’li (perbuatan)

Rukun solat ada 13 perkara iaitu :

1. Berdiri bagi yang mampu. (Fi’li)
2. Niat. (Qalbi)
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). (Qauli)
4. Membaca surah Al-Fatihah. (Qauli)
5. Rukuk dengan tama’ninah . (Fi’li)
6. Iktidal dengan tama’ninah. (Fi’li)
7. Sujud dengan tama’ninah. (Fi’li)
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama’ninah. (Fi’li)
9. Duduk Tasyahhud akhir. (Fi’li)
10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. (Qauli)
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. (Qauli)
12. Mengucapkan salam yang pertama. (Qauli)
13. Tertib. (Qalbi)

Baca Lagi Di Sini:
Solat Taubat Kena Buat Selalu, Sampai Hati Rasa Lapang, Begini Tertibnya

Khusyuk dalam solat itu rezeki, 13 cara ini buat otak fokus dan tenang ketika menghadap Ilahi

MW: Semoga perkongsian ilmu solat ini bermanfaat. Sama-sama kita memperbaiki bacaan dan memperbetulkan perbuatan solat, agar solat yang kita kerjakan itu SAH dan tidak sia-sia.

Sumber : Haishah Aredeq

Published by
Suhaidah Abd Wahab