Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27 tahun, anak kelahiran Sungai Petani ini mula meniti di bibir peminat apabila berjaya melakonkan watak antagonis yang dipegangnya dalam Hello Mr Perfect yang bergandingan dengan Fattah Amin pada tahun 2014. Itulah antara pembuka mata orang ramai terhadap kemampuan dan kewujudannya dalam persada seni.

Orangnya kecil molek, mudah mesra, cantik dan peramah, tidah hairanlah ia turut menjadi rebutan pengarah drama dan filem. Baru-baru ini, sempat wartawan menemuramahnya di sebuat majlis yang turut dihadiri Ruhanies.

MW: Rasanya macam sudah lama Ruhanies menyepi diri?
RUHANIES: Sebenarnya Anies masih dalam industri seni. Anies baru sahaja selesai penggambaran drama berjudul ‘Ara’ yang mungkin akan disiarkan di salah satu stesyen televisyen pada awal tahun ini. Selesai penggambaran itu, jadual kerja Anies bersambung pula dengan penggambaran filem. Tajuknya? Kena rahsia dulu. Tunggu.

MW: Sebagai pelakon, apa yang Anies tekankan untuk bertahan dalam industri ini?
RUHANIES: Disiplin dan komitmen yang tinggi sangat penting bagi setiap pelakon. Bagi saya, setiap perkara yang membabitkan kerja, saya akan memberikan komitmen yang tinggi fokus dan buat bersungguh-sungguh. Sebolehnya saya cuba elak daripada ‘buat perangai. Alhamdulillah, setakat ini rasanya saya belum ada isu tentang disiplin.Ruhanies Bukan Dimanja Kekasih Tetapi Kesudian Mr E Berkongsi RezekiMW: Berbalik tentang kisah peribadi Anies, bila nak perkenalkan teman istimewa?
RUHANIES: Seperti yang diketahui, saya memang mempunyai kekasih – Mr. E. Tetapi buat masa sekarang, lebih selesa menyembunyikan wajahnya dan mungkin suatu hari akan dedahkan kepada umum.

Ads

MW: Bila ingin melangsungkan hari bahagia?
RUHANIES: Buat masa sekarang, kami lebih selesa berkawan dan masih mengenali hati budi masing-masing. Bila tiba masanya, saya akan umumkan kepada semua. Sekarang ini, saya tunggu kakak, Risteen Munim kahwin dahulu. Saya tidak mahu langkah bendul.

MW: Apa istimewanya Mr. E?
RUHANIES: Bagi saya, Mr. E seorang yang sangat bertanggungjawab, menyokong dan memahami kerjaya saya. Paling penting, dia sayangkan saya sebagaimana keluarga sayangkan saya. Boleh dikatakan ciri-ciri lelaki idaman ada pada dirinya.

Ads

MW: Bagaimana Anies jaga hubungan jarak jauh dengan MR. E?
RUHANIES: Saya kenal dia memang jarak jauh. Dia sentiasa on off Kuala Lumpur dan London dan balik pun sebulan sekali atau dua bulan sekali. Walaupun jarang jumpa tetapi kami saling percaya antara satu sama lain dan banyak berkomunikasi. Sekarang ini, kerjayanya pun kerap di Kuala Lumpur dan kurang di London. Jadi, tak adalah rindu sangat kan. Cuma, kami kena saling jujur dan percaya serta berserah pada jodoh.

Ads

MW: Sering dimanjakan kekasih dan bagaimana hadapi dengan komen netizen?

RUHANIES: Bagi saya tidak salah dia manjakan saya. Lagipun, bila ada rezeki lebih, dia sudi kongsi rezeki sama-sama. Rasanya setiap pasangan patut ada sikap macam ini iaitu ambil hati pasangan supaya hubungan tidak statik, boring dan cara untuk kekalkan hubungan. Bagi komen netizen tu, Anies tidak ambil kisah, yang penting, saya jaga batas-batasnya dan mereka tidak tahu apa yang kita lalui. Walau bagaimanapun, Anies ambil apa yang positif sahaja.

Di samping sibuk dengan dunia lakonan, Ruhanies turut menceburkan diri dalam perniagaan dan bergelar usahawan. Kini, dia telah berjaya membuka sebuah kafe miliknya Bites Dessert, khas untuk peminat pencuci mulut yang bertempat di Plaza Arcadia, Desa Park City.

Foto: INSTAGRAM RUHANIES

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI