RUGI Tak ‘Claim’ PERKESO Kemalangan, Sakit Atau Kematian, Begini Proses Tuntutan!

Share

Setiap bulan apabila mendapat gaji pasti ada caruman gaji bulanan ke PERKESO. Sangat rugi sebenarnya apabila tidak merebut peluang membuat tuntutan di PERKESO apabila berlakunya kemalangan, sakit mahupun kematian.

Ini kerana PERKESO ditubuhkan untuk bagi bantuan dari segi perubatan dan kewangan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau jatuh sakit. Lagi-lagi, apabila ia boleh mengurangkan kebolehanbekerja. PERKESO juga memberikan bantuan kepada ahli tanggungan pekerja melalui pencen sekiranya berlaku kematian.

Tak susah sebenarnya jika tahu cara proses untuk buat tuntutan PERKESO. Paling penting kena dokumen lengkap dan buatlah tuntutan secepat yang mungkin.

Baca perkongsian daripada Puan Dewi Mas Tina ini sebagai rujukan dan panduan apabila ingin membuat tuntutan PERKESO.

Since saya sakit few months ni ramai juga rakan-rakan yang pm bagi semangat dan ucap selamat..TQ semua yang prihatin.Sedihnya, ramai juga sahabat kita, dalam diam rupanya suffer slip disc macam saya juga.

When come to soalan, “Ko claim tak SOCSO?” Most of my fren says tak claim sebab tak tau layak ke dan tak tau cara.

Rugi tak claim.

Me my self pernah bantu orang claim socso sebab slip disc dan dia dapat 20k, few weeks after submit borang yang lengkap.

Nape setiap bulan, akan tolak sikit untuk socso out of gaji Kita ? dan out of million contributers, berapa peratus yang akan injured atau accident dalam masa berkerja?

So,today.. I’m gonna share few tips.

Jenis-Jenis Tuntutan:

1. Skim Bencana Pekerjaan

Skim ni kasi perlindungan pada pekerja yang ada kemalangan atau penyakit khidmat yang berpunca waktu kerja. Tak kisah lah tengah kerja atau on the way, skim ni cover.

2. Skim Keilatan

Skim ni beri perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan – ada keuzuran kekal. Contohnya, sakit teruk macam kanser, strok dan lain-lain.

3. Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri

Skim ni kasi perlindungan orang yang kerja sendiri dari segala bencana pekerjaan. Termasuklah kalau dapat penyakit atau kemalangan waktu bekerja.

4. Skim Bencana Kerja Pekerja Asing

Skim ni adalah untuk pekerja asing. Jumlah caruman sebulan adalah 1.25% dari gaji bulanan – at least, pekerja asing dapatlah enjoy faedah kerja di negara kita ni.

INGAT: Sekiranya ada pape berlaku kat korang (baca: pekerja) dan keluarga, better buat tuntutan secepat yang mungkin. Nak senang, boleh contact jabatan sumber manusia (HR) syarikat untuk tahu proses tuntutan dia macam mana dari A sampai Z.

Tapi, tak ke lagi bagus kalau sendiri paham proses tuntutan dia camne? Hah, ni proses buat tuntutan PERKESO:

1. Check nama dan nombor kad pengenalan boleh buat tuntutan ke tak.

2. Dapatkan borang tuntutan (download je dari website PERKESO).


3. Make sure ada laporan perubatan doktor dari hospital.
4. Hantar borang dan dokumen-dokumen yang berkaitan ke PERKESO.
PERKESO akan kasi surat dan tarikh untuk hadap Jemaah Doktor Panel (kalau situasi istimewa, PERKESO akan buat lawatan).
5. Selepas 2 hingga 3 minggu, PERKESO akan bagi jawapan – tuntutan lulus ke tak.
6. Kalau lulus, perlu bawa salinan buku/penyata bank supaya boleh disahkan untuk dapat duit tuntutan.
7. Sebaliknya, kalau gagal, boleh buat rayuan (jangan risau!)

P/s: Korang boleh buat tuntutan PERKESO dalam tempoh 12 bulan dari tarikh akhir kat sijil cuti sakit (MC).

Selain tu, saya listkan sekali langkah-langkah buat tuntutan PERKESO yang perlu tahu ikut situasi.

Situasi #1: Makan gaji & first time nak buat tuntutan.

Kalau dah berjaya mohon, rawatan selepas eksiden/sakit jadi percuma kalau pergi ke klinik panel PERKESO atau hospital/klinik gomen. Yang pentingnya, hantar dokumen-dokumen ni:

  • Laporan kemalangan Borang 21 atau laporan penyakit khidmat Borang PKS 68/69
  • Borang tuntutan – Borang 10
  • Surat pengenalan dari majikan
  • Rekod kehadiran kerja
  • Surat cuti sakit
  • Salinan kad pengenalan
  • Laporan polis dan peta lakar yang menunjukkan arah perjalanan (bagi kemalangan yang berlaku sewaktu pergi atau pulang dari tempat kerja).

Macam mana pulak kalau dapatkan rawatan kat klinik panel bukan PERKESO? Mesti nak claim bayaran tu balik, kan? Ni list dokumen yang kena ada:

  • Tuntutan Bayaran Ganti Belanja (perjalanan) – Borang PKS (PR) 24
  • Laporan Tuntutan Bayaran Ganti Belanja (am) – Borang PKS (P) 26
  • Resit asal rawatan
  • Salinan kad appointment
  • Salinan laporan perubatan (jika ada)
  • In case tak boleh kerja selama 4 hari, layak dapat faedah hilang upaya sementara. Kiranya, akan dapat duit sepanjang tempoh tu (nasib baik!).

Situasi #2: Makan gaji tapi hilang upaya yang kekal

Jika benda ni berlaku, boleh buat tuntutan faedah hilang upaya kekal, tak kisahlah kehilangan upaya tu affect buat kerja ke tak. Korang hanya perlu mohon secara bertulis ke PERKESO dengan rujukan dari Jemaah Doktor.

Jangan lupa sekalikan dokumen-dokumen ni jugak:

  • Laporan perubatan dari hospital/klinik yang rawat pekerja
  • Borang permohonan
  • Salinan kad pengenalan
  • Borang tuntutan – Borang 10
  • Borang PKS (F) 1 dengan maklumat caruman PERKESO dan penyata gaji
  • Butiran akaun bank pekerja buat tujuan deposit
  • Kadar faedah yang korang dapat dari tuntutan ni adalah 90% dari gaji bulanan (jumlah minimum RM10 ke RM88.50 sehari). Katakan lah tak bersetuju dengan keputusan, boleh buat rayuan ke Jemaah Doktor Rayuan dalam masa 90 hari.

Lebih-lebih lagi kalau hilang 100% kemampuan bekerja, layak untuk terima elaun layanan sentiasa. Cuma, Jemaah Doktor kena sahkan dulu lah. Selepas tu baru korang akan terima elaun sebanyak 40% dari gaji – paling tinggi akan dapat RM500.

Situasi #3: Kerja sendiri dan nak buat tuntutan.

Untuk skim pekerjaan sendiri, korang ada 1 borang je kena isi iaitu Borang Tuntutan Faedah – PS 2. Alang-alang tu, sekalikan jugak salinan pengenalan diri dan bank statement sendiri. Kalau kerja makan gaji, tengok situasi #1 dan #2, ok?

Beza untuk situasi ni adalah dia depends sebab apa nak tuntut – atas sebab kemalangan ke sakit atau kematian. Boleh tengok kat bawah ni:

  • Tuntutan kemalangan
  • Sijil cuti/nota sakit
  • Laporan polis asal (jika ada)
  • Tuntutan sakit
  • Laporan perubatan
  • Tuntutan kematian
  • Sijil kematian
  • Resit perbelanjaan pengurusan mayat
  • Dokumen sokongan hubungan dengan si mati

Situasi #4: Pekerja asing yang nak buat tuntutan

Dokumen-dokumen yang pekerja asing kena hantar lain. Ya lah, dia ikut jugak sebab kenapa nak tuntut. Kalau perlu je, masukkan. Boleh tengok kat bawah:

  • Tuntut kemalangan & penyakit khidmat
  • Borang notis kemalangan & penyakit khidmat pekerja asing
  • Salinan muka hadapan passport
  • Salinan permit kerja
  • Surat perakuan perubatan
  • Laporan polis asal/salinan (polis kena sahkan)
  • Laporan perubatan
  • Salinan sijil kematian (jika ada)
  • Resit perbelanjaan pengurusan mayat (jika ada)
  • Dokumen sokongan hubungan dengan si mati (jika ada)
  • Salinan penyata bank
  • Tuntut faedah orang tanggungan pekerja asing & pengurusan mayat
  • Borang tuntutan faedah orang tanggungan pekerja asing & pengurusan mayat
  • Salinan muka hadapan passport
  • Salinan sijil kematian yang disahkan) (jika ada)
  • Dokumen sokongan hubungan dengan si mati (jika ada)
  • Salinan penyata bank
  • Resit perbelanjaan pengurusan mayat (jika ada)
  • Tuntut kos penghantaran pulang jenazah
  • Borang tuntutan kos penghantaran pulang jenazah (PPJ)
  • Salinan sijil kematian yang disahkan (jika ada)
  • Kad pengenalan penuntut/pendaftaran syarikat (ada pengesahan)
  • Resit asal kos hantar balik
  • Salinan bank statement
  • Dokumen pengesahan pulang jenazah dari gomen

Untuk makluman, sekarang ni takde sebarang had masa untuk buat tuntutan faedah PERKESO – asalkan penuhi segala keperluan yang dah ditetapkan.

Kalau semua dah ok dan cukup, boleh proceed buat tuntutan. Bagus jugak tahu benda-benda ni. Nanti takde lah buat kerja 2 kali bila kena buat tuntutan PERKESO nanti.

Jangan lupa jugak share artikel ni, ok? Mana tau ada ahli keluarga atau member yang tak tahu lagi ke. Selamat buat tuntutan.

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:‘Luar Biasa’, Kembalikan Senyuman Individu Hilang Upaya Untuk Bekerja, Program Terbaru PERKESO
Artikel Menarik:Walau Bekerja Sendiri Dah Boleh Mencarum Dengan PERKESO, Ini Caranya
Lagi Di Sini:Rupanya Bila Meninggal Dunia, Ini 11 Jenis Khairat Kematian Yang Waris Boleh Tuntut!

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan rujukan sekiranya ingin membuat tuntutan PERKESO disebabkan kemalangan, sakit ataupun berlakunya kematian.

Sumber:Dewi Mas Tina

Published by
Suhaidah Abd Wahab