Rubytah sedih Che Ta jadi mangsa kecaman. Rubytah atau mesra disapa Ruby yang juga merupakan pelawak terkenal, Lan Pet Pet berasa cukup sedih apabila kakaknya Rozita Che Wan baru-baru ini menjadi mangsa kecaman masyarakat gara-gara dakwaan berhutang hampir RM1 juta dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Walau tidak pernah terlibat dalam seni namun wanita yang pernah bertugas sebagai perancang kewangan ini sangat sedih apabila Che Ta dicemuh.
Menurut Ruby apabila membaca kecaman pada awalnya ada terasa hendak membalas kutukan namun menahan diri agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.
“Saya terasa nak jawab cemuhan, tetapi batalkan hasrat kerana tak mahu keruhkan keadaan.
“Sebagai adik, tentulah saya kasihan dan tak sampai hati lihat kakak dikutuk, sedangkan dia adalah wanita yang baik dan pemurah,” kongsi Ruby.
Tambah Ruby, kehidupan mereka sekeluarga agak susah sewaktu kecil namun Che Ta sangat mengutamakan keluarga dan bekerja keras mengubah nasib keluarga.
“Dari kecil, kami sekeluarga susah, tetapi Rozita jenis utamakan keluarga. Dia bekerja keras mengubah nasib keluarga.
“Sampai hari ini, Rozita masih belikan baju raya walaupun adik-beradik sudah berumah tangga. Dia jugalah menjaga emak,” ungkap Ruby.
Menarik Disini : Legasi Blooming Raya MINAZ Tiba Di Garis Penamat. Che Ta & Aaisyah Kembali Jadi Pilihan Kempen Raya MINAZ
Ruby juga menegaskan kakaknya tidak banyak berkongsi masalah dengan adik beradik.
“Bila adik-beradik tanya okay ke? Rozita hanya menjawab Allah ada.
“Dia tak banyak mengadu, tapi ada bercerita keadaan sebenar. Tapi, perkara ini tak boleh dikongsikan kepada umum.
“Orang tak tahu cerita sebenar, tapi bila Rozita berdiam, orang hentam. Hanya dia tahu kebenaran.
“Bagi saya, ini bukan satu musibah, sebaliknya ujian untuk Allah angkat lagi darjat kerana Allah tahu Rozita mampu mengharunginya,” sambungnya.
Baca Disini : Kecoh Rumah Diserbu, Che Ta Tenang Kongsi Gambar Menu ‘Lunch,’ Sempat Muat Naik Ucapan ‘Birthday’ Anak
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.