RPA Teruskan Tradisi Buat Biskut Raya Sendiri, Tak Pernah Order

Share

Biasanya apabila masuk pertengahan bulan puasa, ramai mak-mak dah mulai sibuk dengan persiapan buat kuih dan biskut raya. Biar pun tak banyak berjenis-jenis, bagaikan satu tradisi dan menjadi kenangan manis apabila dapat buat bersama anak-anak.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga tidak ketinggalan membuat sendiri biskut raya sendiri dan tak pernah menempah kuih dan biskut untuk hidangan hari raya.

Dalam perkongsian baginda antara biskut air tangan baginda untuk persiapan raya tahun ini seperti biskut cornflakes, biskut chocolate crinkles, biskut anzac, semperit, biskut manik, biskut kacang dan biskut quakeroats.

Antara biskut-biskut raya hasil air tangan Raja Permaisuri Agong.

Tradisi Raya

Malah lebih istimewa, tradisi setiap tahun ini turut diajarkan kepada puteri-puteri baginda Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah, yang tekun membantu bonda membuat kuih dan biskut raya di dapur istana.

“Kami adik beradik memang dididik oleh Bonda lagi kecil, dibawa masuk dapur dan setiap Ramadan kami semua buat biskut sendiri, tidak pernah order. Buat fruit cake, harissa dan siapkan dewan untuk hari terbuka. Dan saya teruskan tradisi itu apabila saya mendirikan rumah tangga bersama Tuanku Agong. Setiap Raya, saya buat sendiri semua dan sekarang saya sedang didik anak dara saya Tengku Puteri Afzan dan Tengku Puteri Jihan pula!”

Baca Lagi Di Sini:RPA Kongsi Resipi “Bread And Butter Pudding”, Guna Isi Kelapa Muda

MW: Memang seronok buat berjenis-jenis biskut dan kuih raya dengan anak-anak. Mak-mak yang berkesempatan buat sendiri biskut raya dengan anak-anak, rebut detik istimewa ini kerana ia akan menjadi kenangan manis buat anak-anak bila mereka dewasa nanti.

Sumber: airtangan_tunkuazizah

Published by
Suhaidah Abd Wahab