
Biasanya apabila masuk pertengahan bulan puasa, ramai mak-mak dah mulai sibuk dengan persiapan buat kuih dan biskut raya. Biar pun tak banyak berjenis-jenis, bagaikan satu tradisi dan menjadi kenangan manis apabila dapat buat bersama anak-anak.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga tidak ketinggalan membuat sendiri biskut raya sendiri dan tak pernah menempah kuih dan biskut untuk hidangan hari raya.
Dalam perkongsian baginda antara biskut air tangan baginda untuk persiapan raya tahun ini seperti biskut cornflakes, biskut chocolate crinkles, biskut anzac, semperit, biskut manik, biskut kacang dan biskut quakeroats.

Tradisi Raya
Malah lebih istimewa, tradisi setiap tahun ini turut diajarkan kepada puteri-puteri baginda Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah, yang tekun membantu bonda membuat kuih dan biskut raya di dapur istana.
“Kami adik beradik memang dididik oleh Bonda lagi kecil, dibawa masuk dapur dan setiap Ramadan kami semua buat biskut sendiri, tidak pernah order. Buat fruit cake, harissa dan siapkan dewan untuk hari terbuka. Dan saya teruskan tradisi itu apabila saya mendirikan rumah tangga bersama Tuanku Agong. Setiap Raya, saya buat sendiri semua dan sekarang saya sedang didik anak dara saya Tengku Puteri Afzan dan Tengku Puteri Jihan pula!”
View this post on InstagramA post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on
Baca Lagi Di Sini:RPA Kongsi Resipi “Bread And Butter Pudding”, Guna Isi Kelapa Muda

MW: Memang seronok buat berjenis-jenis biskut dan kuih raya dengan anak-anak. Mak-mak yang berkesempatan buat sendiri biskut raya dengan anak-anak, rebut detik istimewa ini kerana ia akan menjadi kenangan manis buat anak-anak bila mereka dewasa nanti.
Sumber: airtangan_tunkuazizah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
16 Tahun Berlalu Iktibar Pemergiaan Tragik Nurin Jazlin, Elak Anak Jadi Mangsa Pedofilia!

Isi Kandungan
Toggle16 tahun berlalu iktibar pemergiaan tragik Nurin Jazlin, elak anak jadi mangsa pedofilia! Tragedi yang melibatkan kanak-kanak malang Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin 16 tahun lalu benar-benar menggemparkan negara.
Masih segar diingatan kes Nurin Jazlin, kanak-kanak berusia 8 tahun yang menjadi mangsa nafsu serakah golongan Pedofilia. Pedofilia merupakan keinginan seseorang untuk memenuhi nafsu seksual dengan melibatkan kanak-kanak.
Sering kali pedofilia datang daripada golongan lelaki dewasa yang tertarik dengan kanak-kanak lelaki mahupun perempuan secara seksual. Sehingga kini, penjenayah kejam ini masih bebas disekeliling kita tanpa dapat dikesan.
Mungkin ada diantara mak ayah ramai yang terlepas pandang dengan apa yang dipost mahupun dikongsikan di laman media sosial. Tanpa sedar, gambar anak-anak kita yang dilihat ‘comel’, namun sebenarnya mampu mengundang nafsu berahi si golongan Pedofilia ini!
16 Tahun Berlalu Iktibar Pemergiaan Tragik Nurin
Semoga perkongsian oleh Auni Ameera yang juga merupakan pelajar Sarjana dalam bidang Psikologi Klinikal dari University of Queensland, mampu membuka mata mak ayah terhadap perkara ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
Kronologi Kes Nurin Jazlin
“Siapa masih ingat kes Nurin Jazlin ?
Seorang mangsa psychopath pedophile yang dibunuh secara kejam selepas didera secara sexual .
Berumur 8 tahun pada 2007.
Dia jadi mangsa Psychopath Pedophile yang sekarang masih bebas lagi dalam Malaysia. Kes ni berlaku pada tahun 2007, Nurin dilaporkan hilang waktu keluar pergi kedai dan dijumpai 27 hari kemudian di dalam beg sukan sebagai mayat. Dalam kemaluan nurin telah disumbat Terung dan Timun (bukan terung atau timun, tapi terung DAN timun).
Masa pengecaman, Parent nurin tak mengaku yang mayat tu adalah anak mereka, Ini mungkin disebabkan mereka dalam denial (in shock), tak dapat terima hakikat atau kalau kita ikut cerita asal, parent nurin tak boleh cam anak mereka pada masa tu sebab mayat kanak-kanak umur 8 tahun tu dah berubah rupa, ada banyak lebam dan luka kat muka. Parent Nurin cuma redha bila DNA test membuktikan yang mayat tu adalah anak perempuan dia orang.
Now imagine,Benda ni jadi pada anak kita sendiri, esok hilang and 27 hari kemudian jumpa mayat anak dengan terung DAN timun disumbat dalam kemaluan dengan badan yang banyak kesan penderaan… How would you feel? (I bet you cant even imagine). Parents nurin terpaksa hidup dalam trauma seumur hidup dan tak ada ubat untuk itu and so this is where we should take part, Making our society better and safer for our children.
Apa yang jadi pada Nurin?
1. Kena culik waktu pergi kedai
2. Hilang 27 hari
3. Kena cabul, didera secara sexual .
4. Kemaluan disumbat terung dan timun
5. Brutally tortured, Banyak kesan lebam dan luka dibadan
6. Cuma tuhan saja tahu yang jadi setiap hari sepanjang 27 hari Nurin hilang n apa jenis azab dia dapat waktu bersama dengan pembunuh.
7. Selepas mangsa meninggal, Psychopath tu sumbat mayat Nurin dalam bag buang (atau suruh orang lain buang) dekat kedai shop lot Petaling Jaya.
Sebelum kes nurin, Psychopath Pedo ni dipercayai dah pun culik dan cabul 1 (atau 2) orang lagi kanak-kanak area kampung baru dan nurin antara mangsa yang paling tragis, Psychopath ni masih bebas dan berkemungkinan masih ada dalam Malaysia.
Dalam kes Nurin, FBI pun ‘turun padang’ lepas polis minta bantuan FBI, Even dengan pertolongan FBI, Penjenayah masih gagal dikesan sebab polis kekurangan petunjuk. Antara lead paling penting ialah CCTV footage dengan quality video yang sangat Teruk, Video kemudian dihantar kepada FBI untuk tingkatkan kualiti video. Beberapa orang ditahan dan disoal siasat kemudian dilepaskan sebab polis kekurangan bukti.. Dan penjenayah masih bebas.
Antara benda yang menaikkan nafsu berahi golongan Pedophile, benda yang selalu kita buat dan terlepas pandang di Media Sosial:
1. Cerita Lucah yang mengambarkan Kanak-kanak:
Characterize kanak-kanak buat hubungan sexual, fantasi, mengambarkan, kasi gambaran dan apa sahaja perbuatan kanak-kanak yang menjurus atau ada elemen sexual mampu triggers golongan pedophile.
2. Bahan Lucah:
Yang boleh menaikan nafsu mereka seperti cerita-cerita lucah, kebanyakan cerita ni memberi ‘motivasi’ kepada Pedo untuk buat sex grooming terhadap mangsa .
3. Gambar ‘candid dan sexy’ anak :
Contohnya seperti gambar anak tengah mandi kat public swimming pool, tempat rekreasi, dalam bilik air n etc.. Ada antara pedophile yang cari gambar anak-anak kita, Beronani dengan gambar-gambar tersebut sambil berimaginasi .
4. Make up atau Dress up:
Kanak-kanak kecil yang anda make up dan dress up macam orang dewasa, Pakaikan celak, lipstick, eye shadow n etc juga selalunya membuatkan Pedo bernafsu terhadap anak-anak.

5. Gambar Budak Tengah Tidur:
Especially budak kecik tidur dalam keadaan yang ‘dianggap berani’ oleh golongan Pedo seperti tidur terkangkang, keadaan kain, baju, seluar terselak n etc .
Oleh itu sebagai mak ayah perlu mempunyai sikap lebih berhati-hati dan mempunyai kesedaran terhadap perkara ini. Elakkan berkongsi gambar anak-anak dalam keadaan tersebut bagi mengelakkan perkara buruk terjadi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat & kongsikan juga kepada mak ayah yang lain.
Sumber: Auni Ameera
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibunya Beri Anak Makanan ‘MAGIC’ Ini, Kawal Virus HFMD Dari Berjangkit Teruk

Isi Kandungan
TogglePenyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) semakin menjadi-jadi. Mak-mak yang ada anak kecil bimbang sama sebab virus itu kalau dah melekat dekat tempat awam, macam kerusi, taman permainan, pun dah boleh menjangkiti anak kita.
Ada mak ayah yang memang tak tinggal bekalan tisu basah dalam beg, sebab nak lap tempat-tempat berisiko itu. Mak ayah jadi tambah paranoid bila ada pengalaman jaga anak kecil yang pernah dijangkiti virus HFMD. Percayalah, pengalaman itu perit!
Kata ibu ini, Chinatsu Hayami dia ambil langkah ikut saranan doktor. Dengan meningkatkan sistem imun dalam tubuh, diri mahupun anak tak mudah dijangkiti HFMD. Satu cara paling praktikal kawal serangan virus HFMD ini adalah melalui beri pemakanan sihat semulajadi.
“Since doktor cakap TIADA UBAT mahupun VAKSIN yang boleh cure atau prevent HFMD, melainkan kita BOOST IMMUNE SYSTEM supaya yang kena HFMD cepat sihat dan yang belum kena HFMD tak berjangkit, makanya ibu pun gigihlah pi shopping beberapa jenis foods untuk tingkatkan sistem imun Qhaeera dan Qhaleef.
“Walaupun HFMD biasanya mudah dijangkiti oleh kanak kanak di bawah umur 5 tahun, tapi still kena jaga juga takut Qhaleef dan kita yang adult ni pun berjangkit sama.
“HFMD tiada ubat mahupun vaksin sebab doktor cakap virus dia pelbagai. So belum ada lagi 1 ubat mahupun 1 vaksin untuk hapuskan semua jenis virus tu one shot. Ubat yang diberikan biasanya hanya untuk meredakan ketidakselesaan pada pesakit.”
Makanya, jomlah pakat tingkatkan sistem imun kita dan anak anak dengan makanan yang sihat, serta jaga kebersihan. Bila sistem imun kuat, bukan takat HFMD je, penyakit dari virus lain pun susah nak hinggap. InsyaAllah.
Makanan Yang Berkuasa Tingkatkan Sistem Imunisasi Anak
Pertama : Shopping Makanan Sihat Di Pasaraya
Ini yang Mimi shopping hari Isnin lepas. Ada lemon, orange, cherry, strawberry, mandarin, yogurt, yakult dan sunflower kennel. Cari kiwi dengan blueberries tak jumpa pula. Ini semua untuk boost sistem imunisasi.
Tapi sushi dengan red velvet tu tak termasuklah. Epal tu pun sebab encik suami yang minta belikan. Hihi.
Kedua : Ambil Buah Jenis Citrus
Citrus fruits. Semua pun boleh untuk boost sistem imunisasi. Pilih je yang mana cuma make sure sehari tu janganlah makan banyak sangat. Kang kene cherry berry pula.
Tapi untuk anak yang ada ulser dalam mulut sebaiknya elakkan buahan citrus ni dulu. Sebab risau ulser akan jadi lebih sakit.
Ketiga : Jenis Berries Pun Membantu Boost Sistem Imun
Berries pun sama. Tak kisah any berries semua pun boleh.
Keempat : Yogurt Yang Membantu
Yogurt. Ini sangat bagus especially untuk baby HFMD yang dah boleh makan tapi tak nak makan sebab mulut penuh ulser.
Yogurt sejuk boleh bagi reda sikit rasa tak selesa dalam mulut. Doc selalu suggest bagi makan aiskrim. Tapi instead of bagi aiskrim, yogurt lebih sihat dan lebih baik untuk tubuh. Plus dia ada live active cultures yang boleh boost immune system.
Tapi untuk baby bawah 2 tahun kalau boleh beli je yang plain yang tak ada extra sugar. Then mix dengan any fruits untuk bagi rasa manis. Mimi suka letak cherry tak pun perah buah limau manis pun boleh atau campur madu. Tapi madu untuk yang dah setahun ke atas ye.
Dalam madu ada sejenis bakteria yang boleh menyebabkan penyakit Botulism. Yang boleh menyebabkan masalah pencernaan dan pernafasan serta otot menjadi lemah.
Bayi bawah setahun atau pra matang biasanya belum cukup kuat untuk melawan bakteria ni. Sebab tu sangat tak digalakkan untuk bagi bayi bawah setahun makan madu.
Extra tips – untuk anak yang tak suka makan ubat, boleh campurkan sekali dalam yogurt. InsyaAllah diorang tak perasan dan habis makan.
Kelima : Bayam Dan Brokoli Yang Berkuasa
Sayur terbaik untuk tingkatkan sistem imunisasi. Bayam dan brokoli.
Keenam : Bawang Putih Tu Antibiotik Semulajadi
Semua pun tahu bawang putih adalah antibiotik semulajadi. Sangat bagus untuk melawan penyakit dan juga tingkatkan sistem imun.
So kalau masak tu campur banyak banyak bawang putih.

Ketujuh : Halia Bukan Semata-mata Untuk Buang Angin
Halia. Kita selalu ingat halia ni untuk buang angin saja kan? Mimi la tu. Selain bawang putih, halia juga bersifat antibacterial. Sangat elok untuk melawan bakteria dan tingkatkan sistem imun.
Boleh campur dalam masakan mahupun minuman. Untuk anak boleh buat sup atau air lemon halia.
Kelapan : Berilah Anak Kuaci Bunga Matahari
Sunflower seeds dan pumpkin seed @ kita panggil kuaci. Mimi beli yang siap buang kulit sebab ibu is malas. Kahkah. Sedap buat campur dalam yogurt anak kalau dia tak nak makan macam tu je.
Kesembilan : Syarat Nak Ambil Makanan Ada Probiotik
Satu lagi yang doktor pesan, air yakult ni. Actually tak kisahlah jenama apapun asalkan yang ada PROBIOTIK. Dan kalau boleh cari yang less sugar. Sama juga macam yogurt. Tapi kena ingat, makan and minum yang ada probiotik ni jangan berlebihan. Kang asyik nak membuang je.
By the way, banyak lagi foods yang boleh boost sistem imun. Contohnya kunyit, buah betik, nenas, cendawan, kiwi, teh hijau, almond dan banyak lagi.
Yang penting, banyakkan buah-buahan dan sayuran. Serta kalau boleh kurangkan gula putih yang boleh jadi penyebab pelbagai penyakit. Hope anak anak yang kena HFMD cepat sembuh.
Sumber/Foto : Chinatsu Hayami
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hal Paling Saya Takut Akhirnya Terjadi”, Ibu Kongsi Kesedihan Anak Meninggal Dipatuk Ular Tedung

Isi Kandungan
ToggleHal paling saya takut akhirnya terjadi, ibu kongsi kesedihan anak meninggal dipatuk ular tedung. Tiada saat paling menyedihkan saat diuji dengan kehilangan orang tersayang. Tapi hal yang ditakuti ramai ini akhirnya terjadi kerana kita semua adalah pinjaman dari Allah. Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali.
Kegembiraan aidilftri tahun ini membawa berita duka buat seorang ibu, Noriah Awang apabila anak lelakinya, Mohd Idris meninggal dipatuk ular tedung selepas dua hari bertarung nyawa di hospital.
Hal Paling Saya Takut Akhirnya Terjadi
Bertugas sebagai anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mohd Idris Abdul Samad, 31 tahun disahkan meninggal dunia selepas bisa ular tedung itu merosakkan buah pinggangnya.
Menyedihkan, bukan saja kehilangan anak, ibu tua berusia 67 tahun ini juga memaklumkan arwah anaknya itu sepatutnya melangsungkan pertunangan pada raya haji ini dengan gadis pilihannnya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Chef Sediakan Hidangan Sup Ular, Maut Dipatuk Reptilia Tersebut!
Isteri Maut Ketika Tidur, Dipatuk Ular Tedung Yang Dilempar Oleh Suami Sendiri!
Ibu Meninggal Dipatuk Ular Tedung, Bayi Dalam Kandungan Berjaya DiSelamatkan Melalui Pembedahan
Isteri Upah Perompak Tikam Suami Sendiri, Demi Pampasan Insuran Jutaan Ringgit!
“Jurusolek Merangkap Pengantin Lelaki.” Seronoknya Suami Yang Mekap Sendiri
Memetik laporan Sinar Harian, Lans Koperal Mohd Idris Abdul Samad, 33, meninggal dunia pada jam 9.30 pagi Selasa ketika sedang menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
“Anak saya sepatutnya bertunang raya haji ini dengan gadis pilihannya. Orang Pasir Tumboh, Kota Bharu tapi hajatnya tak tercapai. Tiada jodoh antara mereka,” katanya sambil menambah, anaknya itu sememangnya berminat dengan haiwan reptilia sejak kecil dan mempunyai kemahiran mengendalikan haiwan berbisa itu.
“Dia pernah kehilangan jari tengah pada 2017 akibat dipatuk ular. Saya sentiasa menasihati arwah supaya berhati-hati ketika bertugas dan tidak menyangka perkara yang dibimbangkan selama ini terjadi,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kemasin.
Ibu Kongsi Kesedihan Anak Meninggal Dipatuk Ular Tedung
Menurutnya, anaknya itu dipatuk ular pada jam 8 pagi Ahad ketika memindahkan ular dari guni ke sangkar.
Ujar Noriah, anak lelakinya itu dipatuk di tangan kanan, tempat sama Allahyarham pernah kena sebelum ini.
“Pada Isnin malam sekitar jam 11, dia beritahu merasa tidak selesa di bahagian dada. Pada jam 3 pagi, anak saya sudah kritikal kerana bisa ular telah menyerang bahagian buah pinggangnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah APM Kelantan, Mohd Adzhar Mujab menberitahu, Mohd Idris sudah berkhidmat selama 14 tahun sebagai anggota APM di Kota Bharu.
Menurut beliau, Allahyarham merupakan seorang anggota yang komited dan terlatih dalam menangkap haiwan berbisa.
Jenazah lans koperal itu dikebumikan selepas solat Zohor diiringi keluarga, rakan serta anggota APM Kelantan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI