Hari Raya Aidiladha sememangnya mempunyai makna yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia. Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya haji, sempena umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah.
Salah satu keistimewaan Aidiladha ialah ibadat korban, yang hanya boleh dilakukan dalam tempoh empat hari, bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.
Sempena dengan sambutan Aidiladha, Mingguan Wanita berkesempatan bekerjasama dengan keluarga popular Rozita Che Wan, 45, dan anak-anaknya, Ammar Effendy, 22, Aniq Ezzra, 20, dan Aaisyah Dhia Rana, 3, bagi menghiasi ruangan muka depan.
Pengertian Aidiladha
Bila ditanya tentang pengertian Aidiladha pada dirinya, isteri kesayangan kepada Zain Saidin ini menjelaskan, “ibadah korban juga dapat melatih dan mendidik Muslim itu untuk bersikap dermawan. Daging sembelihan korban itu disedekahkan dan diagihkan kepada fakir miskin. Pada saya, Aidiladha juga sambutannya lebih pengertiannya kepada mereka yang melakukan ibadah haji. Di Kuala Lumpur jika ada rezeki lebih, rasanya lebih afdal jika kita berkorban,” terang Che Ta membuka bicara.
Disambut Secara Sederhana
Che Ta juga berkongsi, berbeza dengan sambutan Aidilfitri, hari raya haji disambut secara sederhana. Malah mereka sekeluarga juga tidak pulang ke kampung halamannya di Alor Setar, sebaliknya lebih selesa beraya di ibu kota kerana cuti yang singkat.
“Tahun ini kami sekeluarga akan sambut Aidiladha di KL saja. Tahun lepas kami beraya di Seremban, di rumah adik saya, Ayu Raudhah. Sememangnya sejak saya duduk di ibu kota dan semasa zaman bekerja sebagai pramugari dulu memang bila raya haji saya akan bekerja. Selepas beralih ke dunia lakonan pula, biasanya kami cuma diberi cuti sehari saja, jadi memang tak sempat nak pulang berhari raya di kampung. Sekarang ini, memandangkan saya, suami dan anak-anak juga mempunyai banyak komitmen jadi kami memilih beraya di sini saja,” terang Che Ta lagi.
Ads
Diusik tentang baju yang bakal digayakan pada hari raya haji ini, Che Ta menerangkan 20 pasang baju baru yang ditempah sewaktu Aidilfitri masih ada dan belum digayakan.
“Saya tempah baju raya puasa 20 pasang baru, tapi yang telah dipakai hanya 11 pasang, jadi ada lagi yang boleh digayakan pada hari raya haji. Selebihnya saya akan pakai untuk menghadiri majlis perkahwinan atau majlis-majlis yang bersesuaian. Kiranya 20 pasang itu boleh digayakan untuk setahun.
“Biasanya pada pagi raya, kami sekeluarga akan makan bersama keluarga. Biasanya saya akan tempah ketupat palas yang sememangnya menjadi kegemaran kami. Selain itu nasi impit dan kuah kacang hidangan yang akan disajikan,” kongsi artis cantik berkenaan sambutan pada pagi Aidiladha yang sering diamalkan oleh dia sekeluarga.
Simpan Impian Tunai Haji
Memandangkan Che Ta dan suaminya sudah acap kali menunaikan ibadah umrah, ditanya tidakkah dia teringin untuk menunaikan ibadah haji pula? Che Ta terus tersenyum sambil berkata;
Ads
“Ya Allah, memang saya selalu cakap dengan Zain, “sayang doakan kita dapat tunaikan haji tahun depan ya”. Saya sememangnya berharap dan simpan impian jika ada rezeki mahu menunaikan haji tahun depan.”
“Perasaan bila berada di Mekah memang lain. Bila kita berada di sana, kita dapat merapatkan diri dengan Allah SWT. Malah saya juga gemar berkongsi perkara yang baik di Instagram. Baru-baru ini saya ada kongsi tentang hadis awalkan waktu solat dan saya mendapat respons yang cukup baik, ada yang berkata bila baca hadis yang saya kongsikan dia terus bangun tunaikan solat.
“Sememangnya kadangkala saya terfikir bila ada instagram akan jadi riak. Kadang tu saya terfikir jika tak ada perniagaan memang tak nak ada instagram. Namun dengan kongsikan ilmu yang baik. Alhamdulillah dapat juga saya berikan sesuatu yang positif pada masyarakat,” ujarnya.
Ads
Tak Pernah Penat Dalam Berfesyen
Usianya yang kini sudah mencecah 45 tahun namun Che Ta masih berjaya kekalkan tubuh badan yang cantik. Ditanya tidakkan dia terbeban dengan fesyen yang digayakan, Che Ta akui kunci utama dalam berfesyen perlulah menjaga badan.
“Saya gayakan baju mengikut kesesuaian bentuk badan. Kalau nak berfesyen tak terbatas pada umur seseorang itu. Kalau nak berfesyen berapa umur bukan satu masalah. Cuma kalau tak jaga badan tiba-tiba nak berfesyen sakan memang tak sesuai.
“Malah ada yang cakap terbeban bila kita suka berfesyen. Saya sendiri tidak menggayakan baju yang majal. Tak semestinya baju mahal akan nampak cantik. Untuk kelihatan cantik tak perlu barang mahal,” ujar Che Ta yang cuma bersiap selama sejam untuk menghadiri majlis formal atau sesi fotografi.
Banyak lagi sebenarnya cerita menarik yang dikongsikan oleh Che Ta dalam Majalah Mingguan Wanita terbaru Isu Ogos, Volume 2 ini. Jadi jangan lupa dapatkan dipasaran!
TEKS: NORHAYATI SUBOH
FOTO: TM AZMAN
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rezeki mentua baik, Datuk Yusof & isteri kesat air mata ucap selamat jalan tunaikan umrah buat Puteri Sarah, cucu. Allahu, rezeki pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37 ini yang dikurniakan keluarga mentua yang sangat baik.
Seperti sedia maklum isteri kepada Syamsul Yusof dan ibu kepada dua cahaya mata Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 2 itu berhadapan dengan kemelut rumah tangga.
Rezeki Mentua Baik
Walaupun kelibat suaminya tidak kelihatan namun begitu terharu apabila melihat ibu dan bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail berada di KLIA bagi menghantar Sarah ke Tanah Suci bersama dua anaknya.
Malah keduanya dilihat mengesat air mata bagi mengucapkan selamat jalan buat menantu dan cucu-cucu kesayangannya.
Moga Ada Jalan Penyelesaian
Menyatakan dirinya tak sabar untuk mengejar Lailatul Qadar di tanah suci, Sarah juga mahu memohon agar segala urusannya dipermudahkan.
“Walaupun banyak dugaan saya rasa tak sabar untuk kejar Lailatul Qadar dekat sana, saya mohon urusan saya dan anak-anak dipermudahkan.
“Semoga balik nanti ada keputusan gembira, InsyaAllah, tak kisahlah apa keputusan yang Allah bagi petunjuk, saya akan ikut.
“Moga ada jalan keluar dan penyelesaian, apa pun yang terjadi bukan perkara buruk kerana saya anggap itu kehidupan baharu,” ujarnya seperti mana dilaporkan mStar.
“Baiknya Keluarga Mentuanya, Ahamdulillah” Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang memberikan sokongan dan doa buat Puteri Sarah. Malah Sarah juga dikatakan beruntung kerana mempunyai keluarga mentua yang baik hati.
Kesabaran Akhirnya Meletus
Bukan mudah untuk mempertahankan rumah tangga yang diganggu orang ketiga. Pasangan yang melalui saja tahu bagaimana deritanya. Sampai satu masa selepas puas bertahan, akhirnya ‘meletup’ juga.
Sebelum ini selepas puas mengelak, Sarah telah mendedahkan punca gosip rumahtangganya diketahui umum.
Akhirnya Puteri Sarah meluahkan rasa berangnya pada individu wanita yang mengganggu keamanan rumah tangganya itu.
Dakwanya di dalam instagram story miliknya, sejak tahun 2019, wanita bernama Ira Kazar ini menggangunya dengan fake akaun dan komen-komen menyakitkan hati.
Kesabaran yang dipertahankan Puteri Sarah akhirnya meletus jua bila mana Ira mula menyentuh tentang anak-anaknya.
10 Mac baru-baru ini, selebriti Hafiz Hamidun memuatkan posting pertama, gambarnya bersama seorang bayi lelaki.
“Assalamualaikum @hamdeehafiz moga amanah dari Allah ini dapat saya dan keluarga jaga dengan penuh kasih sayang dan membesar menjadi insan yang soleh dan berakhlak sempurna,”coretnya dalam kapsyen foto bersama Hamdee Hafiz.
Hafiz 36 tahun, membahasakan dirinya papa kepada Hamdee dilihat ralit mengulit si kecil ini.Sampaikan sangguptakcukup, asalkankeperluanHamdeedipenuhi.Hamdeetelah punselamatdicukurkankepalanyaserta Hafiz juga sempat menjelaskan mengenai status anak angkatnya itu.
“Yabenar, @hamdeehafizmasihberstatusanakpeliharasehinggalahusiadiaduatahun. Tapi itutakpernahmenjadialasanuntuksaya dan keluargamembezakankasihsayang dan perhatiankepadaHamdee.”
Sehingga artikel ini dibuat, instagram milik @hamdeehafiz sudahpun diikuti oleh hampir 7490 pengikut. Mungkin tak lama lagi, folllowerHamdee boleh carasig papanya pula.
Selain dikurniakan seorang cahaya mata, Hafiz juga mempunyai lapan ekor anak lain ya. Anak-anak itu merupakan kucing peliharaan kesayangannya yang juga mendapat penjagaan rapi. Jika tahun lalu instagram Hafiz dipenuhi dengan lambakan gambar kucing-kucing kesayangan. Mungkin instagram Hafiz tahun 2020 terisi dengan gambar-gambar perkembangan Hamdee pula.
MW menzahirkan rasa tahniah buat Hafiz Hamidun seisi keluarga dengan kehadiran Hamdee. Dalam satu artikel lain Hafiz mengulas, kalau ditakdirkan dia bertemu jodoh. Bakal isterinya itu perlu menerima Hamdee sebagai sebahagian daripada hidupnya. Tahniah Hafiz. Semoga selepas ini, rezeki jodoh pula datang.
Sumberfotodariinstagram @hafizhamidun
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cukup tragis apabila tahu penuntut kolej Nur Alya Damia ditemui mati di bulan yang mulia dengan kesan dijerut di leher di kawasan yang tak disangka. Berita sedih ini diketahui selepas rakannya Ain Zulaika Zamuri, 19, keluar mencari arwah bersama rakan yang lain dan ditemui di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di Port Dickson, semalam.
“Ketika itu, kami hanya melaungkan Allahuakbar dan menangis sekuat hati,” luahnya.
Pada kejadian jam 10.30 malam itu, mayat Nur Alya Damia Hairi, 19, yang juga penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) ditemui oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.
Cerita rakan arwah, Ain Zulaika Zamuri, 19, sebelum kejadian, Nur Alya Damia yang juga rakan sekelas dan sebiliknya itu keluar dari asrama kolej pada jam 9 malam dan memaklumkan nak bertemu teman lelakinya di kawasan berhampiran.
Rasa Tak Sedap Hati
Penuntut Diploma Rangkaian Komputer itu berkata, berikutan tidak sedap hati, dia menghubungi teman lelaki mangsa dan terkejut apabila dimaklumkan lelaki itu tidak bertemu Nur Alya Damia.
“Saya bersama dua rakan sebilik yang lain mencarinya dengan menunggang motosikal. Sebaik tiba di Taman PD Permata, kami ternampak anggota polis dan orang ramai berkumpul tepi jalan. Saya pergi kawasan itu dan terkejut apabila tengok mayatnya (Nur Alya Damia).”
“Tak disangka perkenalan kami begitu singkat kerana kami masih berada di semester pertama,” katanya.
Ain Zulaika berkata, mangsa adalah anak sulung daripada tiga beradik dan berasal dari Klang, Selangor.
Dari Pihak Yang Jumpa Mayat
Sementara itu, saksi kejadian Izwan Mustaffa, 30 berkata, dia menemui mayat mangsa ketika mahu membuang sampah di depan rumahnya.
Dia yang ketakutan kemudian memaklumkan jiran sebelum panggilan dibuat terhadap pihak polis.
Juruteknik kilang itu berkata, dia terkejut apabila pihak polis yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan remaja itu sudah meninggal dunia.
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, sepasukan anggota forensik bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan orang awam.
Katanya, pemeriksaan menemui kesan jerut pada leher mangsa dan remaja itu dipercayai dibunuh.
“Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.
Dari pihak Mingguan Wanita, ucapan takziah buat keluarga mangsa, semoga Allah permudahkan segala urusan dan tabah berdepan dengan ujian Allah di bulan Ramadan.
Al-Fatihah.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...