Kemeriahan raya semakin terasa, ramai mak-mak dah mula cari resipi yang mudah-mudah untuk buat biskut atau kuih raya. Apa yang penting mak-mak perlu kreatif dalam buat kuih raya ni.Guna bahan yang paling minimum, paling jimat masa dan bajet.
Jika ada lebihan roti, yang tak habis dekat rumah tu, jangan lah dibuang bolehlah manfaatkan dengan mencuba resipi Biskut Roti Coklat Nestum yang dikongsikan oleh Lia Marsom ini. Hanya guna 3 bahan je, cuma perlu potong, bakar dan celup-celup je dah boleh dapat sejenis biskut raya yang sedap!
Berikut perkongsiannya;
“Biskut roti coklat nestum paling meletop, setakat sebalang 10 minit dah licin, tak sempat hidang pada tetamu”.
Bahan-Bahan:
2 buku roti gardenia
1 kilo coklat Beryl’s
1 kilo instant cereal nestum
Cara Membuat:
1.Potong roti kepada 3 bahagian kemudian belah 2 bahagian.(1 keping roti boleh dapat 6 keping).
2.Bakar roti yang dah dipotong sehingga rangup selama 15-20 minit suhu 190 ikut oven masing-masing boleh rasa dulu kalau belum ranggup bakar lagi.
Ads
3.Cairkan coklat ikut kaedah double boiler tambah 2 sudu butter supaya senang nak celup roti.
4.Gaul roti dalam coklat, angkat dengan penyepit satu-satu salutkan dalam nestum.
Ads
5.Gaulkan dan salut roti dengan nestum sampai tertutup semua, angkat dan susun dalam tray.
Ads
6.Masukkan dalam peti ais dalam 15 minit,coklat dah keras terus masuk balang.
Tip Ekstra!
Kalau nak lagi cepat, potong-potong roti tu biarkan dekat luar tutup dengan tudung saji.Dah agak-agak keras tu boleh bakar dalam 15 minit dah ranggup.
Roti yang dah dibakar simpan dalam Tupperware kedap udara, nak buat tinggal celup-celup je.
Untuk nestum elok beli yang dekat bakery sebab kasar-kasar sikit.
Siap! Selamat Mencuba!
Mudah kan, daripada biarkan roti terbuang, bolehlah mak-mak cuba buat resipi ini. Potong, bakar dan celup-celup je, boleh dapat sejenis biskut raya yang senang dan sedap!
Cikgu bermandi lumpur ke sekolah, kesungguhan mengajar di pedalaman Gua Musang bukan biasa-biasa. Besar jasa pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak bangsa. Bukan semuanya sanggup berkorban tetapi masih ada insan yang kental jiwanya demi memastikan anak murid mendapat ilmu sebagai bekalan masa depan yang masih panjang.
Kesungguhan seorang guru, Mohd Halim Mohamad Zaid yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Gua Musang, Kelantan dan sering berkongsi videonya ketika perjalanan ke sekolah wajar dikalungkan pingat.
Cikgu Bermandi Lumpur Ke Sekolah
Beginilah keadaan setiap kali kembali ke sekolah di hujung minggu
Ini kerana kalau waktu cuaca kering, dirinya perlu menempuh jalan berdebu sejauh 4-5 jam sebelum sampai ke sekolah. Namun kalau musim hujan begini, masa diambilnya di antara tujuh ke 10 jam dengan menunggang kapcai EX5 miliknya.
Bermandi lumpur, keringat yang tumpah, baju yang tidak pernah cantik bergosok saat menempuh perjalanan yang panjang semuanya diabadikan di saluran channelnya, Aku, Cikgu & Fi Kambing.
Jika hari biasa, dirinya tinggal di kuarters disediakan pihak sekolah tapi di hujung minggu dirinya akan menempuh perjalanan panjang untuk bersama keluarganya.
Redah sungai dan lumpur itu biasa bagi guru ini
Dalam catatan barunya di fb miliknya, Ben Zaid dia berkongsi musim tengkujuh bakal tiba dan dapat dilihat mereka menempuh sungai dan jalan lecak. Bacalah catatannya, inilah jasa seorang guru yang mencurah bakti untuk anak didik tanpa pernah jemu.
Hujan itu sentiasa membawa rahmat. Di sini tanahnya subur dengan pohon menghijau.Alam rimba terbentang luas dengan panorama yang cukup indah sekali. Itulah tempat kami. Sebuah cinta nan bersemi. Tempat kami mencari rezeki.
Yang kedengaran hanya bunyi deruman motosikal memecah kebuntuan petang di alam penuh hijau ini. Tanah yang lembab kesan hujan yang selalu turun membasah bumi sejak akhir-akhir ini sebenarnya memberi isyarat tidak lama lagi musim tengkujuh bakal tiba.
Namun, basah atau kering rutin tetap rutin bagi kami yang bergelar pendidik di kawasan paling pedalaman di Kelantan ini. Tak kira cikgu lama atau baru semuanya sama-sama berkendara menaiki motosikal membelah hutan rimba yang masih belum tercemar letaknya di Banjaran Titiwangsa.
Di mana bumi di pijak , di situ langit di junjung. Berbakti menunaikan amanah demi pertiwi. Orang kata ladang pahala. Begitulah.
Laluan yang berliku di ganti dengan selut dan lumpur apabila musim hujan. Sejak di sapu jentolak 3 minggu lepas laluan semakin lebar dan selesa namun biasalah bila musim hujan selut dan lumpur jadi galang ganti.
Beginilah keadaan untuk kembali ke sekolahMandi lecak itu biasa tapi inilah pengorbanannya
Aku berkongsi cerita tentang keseronokan. Berkongsi tentang suasana yang ceria. Yang perit aku simpan sebagai pengalaman paling bermakna. Lelah dan penat itu pasti tika musim sekarang namun tugas tetap tugas.
Pada usia 43 tahun, aku kira orang muda lebih mengatasi dari segi kudrat dan tenaga namun tak mudah untuk aku mengalah.Selagi mampu hingga tiba masanya aku pasti pergi. Aku di sini mengutip pengalaman yang tidak semua orang mampu.
Sepanjang perjalanan minggu ini aku kira permulaan untuk cabaran dan suasana musim tengkujuh yang hampir tiba. Semoga kami cikgu-cikgu diberi kesihatan dan kudrat yang baik demi mengharung onak dan liku yang merentangi kelak.
Sehingga di penghujung persekolahan Disember nanti, berbekalkan semangat dan kudrat moga semuanya di permudahkan. Amin. #ankel #cikguoffroad
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kehilangan orang yang disayangi amatlah menyedihkan begitu juga yang dirasai oleh Amy Search sekeluarga termasuklah anaknya Nabila Huda.
Perginya ibu kepada lagenda rock tanahair itu Fatimah Idris, 88, pada petang Ahad akibat sakit tua di rumah anak saudaranya di Kota Damansara.
“Abil Siapkan Atok, Mandikan Atok Kasi Wangi-Wangi Dan Solat Jenazah Untuk Atok” Nabila Capai Harat Bakti Terakhir Buat Tok Mah
Seperti mana dikongsi menerusi entri di Instagram, Nabila juga berasa sangat sedih atas kehilangan nenek yang dikasihinya. Paling meninggalkan kesan Nabila sempat memandikan jenazah neneknya.
“Ciuman terakhir untuk tok mah ku sayang.
“Dulu masa abil kecik-kecik tok mah mandi kan abil, siap kan abil.
“Hari ni abil siapkan atok, mandikan atok kasi wangi-wangi dan solat jenazah untuk atok.
“Tercapai hasrat abil nak buat semua ni untuk kali terakhir..Atok tunggu abil kat sana ya. Al-fatihah (dibaca),” tulis Nabila yang membuatkan ramai tersentuh hati apabila membaca luahannya itu.
Pada Ahad lalu, Amy Search telah memaklumkan ibunya Hajah Fatimah Haji Idris, telah kembali kerahmatullah. Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara.
Dato Sarimah Ahmad pernah diuji kanser usus, PMX beri sumbangan buat legenda filem klasik. Pasti ramai mengingati lakonan berkesan seniwati negara, Dato Sarimah Ahmad.
Wajahnya yang cantik membuatkan generasi yang lahir tahun 70-an, pasti pernah menonton filem klasik lagenda terutamanya Ali Baba Bujang Lapok, Madu Tiga, Ibu Mertuaku, dan Tiga Abdul dan lain lagi.
Dato Sarimah Ahmad Pernah Diuji Kanser Usus
Namun dua tahun lepas, kesihatan seniwati berusia 82 tahun ini dilaporkan agak merosot apabila diuji dengan kanser usus tahap 3 dan selamat menjalani pembedahan. Terkini dirinya sudah pulih dan bebas dari kanser tersebut.
Setiausaha politik PMX, Farhan Fauzi menziarahi seniwati Dato Sarimah Ahmad bagi menyampaikan sedikit bantuan dari PMX.
Jasa seniwati lagenda ini dalam dunia perfileman tidak boleh dinafikan lagi. Dan semalam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi setiausaha politiknya, Farhan Fauzi telah berkesempatan seniwati Dato Sarimah Ahmad bagi menyampaikan sedikit bantuan.
Jelasnya dalam satu kenyataan di X miliknya @anwar Ibrahim, PMX turut mendoakan agar kesihatan seniwati Sarimah dipermudahkan.
“Saya mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya-Allah.
Jelasnya dalam hantaran tersebut, PMX menjelaskan anak seni ini antara yang pernah terkenal dalam pentas layar negara menerusi karya masing-masing namun kini diuji dengan musibah penyakit yang mengesankan.
Dharma Harun Ar Rashid, 68 tahun dilaporkan diuji dengan kesusahan bertutur dan mengingati sesuatu termasuk menghidap asma selepas diserang angin ahmar empat tahun lalu.
Selain seniwati Dato Sarimah, antara penerima sumbangan dari PMX ialah pelakon Adik Manja, Dharma Haron Ar Rashid yang turut diuji dengan masalah kesihatan.
Berusia 68 tahun, Dharma dilaporkan diuji dengan kesusahan bertutur dan mengingati sesuatu termasuk menghidap asma selepas diserang angin ahmar empat tahun lalu.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...