Setiap kali berbelanja barang dapur di pasaraya, biasanya roti memang wajib dibeli. Sumber karbohidrat yang paling mudah dicapai, buat perut cepat kenyang bila tengah lapar. Macam-macam boleh dibuat dengan roti ni. Disapu dengan mentega, kaya, tuna dibuat puding dan sebagainya.Kalau ada roti dan pisang dekat rumah, mak-mak boleh cuba resipi roti Pisang rangup ni. Memang senang nak buat dan semestinya sedap.
Roti Pisang rangup sedap yang amat. Asyik lalu je kat fb 2-3 menjak ni. Pernah buat? Silalah cuba dan rasa dengan mulut sendiri. Mendung-mendung ni selera makan naik laju.Bahan senang dapat.
Roti gardenia keping
Pisang masak
Majerin
Kuning telor
Gula perang ( takde pon letak je gula putih tapi jangan tabur banyak)
Cheddar cheese (ni takde pon takpa. Tabur je gula.)
1. Sapu majerin atas roti.
2. Susun pisang ikot kreatif sendiri.
3. Sapu lagi mejerin dan sapu kuning telor.
4. Tabur cheddar cheese atau gula perang.
5. Bakar dengan suhu 180’c 5-7minit.
Siap! Makan dengan bismillah.
Baca Lagi Di Sini:
Resipi Bancuhan Goreng Pisang Sedap, Serdak Halus Rangup Krup Krap!
Resepi Kek Pisang Coklat MOIST, Godek Pakai Senduk Pun Takde Hal
MW:Menarik resipi roti pisang rangup yang dikongsikan ni, nak buat pun sangatlah mudah. Boleh cuba nanti.
Sumber: Hamizah Zakaria