
Isi Kandungan
ToggleRoti Peanut Butter ini cukup ringkas tetapi inilah menu petang yang paling sesuai kalau mak-mak nak pikat selera anak-anak.
Kelebihan resepi yang dikongsi Puan Alia Syakila ini mestilah pada rasa peanut yang diebatikan dengan marjerin, confirm lemak-lemak manis di tekak.
Bahan-bahan:
Roti
Peanut Butter
Marjerin
Cara Buat Roti Peanut Butter
Roti tu saya goreng guna marjerin ya pakai kuali pan. Bila marjerin dah panas masuk kan roti terbalik-balikkan.
Agak-agak garing angkat.

Saya tekap pakai tupperware sahaja. Saiz kecil sahaja , mak-mak boleh rujuk gambar.
Cara ada dalam gambar sekali ya, ini buat dengan kasih sayang, bubuh inti apa pun tak apa.
Janji boleh ngap!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi AYAM MASAK MERAH Simple, Tak Letak Santan Atau Susu Cair Tapi SEDAP!

Isi Kandungan
ToggleAyam Masak Merah selalu dihidangkan bersama dengan nasi minyak. Namun makan dengan nasi putih sahaja pun sedap. Selalunya ramuan yang mesti ada bila nak buat resipi Ayam Masak Merah ni, ialah santan, susu cair dan tomato puri. Namun demikian ada resipi yang lebih simple tapi sedap nak buat Ayam Masak Merah ni.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Ruslan N Melor ini.
Sekali masak seekor ayam. Anak-anak semua pakat-pakat lalu makan. Alhamdulillah
#5cahayamataResepi ayam merah simple (takde letak santan atau susu cair) tapi sedap.
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam (goreng bagi kering air ja, barulah berjus)
Bahan Kisar
Segenggam cabai kering ,gunting basuh rebus air panas hingga lembut-basuh toskan
2 biji buah tomato
1 biji lobak
3 biji bawang besar + bawang putih 5-6 biji
Halia + jintan manis+ jintan putih
*Blender semua bahan di atas hingga hancur halus.
Jintan manis separuh sudu kecil & jintan putih 1/3 sudu kecil(secubit)
4-5 sudu Sos Cili
1 batang Serai (dititik)
4 sekawan
Sehelai Daun Pandan
gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Boleh guna minyak goreng ayam tadi, tumiskan 4 sekawan, serai dititik, sehelai daun pandan (nak simpul boleh nak potong-potong pun boleh). Tumis sampai wangi.
2. Kemudian masukkan bahan yang diblender tadi. Masak sehingga bahan sebati dan berbau wangi.
3. Masukkan ayam, sos cili kacau sampai rencah masak pecah minyak, gula dan garam secukup rasa.Kacau sehingga sebati.
4. Boleh masukkan bawang besar yang dimayang dan cabai besar merah. Kalau dah cukup rasa, boleh tutup api. Dah siap!
Last sekali tabur dengan daun sup.
Tip Ekstra!
- Cabai kering tu kena rebus dan basuh bersih baru nanti masak warna mengancam.
- Jintan manis kena lebih dari jintan putih ye. Jintan putih sikit ja. Nak bau menggoda daun sup jangan lupa.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
ISI AYAM Tak Laku, Bila Masak Begini Licin Habis Makan Anak Beranak!
CARA Simpan Ayam Elok Seketul-Seketul Tak Melekat, Senang Nak Masak!
Mingguan Wanita : Nampak sangat menarik dan sedap Ayam Masak Merah ni. Resipi yang simple, tak perlu letak susu cair, santan mahupun tomato puri. Boleh cuba nanti.
Sumber: Ruslan N Melor
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 7 & 8 Ogos 2021 ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Guna NASI Lebih, Keringkan, Tambah Gula Melaka, Kelapa Buat Kudapan “CENGKARUK”

Isi Kandungan
ToggleBiasanya nasi lebihan makan malam kita buang sahaja lebih-lebih lagi sekiranya sudah basi. Menurut Puan Ida Hamzah, nasi tersebut seeloknya di jemur hingga kering atau dijadikan sebahagian bahan baja kompos.
Manakala suaminya memberi cadangan apa yang boleh dibuat dengan lebihan nasi tersebut yang telah dikeringkan. Nasi yang telah dijemur kering boleh menjadi kudapan petang yang selalu dimakan sewaktu kecil dahulu.
Sekali pandang seperti bepang, mungkin lebih kurang tetapi cengkaruk ini ditambah gula melaka dan kelapa. Sudah tentu rasanya lebih sedap apabila dijadikan kudapan petang.
Puan Ida akan berkongsi resepi yang boleh dibuat dengan mudah oleh ibu-ibu terutama waktu PKP ini, anak-anak juga memang menggemari makanan ini. Jom kita lihat gambar cara-cara membuatnya.
BAHAN-BAHAN:
- Nasi lebihan lebih kurang 3 cawan
- Gula melaka setengah ketul atau 5 sudu gula perang
- Kelapa muda parut
- Secubit garam
Cara Membuat:
- Nasi dijemur sehingga kering. Jika sedikit nasi lebihan yang ada selepas kering boleh disimpan supaya dapat nasi kering sekurang-kuragnya secawan untuk satu hidangan’


*jika cuaca panas seharian dijemur nasi boleh kering.
- Nasi kering tersebut disangai (tanpa minyak) dengan api yang kecil hingga kekuningan atau coklat, jangan sampai hangit pula ya. Nasi kering mesti sentiasa dikacau rata.

.
*jika ada ketulan besar nasi kering sebelum digoreng elok di tumbuk agar terlerai supaya semasa digoreng rata garingnya.
3. Setelah siap digoreng, masukkan ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus. Jika suka boleh juga sedikit kasar supaya semasa makan terasa nasi kering apabila dikunyah.
4. Sediakan bahan untuk campuran cengkaruk iaitu kelapa muda yang diparut.
*jika tiada kelapa muda, pastikan kelapa yang diparut bahagian putih sahaja supaya kejadiannya cantik. Setengah ketul gula melaka diracik nipis atau halus.
* Gula perang atau gula pasir juga boleh digunakan ik ut kemanisan yang disukai.
5. Gaulkan kelapa parut bersama gula melaka atau gula perang bersama gorengan nasi kering yang telah dikisar. Masuk secubit garam untuk rasa lemak.

Baca Di Sini:
Mudah, Sedap, Kacang Goreng Pedas Buat Kudapan Sambil Tonton TV, Anak-Anak Pasti Suka
3 Langkah Mudah Buat Popia Wonder Cheese Viral, Kudapan Krukk Krukk Paling Senang & Sedap!
Info Menarik:
- Cengkaruk sedap dihidang bersama kopi panas sebagai kudapan petang bersama family terutama musim hujan.
- Secara tidak langsung amalan pembaziran dapat dielakkan selain dari mengembalikan semula resepi berzaman yang kian dilupakan.
- Selain itu nasi kering ini boleh digoreng dengan minyak jadi kembang dan boleh dibuat makanan yang dipanggil rengginang apabila disira dengan gula dan masuk kedalam acuan. Jika suka yang pedas, boleh disira dengan sambal seperti buat kerepek ubi. Selamat mencuba resepi murah dan mudah ini!
MW: Tak baik membazir, oleh itu kalau ada lebihan nasi di dapur buatlah cengkaruk ini. Penyediaannya pun mudah. Lebih mudah jika anda menggunakan gajet dapur yang bersesuaian. Beli sahaja di sini.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Puff Almond Bersalut Coklat, Ranggup & Senang Sangat Nak Buat

Ranggup dan senang sangat nak buat. Kalau ada makanan yang bersalut coklat bukan anak-anak saja suka tapi seluruh keluarga. Tak tahu nak hidang apa untuk minum petang, bolehlah cuba resipi ini.
Perkongsian daripada Ameera untuk mak-mak yang pening memikirkan menu apa untuk minum petang, boleh lah cuba resipi ini. Gerenti ranggup dan senang sangat nak buatnya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Puff Tuna Sedap! Punyalah Senang Nak Buat & Jimat Tak Payah Beli Dekat Luar Lagi
RESIPI Pisang Goreng Crunchy &ak Berminyak Dibuat Niaga, Tak Putus Orang Beli!
Ranggup & Senang Nak Buat, Anak Pun Suka!
Cara nak buat puff bersalutalmond dan coklat ini sangat mudah untuk sediakan. Bukan setakat ranggup tapi cara dan nak membuatnya pun senang sangat. Buat minum petang bersama keluarga.
Bahan:
Roti bom
Coklat cadbury
Almond
Telur
Cara Membuatnya:
1. Ambil roti bom. Boleh beli di mana-mana pasaran.
2. Selepas itu, belah 4 seperti begini dan buat bulatan di bahagian tengahnya.
3. Lebihan tadi dilapikkan di bahagian bawah yang berlubang itu.
4. Ambil sebiji telur dan kacau.
.
5. Sapukan di bahagian atasnya.
.
6. Kemudian, ambil almond yang dihancurkan sedikit dan taburkan.
.
7. Susun dan masukkan ke dalam oven. Bakar pada suhu 150 darjah selsius selama 15-20 minit.
.
8. Sementara itu, cairkan coklat. Bolwh guna jenis coklat yang anda suka.
.

9. Letakkan coklat yang cair tadi di bahagian tengah lubang tadi.
.
10. Siap untuk dinikmati.
.
Mingguan Wanita : Rasanya dalam masa 15 minit pun boleh siap kan.
Sumber: Ameera
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI