Sedapnya kalau dapat makan roti panas yang baru keluar daripada pengukus. Apa kata kali ini kita cuba buat roti pandan kukus untuk keluarga di rumah.

Bahan-bahan untuk membuat roti pandan ini tidak banyak. Dan resipinya hanya menggunakan sukatan cawan sahaja.

Bagi memastikan roti pandan ini lembut, perlulah uli doh itu lebih lama sikit. Dan untuk memasaknya bolehlah guna pengukus atau oven.

Boleh Cuba Buat Roti Pandan Kukus Perkongsian Abby Razy Ini.

“Makan malam yg simple. roti kukus pandan. Alhamdulillah.hujan-hujan sejuk macam duduk London ni. Pekena dengan milo panas, sekali hadap je.Alhamdulillah…..”

Resipi Roti Lembut

Bahan-bahan

1 Paket Yis
1 Cawan Air Suam
4 Cawan Tepung Gandum
5 Sudu Gula
2 Sudu Susu Pekat
2 Sudu majerin / Planta
1 Sudu Kecil Garam
1 Biji Telur -Dikacau
1 Sudu Kecil Esen Pandan
atau nak original. Jadikan air yang di blender 1 cawan aje

Baca Sini Juga:
Resipi Ban Manis, Roti Kosong Sedap Bubuh Pelbagai Inti, Cubalah Buat!

IKLAN
Cara Buat

1-Bancuh Yis dengan air suam sehingga berbuih.

Roti Pandan Kukus, Nak Bagi Lebih Lembut Uli Doh Lama Sikit!

2-Campur tepung dengan telur, planta, gula, garam, susu pekat, dan gaul sehingga sebati. Masukkan air bancuhan yis tadi dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. Lagi lama uli lagi lembut roti itu (20 minit uli). Rehatkan doh dan tutup selama sejam. Biar kembang 2 kali ganda.

IKLAN

Roti Pandan Kukus, Nak Bagi Lebih Lembut Uli Doh Lama Sikit!

3-Bila doh sudah kembang, tumbuk-tumbuk doh itu untuk mengeluarkan angin. Selepas itu uli sekali lagi sehingga menjadi licin. Dan bolehlah susun dalam Loyang. Tunggu sehingga doh itu kembang. Sapukan di permukaan doh itu telur kuning dan tabur gula. Selepas itu barulah boleh dibakar dengan suhu 170 selama 20 minit. Atau dikukus selama 25 minit atau sehingga masak.

Roti Pandan Kukus, Nak Bagi Lebih Lembut Uli Doh Lama Sikit!

IKLAN

4-Apabila sudah masak, bolehlah sapu dengan planta. Siap. Roti ini kalau nak cicah dengan susu pun boleh bila dimakan.

MW: Bolehlah cuba buat roti pandan lembut ini untuk hidangan keluarga ketika sarapan atau pun minum petang. Nak makan pada bila-bila masa pun boleh juga. Selamat mencuba.

Sumber/Foto: Abby Razy

Follow Mingguan Wanita
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI