
Isi Kandungan
ToggleMacam biasa, roti john pun salah satu menu bulan Ramadan yang agak glamour. Ada sesetengah orang sanggup ke bazar berhimpit-himpit semata-mata nak beli roti john. Tapi macam mana pula rasanya? Sedap ke tidak?
Haaa… kalau nak selamat dan ikut cita rasa tekak, mak-mak boleh cuba resepi Puan Chinta Eyja ini.
Resepi Roti John
Bila Ramadhan tiba wajib beli Roti John dekat Bazar dan sanggup beratur panjang. Tetapi tahun ni saya cuba buat sendiri walaupun campak-campak.
Simptom Mummy anak kecik masak sambil berperang dekat dapur. Alhamdulillah walaupun tak berapa nak cantik rupa Roti John tapi puas hati dapat buat sendiri.
Ok, sekarang kalau ada mak-mak yang teringin sangat nak makan Roti John, sila cari bahan-bahan dulu.
Bahan-bahan:
Tumis Bawang Merah + Bawang Putih (Potong dadu)
Masukkan Rempah Kari (Campur air)
Masukkan Daging (Cincang)
Masukkan Sosej (Potong)
Masukkan Garam
Masukkan Lada Sulah
(Tiada sukatan sebab saya campak-campak)
Sosej bagi rasa special sikit. Kalau tak nak letak sosej pun tak apa.
Daging burger nak gantikan dengan isi ayam pun boleh kalau tak makan daging.
Boleh guna roti ini.
Cara Nak Buat:
Pecahkan Telur + Masukkan Daun Sup / Bawang bukan Mak Cik Bawang yer.
Campurkan.
Roti belah dua, jangan bagi putus yerk dan sapukan mentega / planta then terus tekap atas Pan.
Cairkan Mentega / Planta dan tuangkan inti.
Tekapkan roti.

Kemudian terbalikan.
Ini yang dh siap tekap.
Letak Mayonis + Sos Cili. Nak letak timun / Salad atau ikut citarasa pun boleh.
Lipat roti, dap owh!
Potong.
Siap untuk di ngap. Bismillah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Belum Tentu Berak Berdarah Maknanya Buasir, Sebab Itulah Kena Tengok Warna Najis.”

Isi Kandungan
ToggleJangan nak berahsia kalau anda pernah berak berdarah sebab simpton ini sebenarnya boleh mendatangkan kesan yang mudarat, malah belum tentu itu tanda buasir!
Ya, ada banyak sebab mengapa berlaku pendarahan di dalam najis. Kalau nak tahu lebih jelas, ikuti perkongsian Doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar yang mana pendarahan dalam najis juga boleh jadi penyakit lain.
Berak Berdarah Dan Buasir
“Doktor, saya ada buasir la”
Macam mana awak tahu awak ada buasir?
“Saya berak berdarah dah 2 hari.”
Itu kesimpulan yang biasa orang buat kan, bila berak berdarah / ada darah dalam najis. Tetapi, adakah semestinya semua kes berak berdarah / ada darah dalam najis tu disebabkan oleh buasir?
Jawapannya, tidak. Malahan, kadangkala punca berak berdarah itu lebih serius dari buasir.
Bukan untuk menakut-nakutkan atau pun buat anda unnecessary risau bila tengok ada darah dalam najis. Cuma harapnya anda boleh buka minda tentang kemungkinan apa yang boleh berlaku dan supaya bila ada berak berdarah, kena jumpa doktor untuk dapatkan kepastian, diagnosis yang tepat. Ramai yang self- diagnosed dia kononnya ada buasir, main beli je ubat buasir atau pergi jumpa tabib buasir cina. Even kalau memang betul buasir pun, ada tahap-tahap buasir yang perlu rawatan khusus.
Punca Berak Ada Darah Dalam Najis
Punca yang COMMON / BIASA ialah:
1) Buasir ( Haemorrhoids / Piles )
2) Anal Fissures.
3) Gastroenteritis
1. Buasir ( piles )
Terjadi bila saluran darah veins di dubur tu membengkak, dan perdarahan berlaku dari sini. Antara punca biasa buasir ialah habit suka meneran kuat ( sebab sembelit / kurang fibre & air dalam diet). Tekanan yang kuat ke atas salur darah veins ketika pregnant pun salah satu sebab kenapa pregnant lady kerap ada buasir.
Kalau buasir, selalunya darah yg keluar warna terang. ( bright, fresh blood). Boleh ada rasa sakit masa membuang, atau tak sakit. Boleh ada bengkak pada kawasan dubur, boleh tak bengkak. Boleh ada rasa gatal2 di kawasan lubang dubur.
2. Anal Fissure
Berlaku bila lapisan lembut dipanggil mucosa pada dinding dubur, koyak. Lapisan mucosa ni nipis je. Punca biasa anal fissure terjadi ialah sebab trauma dari najis yang keras / sembelit kronik. Gay yang guna jalan belakang pun boleh kena anal fissure, maka jauhi gaya hidup songsang, jauhi LGBT. Terlampau kerap berak (cirit teruk) pun boleh koyakkan lapisan mucosa tu. Proses meneran masa bersalin pun boleh menyebabkan anal fissure.
Simptom lain selain berak berdarah, selalunya disertai rasa sakit masa proses membuang. Rasa sakit tu mungkin berlarutan beberapa jam lepas berak. Darah yang keluar warnanya cerah.
Baby biasa juga kena anal fissures ni. Especially kalau mereka sembelit, atau kerap sangat berak (cirit). Memang biasa kes ada darah dalam najis baby dalam keadaan ni.
3. Gastroenteritis
Yang ini bermaksud keradangan pada usus. Mudahnya cirit birit. Mungkin jangkitan virus, bacteria, even parasite. Selain cirit birit yg ada darah, boleh ada simptom perut cramp , kembung, letih lesu sebab hilang air.
Punca yang LESS COMMON / KADANGKALA ialah:
1. Peptic ulcer disease
Ada ulcer berdarah pada sistem gastro usus yang lebih tinggi (Upper GI Bleeding), iaitu mungkin di esofagus, dinding perut atau bahagian pertama usus kecil. Darah yang keluar / ada pada najis bewarna gelap / kehitaman, Gelap sebab darah dah kena acid dalam perut. Sebab itulah kena tengok warna najis. Walaupun tak nampak darah fresh dalam toilet bowl, warna abnormal najis seperti najis warna hitam / gelap sangat, kena buat kita berfikir kemungkinan ada upeer GI bleeding ini. Simptom lain yang mungkin ada ialah kerap sakit perut / simptom ‘ gastric’.
2. Kanser usus
3) Polyps pada usus
Polyps ialah ketumbuhan yg bukan kanser pada usus besar. Ia boleh menyebabkan berak berdarah, darahnya selalunya warna cerah. Polpys ni walaupun bukan kanser, tapi ada risiko ia bertukar menjadi kanser ( ikut jenis polyps ).

4) Inflammatory Bowel Disease
IBD ialah keadaan keradangan teruk pada usus. 2 jenis penyakit dalam IBD yg biasa ialah Crohn’s disease & Ulcerative Colitis. Penyakit2 IBD ni menyebakan ulcer pada dinding usus. Penyakit2 ni ada simptom sampingan nya selain berak berdarah. Contonya kerap cirit birit, kerap sakit abdomen / bloated, demam on off, hilang berat badan.
5) Diverticular disease
Penyakit ni asalnya bermula bila terbentuk poket2 kecil pada dinding dalam usus, dipanggil Diverticula. Keadaan ni terjadi bila kita meningkat tua. Selalunya diverticula takde simptom. Only when diverticula ini di jangkiti kuman atau alami keradangan, ia mula beri simptom seperti sakit perut, berak berdarah.
So, nampak tak punya banyak punca punca berak berdarah selain buasir? Itu pun ada beberapa lagi punca less common. Dengan setiap penyakit ni ada simptom-simpton khusus nya. Tu sebab sila jumpa doktor, biar doktor siasat. Kalau korang just Google je atau tanya tanya kawan yang ada buasir, bahaya jadinya.
Kesemua punca punca berak berdarah tu, baiklah dari se simple buasir, hingga lah ke polpys, kanser usus… something in common yang korang kena faham dan ingat ialah, langkah pencegahannya (preventive measure) ialah SAMA. Iaitu jaga diet. Maksudnya ialah pasti istiqomah ambil diet yang kaya fiber (banyak sayuran hijau, buah buahan) dan banyakkan minum air kosong.
Pemeriksaan lanjut yang diperlukan antaranya kena tengok sample najis, kena teropong dalam usus & perut (scope), dan juga ujian darah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Arma Rahman Tidak Suka Berlebih-Lebihan “Berpegang Kepada Praktikaliti, Romantik Dan Sense”

Isi Kandungan
ToggleArma Rahman Tidak Suka Berlebih-Lebihan. Lebih 20 tahun mendirikan jenama fesyen dengan identiti dan ciri tersendiri, Arma Couture terus menjadi pilihan ramai terutamanya menjelang musim perayaan.
Menghargai sokongan diberikan, jenama fesyen yang diusahakan oleh pereka terkenal, Arma Rahman itu tampil melancarkan Luxe Raya Arma Couture 2024 menerusi satu pertunjukan fesyen yang memperagakan 30 rekaan baju raya termasuk koleksi Baju Melayu.
Acara yang berlangsung di The Avenoir, Putrajaya baru-baru ini mendapat sambutan meriah, malah maklum balas positif terhadap koleksi yang hadir dengan pelbagai pilihan, baik tradisional mahupun moden kotemporari.
Arma Rahman Tidak Suka Berlebih-Lebihan
Mengulas tentang koleksi Luxe Raya Arma Couture 2024 secara keseluruhan, Arma yang kali terakhir mengadakan pertunjukan fesyen raya secara solo pada 2015 itu, berkata, ia merupakan koleksi raya eksklusif atau tempahan khas yang direka mengikut permintaan pelanggan.
“Sebelum ini saya ada menyediakan koleksi ‘ready to wear’, tetapi tahun ini kembali kepada konsep asal saya iaitu ‘custome made’. Saya percaya rekaan sebegini mempunyai pengikut tersendiri dan ramai yang masih setia sehingga sekarang.
“Sebagai pereka yang sudah 20 tahun berada dalam industri, saya selalu berpegang kepada praktikaliti, romantik dan sense. Itu ciri-ciri penting rekaan saya kerana tidak suka berlebih-lebihan dengan mencipta sesuatu untuk menarik perhatian, tetapi tidak selasa dipakai.
“Saya hanya mementingkan kualiti, ketelitian jahitan dan seni kombinasi material untuk kesemua rekaan saya. Tidak hanya untuk baju raya, tetapi juga bagi pakaian yang digayakan pada acara-acara lain termasuk perkahwinan,” katanya yang cukup dikenali sebagai pereka yang mempunyai ciri ketelitian jahitan dalam rekaannya.
Baju Melayu ‘See Through’
Namun paling menarik perhatian, tentunya koleksi Baju Melayu ‘see through’ yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan cuba merosakkan nilai-nilai budaya Melayu yang cukup sinonim dengan elemen kesopanan dan kesantunan.
Menurut Arma atau Wan Armatajali Abdul Rahman, sebagai pereka yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa, dia sekadar mahu mencipta kelainan dan memberi lebih pilihan kepada pembeli yang gemar berfesyen.
“Sebenarnya ia terpulang kepada si pemakai. Kalau mahu nampak lebih sopan, boleh sahaja dipakai bersama t-shirt atau singlet di dalam. Saya percaya jenis Baju Melayu ini sebenarnya sesuai dengan keadaan cuaca panas di negara kita.
“Walaupun tampil dengan rekaan sebegitu (see through), saya tidak ‘melucahkan’ baju itu. Cuma membuat kelainan dari segi penggunaan material iaitu inovasi yang dilakukan dengan menggunakan chiffon.
“Hanya baju sahaja yang ‘see through’ tetapi seluar dilengkapkan dengan lining, malah tetap sopan apabila dipadankan dengan sampin,” jelasnya yang ditemui pada majlis pelancaran koleksi tersebut.
Pertunjukan fesyen Luxe Raya Arma Couture 2024 yang turut menampilkan kolaborasi bersama The Avenoir menerusi pelnacaran Bufet Ramadan Sesedap Rasa itu menampilkan Nana Mahzan sebagai hos, selain diserikan persembahan daripada Bob Yusof dan Salma Asis.
Baca Disini : Sedekad sebagai pereka fesyen, sentuhan Shanell Harun kini di koleksi XFox Jewels

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
TANDAS AWAM Lama Era Ratu Victoria Diubah Suai Jadi KEDAI KOPI!

Isi Kandungan
ToggleSiapa sangka tandas awam lama yang terbengkalai, kini berubah rupa menjadi kedai kopi yang cantik. Sebuah tandas yang dibina semasa era Ratu Victoria telah diubah suai menjadi kedai kopi yang bergaya di Britain, lapor akhbar The Sun semalam.
Tandas Awam Tidak Beroperasi Setengah Abad
Tandas awam lelaki itu telah digunakan sejak tahun 1890-an hingga 1960-an, sebelum tidak beroperasi selama setengah abad.
Bangunan itu masih mengekalkan jubin asal hasil rekaan lama. Pekerja-pekerja mengambil masa lapan bulan untuk membaik pulih tangga dan membuang 12 lapisan cat pada dindingnya.
Bahagian atas tempat membuang air kecil yang melengkung telah dijadikan sebagai pembahagi tempat duduk pelanggan.
Di Kenali Sebagai ‘The Attendant’
Bangunan kedai kopi yang kini dikenali sebagai The Attendant itu mempunyai keluasan kira-kira 36 meter persegi.
Ia menjadi tumpuan penduduk di Fitzrovia, tengah London kerana menghidangkan sandwich gourmet dan kopi gaya barista kepada pelanggan.
“Memang kelakar untuk minum teh di dalam tandas,” kata seorang pelanggan.
Kedai itu turut popular dalam kalangan penduduk tempatan kerana menawarkan campuran kopi espresso mengikut musim.
“Kami mahu mewujudkan persekitaran untuk membolehkan orang ramai melegakan diri bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
“Kami juga mahu mewujudkan tempat yang mempunyai pelbagai personaliti dan sesuatu yang didorong oleh sejarah, kemampanan dan etos,” kata pemilik kedai, Ryn De Oliveira.

Mesti Baca:Gosok Kertas Pasir Dengan Axion, Mangkuk Tandas Bercapuk Bersih Berkilat Macam Baru!
Baca Lagi Di Sini:“Kid Mai Death Café”, Kafe Berkonsep Kematian Di Bangkok Cetus Kelainan
Artikel Menarik:Air Tandas Perlahan, Tukar Kepala Paip Tembaga Air Laju Puas Hati!
Mingguan Wanita: Tak sangka tandas lama dijadikan bangunan komersial, kedai kopi. Tapi kembang tekak pula bila memikirkan makan dalam ‘tandas’.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI