Roti Jala memang sedap dicicah dengan kuah durian atau kuah kari. Nak makan puas hati memang berbaloi buat sendiri. Tapi bila buat sendiri pula, selalu payah nak jadi. Sama ada adunan cair sangat dan melekat pada kuali. Memang stress dibuatnya.

Mak-mak yang suka makan roti jala, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Siti Noor Hidayah Samah ini. Adunannya sedang molek, cepat siap dan pasti jadi cantik kejadiannya.

Roti Jala Gerenti Jadi, Ikut Adunan Ini Paipkan Dalam Kuali Non Stick

Ads

Berikut perkongsian oleh wanita ini;

“Untuk mak-mak yang seteress buat roti jale tak jadik-jadik tu bolehlah pakai resepi ni. Adunan behave, mudah handle dan cepat siap.Minggu ni kite dah 2 kali buat. Makan dengan kuah durian & kari ayam”

Bahan-Bahan:

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
secubit garam
2sudu minyak masak
pewarna kuning

Cara Membuat:

1.Blend aje semua bahan dan tapis. Tak nak tapis punn takpe. Kita terlebih ‘rajin’ so tak tapis.
2.Selepas itu, masukkan dalam botol sos muncung 3 tu, kemudian paipkan ke dalam non-stick pan.

Ads

Roti Jala Gerenti Jadi, Ikut Adunan Ini Paipkan Dalam Kuali Non Stick3. Api kena perlahan. Kejap je da masak angkat ler. Pastu ikot ler nak lipat empat segi ke, tiga segi ke, bulat ke, nak gulung ke. Masuk dalam perut nanti keluarnya begulung jugok.

Roti Jala Gerenti Jadi, Ikut Adunan Ini Paipkan Dalam Kuali Non Stick

Ads

Selamat Mencuba!

MW: Cantik kejadian roti jala yang dihasilkan, elok berlipat dan tak melekat. Mak-mak yang selalu buat roti jala tak jadi tu boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.

Sumber: Siti Noor Hidayah Samah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI