Roti Hamlet Kaya ni kebiasaanya popular dekat Kelantan. Bagi yang pertama kali dengar mesti rasa macam pelik, apabila roti telur disapu dengan kaya.Boleh masuk ke dekat tekak. Haa, tak cuba buat sendiri dekat rumah tak tahu macam mana sedapnya roti ni. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nani Habib ni.

RESIPI ROTI HAMLET KAYA GAYA SEMUA ORANG

Haa sebab apa semua orang Nani kata!

Nanti kata orang kaya je boleh buat, jadi letak semua orang. Semua boleh buat senang kan.Serious sedapp tangkapp leleh bila makan. Bila makan tu rasa ala-ala bangsawan taw. Okey jom cekidot barang yang diperlukan.

Bahan Diperlukan:

Roti Hotdog / Roti Kebab ikut pilihan
Telur 3 biji
Kaya
Planta / Marjerin

ROTI HAMLET KAYA Guna 4 Bahan Serius Sedap, Tangkap Leleh Bila Makan

Cara Membuat:

1. Pecahkan 3 biji telur kacau sampai hancur dan masukkan garam sedikit saja. Letak tepi dulu.

ROTI HAMLET KAYA Guna 4 Bahan Serius Sedap, Tangkap Leleh Bila Makan

2. Ambil 2 keping roti hotdog belah tengah dan sapukan planta atau marjerin. Mana yang ada dekat dapur tu guna ja ok.

ROTI HAMLET KAYA Guna 4 Bahan Serius Sedap, Tangkap Leleh Bila Makan

3. Ambil nonstick pan panaskan kemudian bakar roti hotdog sampai garing dan lembut. Angkat letak tepi.

Ads

ROTI HAMLET KAYA Guna 4 Bahan Serius Sedap, Tangkap Leleh Bila Makan

ROTI HAMLET KAYA Guna 4 Bahan Serius Sedap, Tangkap Leleh Bila Makan

4. Ambil telur yang dah di kacau tadi tuangkan dalam pan sampai separuh masak, kemudian ambil roti hotdog yang bakar tadi letak di atas telur tersebut. Biar disaluti telur yang mewah.

ROTI HAMLET KAYA Guna 4 Bahan Serius Sedap, Tangkap Leleh Bila Makan

5. Dah masak terbalikkan dan angkat letak dalam pinggan. Time nila yang best.

Ads

6. Sapukan seberapa banyak kaya yang nak. Lagi banyak lagii sedapp.

ROTI HAMLET KAYA Guna 4 Bahan Serius Sedap, Tangkap Leleh Bila Makan

Potonglah ikut besar mulut  atau boleh je makan seketul roti tu. Hikhik

ROTI HAMLET KAYA Guna 4 Bahan Serius Sedap, Tangkap Leleh Bila Makan

Siap! Senang kan.

Ads

Wajib cuba. Mudah simple anak beranak pasti suka. Oppss jangan lepas ni roti hotdog plak habis yer time pkpb ni.

ROTI HAMLET KAYA Guna 4 Bahan Serius Sedap, Tangkap Leleh Bila Makan

Baca Di Sini:

Punyalah Senang Nak Buat Roti Telur Sardin Viral Sedap Ni! Sesuai Makan Musim Hujan, Ini Caranya

Resipi Roti Puri Tak Menang Tangan, Laku Keras Dibuat Niaga!

MW: Menarik dan nampak sedap kan resipi roti hamlet kaya ni. Boleh cuba buat untuk hidangan sarapan pagi atau minum petang. Anak-anak mesti suka.

Sumber: Nani Habib

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI