
Isi Kandungan
ToggleRoti boleh dikatakan ‘benda’ wajib ada di rumah. Kadang kala tak perasan tarikh tamat tempoh dah dekat, mula lah kalut nak habiskan roti segera. Sayang kalau dibuang begitu sahaja, mak-mak boleh cuba resipi roti sardin celup tepung ini. Gerenti cepat je licin, anak-anak pun pun suka.
Berikut perkongsian resipi oleh Puan Masni Bahari sebagai rujukan;
“Hampa..roti kalau nak abih tarikh hampa jangan dok kalot nak buang na..mai akak ajaq hampa buat roti sardin celop tepung..”
Bahan-Bahan Diperlukan :
Sardin
Roti
(Bancuhan Tepung)
1 cawan Tepung beras
1 cawan Tepung jagung
1 sudu kecil Soda bikarbonat
1 sudu kecil Baking powder
sedikit Garam
Cara Membuat:
1.Bancuh kesemua bahan dengan air. Jangan pekat dan jangan terlalu cair sangat.
* Kalau buat roti celup tepung, bancuh tepung dahulu, sebab lagi lama biar lagi elok dia jadi.
2. Tumis sardin dengan cili, baru pedas sikit.
3. Sumbat dulu inti sardin baru kelim dengan kelim karipap. Sumbat isi penuh, jangan risau, kalau goreng takkan terkeluar intinya.
4.Lepas dah kelim, boleh lah celup dalam bancuhan tepung dan goreng hingga keperangan.
Siap! Selamat Mencuba!
MW: Menarik idea ni, sesuai untuk buat hidangan minum petang atau sarapan pagi. Jadi bila ada banyak roti lebih dekat rumah tu lebih-lebih dah nak tamat tempoh, boleh cuba resipi ini. Gerenti cepat habis licin, anak-anak makan.
Sumber: Masni Bahari
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Payah Masuk Setitik Minyak Pun, Ayam Goreng Sedap Tetap Garing!

Isi Kandungan
ToggleAda caranya untuk kita goreng ayam rasa sedap dan rangup, tak menggunakan walau setitik minyak pun namun tetap garing.Bukan apa dengan keadaan kenaikan harga barangan seperti minyak, seeloknya kita mengurangkan penggunaannya. Bukan sahaja jimat, malah lebih sihat.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Tsu Feh Sufiah ini sebagai panduan;
Ayam Goreng TAK GUNA MINYAK tetap GARING.Semata-mata tak nak guna minyak, gigih cari solusi cara goreng ayam pakai air fryer.
Cer tengok nih!
Yes. Misi berjaya.
Ayam goreng sedap dan rangup.Tengah hari tadi min goreng ayam tak pakai minyak tau, yang nampak berminyak tu sebab lemak daripada ayam tu keluar. Hihi.
Try la buat. Serius,tak payah masuk setitik minyak pun.
Bahan-Bahan:
bawang putih (tumbuk lumat)
sedikit halia (tumbuk lumat)
sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)
sedikit kunyit serbuk
garam
Caranya senang je:
1. Basuh bersih ayam.
2. Lumurkan ayam dengan bawang putih, halia, kunyit hidup, kunyit serbuk dan garam.
3. Gaul sebati.
4. Masukkan dalam bakul air fryer suhu 180 darjah, masa 15 minit.
*Saya guna AirFryer Philips Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo.
Beli Di Sini:https://invol.co/clbu920
5. Siap.
Bolehlah panjangkan resepi ayam goreng tak guna minyak nih kat sapa-sapa yang belum tahu, okehh!
Semoga bermanfaat, selamat mencuba!
Mesti Baca:DADA AYAM Goreng Kunyit ‘Seksi’, SEDAP Makan Dengan Ulam Timun, Kicap & Sambal Lada!
Baca Lagi Di Sini:Tak Payah Guna KICAP, Ayam Goreng Garing Tetap Cantik Coklat Keemasan!
Lagi Di Sini:Resipi Ayam Goreng Serai Thai SEDAP, Tabur Hirisan Daun Limau Purut!
Mingguan Wanita:Ada air fryer di rumah, boleh cuba resipi mudah yang dikongsikan ini. Memang lebih jimat dan sihat tak perlu gunakan minyak pun. Malah ayam goreng pun elok sedap, rangup dan tetap garing!
Sumber:Tsu Feh Sufiah
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
9 Hari Transform Bilik Terbiar Jadi Bilik Kerja Yang Wow! Ini Tipnya

Isi Kandungan
ToggleBerbeza betul hasil selepas kerja-kerja pengubahsuaian bilik yang jarang dipakai ini menjadi bilik kerja. Cantik! Bilik terbiar ini jarang sekali digunakan oleh keluarga Huda Zainal. Cuma seminggu sekali guna untuk gosok baju dan letak barang mainan anak.
“Masalah utama bilik ni, bila hujan bocor. Beberapa kali panggil repair bumbung pun bocor juga. Sampai rosak dinding. Sudahnya hanya guna untuk aktiviti menggosok baju seminggu sekali dan letak mainan yang jarang main.
“Lepas dah repair kali ketiga, alhamdulillah akhirnya dah ok. Barulah ada mood nak transform bilik ni jadi bilik kerja.
“Gigih juga nak transform bilik ni. Hari-hari buat, tapi buat sikit-sikit.”
Ubahsuai Bilik Kerja Dari Hari Pertama Hingga Sembilan
Hari pertama :
Buat kerja-kerja elektrik. Daripada kipas dinding tukar kepada kipas syiling. Tambah lampu, daripada 1 down-light biasa tambah 4 lampu LED. Nak bagi terang lagi bersuluh. Kata nak jadi bilik kerja kenalah cukup pencahayaan.
Kerja wiring ni suami buat sendiri.

Hari ke-2 :
Kikis cat lama yang dah kembang akibat kena hujan. Kerja ni banyak Haziq (anak 6 tahun) yang buat. Dia memang gemar kerja-kerja pertukangan ni.

Hari ke-3 :
Tampal dinding dan siling dengan filler. Mana yang tak sekata, yang berlubang, yang retak. Semua tampal.
Hari ke-4 :
Huda dah mula cat siling dengan warna putih.
Suami cat dinding dengan wall sealer. Dinding rumah ni jenis pre-cast wall. Kalau tak cat sealer akan bertompok-tompok.

Hari ke-5 :
Huda masih cat siling untuk lapisan kedua.

Suami tanggalkan semua skirting bagi memudahkan proses mengecat. Kemudian mula cat dinding dengan warna pilihan. Kelabu gelap.
Hari ke-6 :
Masih lagi cat siling sebab belum sekata. Susah rupanya nak cat syiling ni. Lengan dengan bahu pun dah terasa nak tercabut. Pesanan penaja, kalau ada hati nak cat syiling, pastikan kuat semangat. Memang penat dan lenguh yang amat. Dah lah panas sebab tak boleh buka kipas.
Suami cat dinding untuk lapisan kedua.
Hari ke-7 :
Cat grille guna cat minyak. Benda paling menyesal buat. Suami cakap dah, susah. Nanti tak cantik. Isteri degil nak juga tukar daripada hitam jadi putih. Jadi suami layan kan kemahuan isteri.
Pastu sendiri menyesal. Dekat 4 jam ok, cat grille aje.

Hari ke-8 :
Siang Huda spray skirting. Aduh salah beli warna. Golden yellow. Belasah jelah.
Malam tampal 3D brick wallpaper. Beli dekat shoppee.
Lepas siap pasang wallpaper pasang rod langsir ikea dan terus gantung langsir.
Gamkan semula skirting.

Hari ke-9 :
Meja dan kerusi sampai. Anak-anak yang tolong pasangkan semua.
Akhirnya, berjaya siap.
Kos Untuk Kerja-kerja Pengubahsuaian
Cost yang habis tak banyak. Sebab semua DIY sendiri. Janji rajin dan mahu buat.
Barang elektrik :
Kipas RM190
Lampu LED (4 biji) RM52
Untuk dinding :
Filler RM5.50
Wall sealer RM80
Nippon easywash 5L (dark grey) RM150
Nippon easywash 5L (putih) (baki cat dinding ruang tamu masa PKP)
3D brick wallpaper RM174
Peralatan mengecat (pakai yang lama)
Cat spray untuk skirting RM14
Gam untuk skirting (guna baki winscouting PKP)

Untuk tingkap :
Set rod langsir Ikea RM55
Kain langsir (sheer curtain) RM104
Kain langsir turquoise RM65
Eyelet tape dan ring RM14
Cat minyak RM20
Perabot :
Meja study RM105
Kerusi RM46
Total lebih kurang RM1074. Jimat banyak sangat berbanding nak panggil upah orang buat.
*Gigih naik taraf bilik extra dalam rumah ni.

Guna pursue senang cat keluar. Nak tanggalkan gam wallpaper yang melekat dekat lantai pun senang.
Paling penting. Tangan terpelihara. Tak kasar lepas buat kerja buruh.
Semoga bermanfaat.
Sumber/Foto : Huda Zainal
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Roti ‘Expired’ Buat Baja, Dapat Lebatkan Bunga, Buah & Gemukkan Daun!

Isi Kandungan
ToggleRoti ‘Expired’ Buat Baja, Dapat Lebatkan Bunga, Buah & Gemukkan Daun! Jika ada roti di rumah yang dah tamat tempoh, jangan dibuang begitu sahaja, boleh dibuat baja semburan pada tanaman. Memang hasilnya terbaik, boleh menggalakkan pengeluaran bunga, melebatkan buah dan menggemukkan daun.
Ikut cara buat baja roti guna roti yang dah tamat tempoh seperti yang dikongsikan oleh Puan Liyana Mohd Poad ini sebagai panduan;
Seperti yang telah dijanjikan, saya share cara-cara nak buat mol roti(baja roti). Fungsi baja roti sama seperti baja yakult iaitu untuk merancakkan pengeluaran bunga dan melebatkan buah selain menggemukkan daun.
Bahan-Bahan Diperlukan:
2 keping roti Gardenia (expired)
4 sudu gula merah (Guna gula perang dan gula kabung pun boleh)
1.5L air mineral (Boleh guna air mati/air hujan atau air tapis. Asalkan bukan air paip)
Gunting,sudu & corong kertas.
Cara Membuat:
1. Penutup botol perlu ditebuk untuk mengeluarkan gas.
2. Gunting roti kepada kepingan kecil.
3. Kemudian masukkn roti ke dalam botol yang berisi air mineral.
4. Selepas itu, masukkn 4 sudu makan gula merah ke dalam botol.
5. Kemudian tutup botol rapat-rapat dan goncang.
6. Simpan di tempat yang gelap selama seminggu.
Cara Menggunakannya:
Setelah seminggu, tapis mol roti. Ambik patinya sahaja.(Roti yang terurai buang).Guna air yang bening sahaja sebagai pati.
Masukkan ke dalam bekas kedap udara. Ambik 10ml mol roti dan + dengan 1L air biasa.
Spray pada daun, pucuk, tanah dan boleh disiram juga. Tak de masalah.
Routine seminggu sekali, waktu pagi sahaja.
Fungsi mol roti untuk menggalakkan pengeluaran bunga dan melebatkn buah serta mnggemuk dan menghijaukan daun.
Mol boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 6 bulan.
Mesti Baca:Seminggu Siram Baja Yakult + Telur, Daun Lebar Bunga Makin Meriah!
Baca Lagi Di Sini:Siram MOL ROTI, Pokok Kari, Kunyit, Pandan & Serai Gemuk Sihat, Tahan Penyakit!
Artikel Menarik:Tabur KULIT TELUR Keliling Pokok Seminggu Sekali, Baja Semulajadi Kuatkan Akar!
Mingguan Wanita: Jadi jika ada roti yang tamat tempoh dekat rumah tu, boleh buat baja roti sendiri. Memang elok untuk tanaman. Ia dapat menggalakkan pengeluaran bunga, melebatkan buah serta mnggemuk dan menghijaukn daun.
Sumber: Liyana Mohd Poad
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI